omniture

Unilever, Syarikat Sup Campbell, Church & Dwight, Shell, Subway Dan Kereta Volvo Menyokong Pelancaran Global Piawaian Kebolehlihatan GroupM

GroupM
2017-08-18 00:30 618

Hulu, Spotify, Teads, comScore, DoubleVerify, Integral Ad Science dan Moat Antara Penerbit Terawal dan Rakan Kongsi Teknikal Yang Menerima Dorongan Global untuk Kebolehlihatan Yang Lebih Tinggi

Rakan Kongsi bakal menilai Metrik Prestasi untuk Video Sosial dan Suapan Berita

NEW YORK, 18 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- GroupM, syarikat pengurusan pelaburan media WPP, hari ini mengumumkan pelancaran global bagi piawaian kebolehlihatan demi menyokong pelaburan berterusan dalam media digital. Kebolehlihatan merupakan ukuran peluang iklan digital untuk dilihat, dan sejak tahun 2014, GroupM memperjuangkan piawaian tertinggi untuk kebolehlihatan yang diukur pada pengiklanan digital bagi memacu integriti yang lebih baik dan menjadikan media yang lebih efektif dan bertanggungjawab untuk pengiklan. GroupM mewujudkan nilai untuk klien-klien agensinya menerusi kepimpinan industri berhubung isu-isu kritikal termasuk piawaian pengukuran, integriti rantaian bekalan digital, keselamatan jenama dan keupayaan peribadi, pemasaran yang berasaskan media.

Klien-klien utama merupakan penyokong permintaan untuk peningkatan kebolehlihatan dan ukuran  dalam pengiklanan digital, termasuk Unilever, Syarikat Sup Campbell, Church & Dwight, Shell, Subway dan Kereta Volvo. Unilever bekerjasama dengan GroupM pada tahun 2014 apabila piawaian kebolehlihatan syarikat pertama kali diumumkan di A.S.

"Unilever dan GroupM telah menjadi peneraju dalam kebolehlihatan dan perbualan dengan ketelusan," kata Keith Weed, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi, Unilever. "Kami menyokong penilaian berterusan pihak GroupM dalam segmen ini untuk memperlihatkan perubahan terhadap tingkah laku pengguna dan format iklan yang tersedia, serta memastikan akauntabiliti dan pengesahan sepenuhnya."

Rakan-rakan media dan teknologi yang menyokong usaha kebolehlihatan terdiri daripada Hulu, Spotify, Teads, comScore, DoubleVerify, Integral Ad Science dan Moat. GroupM turut terlibat dalam dialog secara aktif dengan semua rakan media digital seluruh dunia berhubung pengukuran kebolehlihatan dan penyediaannya untuk piawaian global masa kini.

Kebolehlihatan mengambil kira ruang pada iklan yang boleh dilihat dalam pelayar atau aplikasi (mengikut peratusan piksel) dan tempoh masa piksel tersebut kekal boleh dilihat (dalam beberapa saat). Menurut penyedia pengesahan global, sebanyak 50 peratus daripada semua iklan digital tidak dapat dilihat, menunjukkan risiko kebertanggungjawaban yang ketara kepada klien-klien pengiklanan. 

Setakat ini, A.S. menyaksikan perhatian paling fokus terhadap kebolehlihatan. Pada tahun 2014, GroupM mengumumkan piawaian perdagangan untuk suatu iklan diambil kira sebagai impresi boleh dibayar. Piawaian ini memerlukan 100 peratus piksel dalam paparan iklan dipaparkan (bagi sebarang tempoh waktu) dan untuk video, 50 peratus daripada video tersebut perlu dimainkan apabila dimulakan oleh pengguna dengan bunyi yang dihidupkan ketika 100% video dipaparkan. Pada ketika itu, hanya 18 peratus impresi video memenuhi piawaian GroupM: pada pertengahan tahun 2016, 55 peratus impresi tersebut memenuhi piawaiannya.

Hari ini, GroupM turut mengumumkan evolusi piawaiannya dan merancang untuk mengkaji prestasi iklan video dalam persekitaran sosial dan suapan berita. Keperluan bahawa iklan haruslah dapat dilihat 100 peratus kekal sebagai asas kepada piawaian GroupM untuk semua format iklan. Menerusi tingkah laku pengguna dalam persekitaran mudah alih dan suapan berita sosial yang mana pengguna ada masanya skrol dengan pantas untuk melihat iklan, GroupM telah mengukuhkan piawaiannya dan kini memerlukan tempoh selama satu saat bagi membolehkan iklan paparan melintasi skrin yang boleh dilihat.

GroupM, para klien dan juga rakan kongsinya akan turut mengkaji prestasi video sosial dan suapan berita, menilai lebih 100 titik data bersama DoubleVerify, Moat dan IAS menerusi Facebook, YouTube, Pinterest serta Snapchat bagi mengenal pasti aspek yang paling bermakna dalam menilai format iklan yang berbeza menerusi platform sosial ini dan juga dalam persekitaran mudah alih. Analisis ini akan menjadi asas pembangunan untuk metrik durasi video sosial dan suapan berita pada masa depan.

"Cita-cita kami adalah untuk menawarkan klien-klien dengan media digital yang pastinya berkualiti yang terbaik dalam setiap pasaran," kata John Montgomery, Naib Presiden Eksekutif, Brand Safety. "Menerusi kerjasama dengan klien-klien dan media yang progresif serta rakan teknologi, kami dapat membantu membentuk pasaran digital dengan lebih baik, seperti mana yang kami lihat di A.S. Ia sentiasa menjadi matlamat kami untuk beroperasi mengikut piawaian yang konsisten di seluruh dunia dan setelah berbulan-bulan mengikuti dialog rakan kongsi, inilah saat yang tepat untuk kami melangkah ke hadapan menerusi piawaian yang dipertingkat ini yang mengambil kira evolusi dalam platform sosial dan media, serta tingkah laku pengguna."

"Kami menyokong sepenuhnya usaha GroupM untuk memastikan kami bekerjasama dengan rakan kongsi yang mengguna pakai piawaian kebolehlihatan baharu ini," kata Britta Bomhard, Ketua Pegawai Pemasaran, Church & Dwight.

"Kami memuji usaha yang dilakukan oleh GroupM untuk memaksimumkan kebolehlihatan dan pendedahan jenama kami," kata Chris Hayek, Ketua Hubungan Global di Shell.

"Ibu pejabat Subway berdedikasi dalam pengukuran dan kebertanggungjawaban bagi setiap dolar yang dibelanjakan bagi pihak penerima francais kami," kata Melissa Sutton, Pengarah Perkhidmatan Media AS. "Perkongsian kami dengan GroupM dan MediaCom membantu kami untuk meningkat maju bukan sahaja dalam pendekatan uji dan belajar kami, tetapi juga terhadap penciptaan semula yang berterusan dan penelitian terhadap ukuran."

"Sebarang usaha untuk mendorong integriti yang lebih baik dan menyediakan hasil berkualiti tinggi untuk pemasar adalah usaha yang mendapat sokongan kami," kata Peter Naylor, Naib Presiden Kanan Jualan Pengiklanan di Hulu. "Piawaian kebolehlihatan dipertingkat oleh GroupM adalah satu langkah ke hadapan yang besar untuk seluruh industri."

"Penyediaan piawaian kebolehlihatan yang tinggi dan memastikannya dapat diwujudkan dalam persekitaran iklan yang berkualiti adalah amat penting," kata Brian Benedik, Ketua Jualan Iklan Global di Spotify. "Kami berbangga dapat berdiri sebaris dengan para pengusaha industri utama seperti GroupM tatkala mereka memajukan lagi piawaian ini."

"Kebolehlihatan adalah teras untuk semua produk dan teknologi Teads dan kami memberi tumpuan khusus untuk membantu penerbit terkemuka dalam industri menskalakan inventori iklan video yang boleh dilihat dan mesra pengguna," kata Jim Daily, Presiden Global Teads. "Kami berasa gembira dapat menyokong usaha GroupM untuk membawakan kebertanggungjawaban yang lebih besar kepada industri menerusi pelancaran piawaian kebolehlihatan baharu mereka."

"Industri ini terus berusaha demi metrik kebolehlihatan yang dapat membantu menyamakan daya saing antara digital dan TV," kata Aaron Fetters, Naib Presiden Kanan, comScore. "Metrik yang dipertingkat ini akan membantu pemasar menilai nilai relatif setiap skrin dengan betul, dan konteks yang digunakan dalam sesebuah kempen. Hanya dengan cara ini pembeli media boleh mewujudkan kempen-kempen yang benar-benar berkesan kos dan melaksanakan strategi silang-media yang berkesan. Kami memuji usaha GroupM dan fokus berterusan mereka untuk mengklasifikasikan silo ukuran untuk berkembang dan memberi manfaat kepada semua pihak."

"DoubleVerify memuji usaha berterusan GroupM untuk membawakan kualiti sebagai keutamaan dalam industri melalui piawaian pengesahan media seperti kebolehlihatan," kata Matt McLaughlin, Ketua Pegawai Operasi DoubleVerify. "Melalui hubungan kami yang kukuh bersama GroupM, para klien dapat menyaingi evolusi melibatkan piawaian GroupM bermula daripada pengukuran kepada tindakan serta pengebilan. Platform DoubleVerify memperkemas proses ini untuk klien, membolehkan kecekapan dan prestasi yang lebih tinggi."

"Industri kita perlu bekerjasama demi menangani cabaran semasa kita berkisarkan ketelusan, khususnya melibatkan kebolehlihatan," kata Scott Knoll, Ketua Pegawai Eksekutif di Integral Ad Science. "Atas sebab inilah IAS berbangga dapat menyokong piawaian kebolehlihatan baharu GroupM, dan memuji mereka kerana mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan kempen-kempen mereka boleh dilihat dan lebih cenderung untuk memberi impak kepada pengguna menerusi cara yang lebih bermakna."

"Kami berbesar hati dapat menyediakan kaedah pengukuran yang dipercayai dan bebas mengikut piawaian perdagangan GroupM dari mula lagi," kata Jonah Goodhart, Naib Presiden Kanan, Oracle Data Cloud dan Pengasas Bersama Moat. "Kami juga turut berbesar hati dapat terus bekerjasama dengan cabang pelaburan media WPP tatkala ia berusaha untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada kliennya di seluruh dunia. Hubungan di antara Moat dan GroupM memberikan jenama-jenama dengan tahap pemahaman baharu terhadap perhatian pengguna selama bertahun-tahun, dan kami berasa teruja untuk terus menyediakan metrik yang penting kepada jenama secara bersama."

Latar Belakang GroupM
GroupM ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan media global utama yang menyediakan perkhidmatan selaku induk kepada agensi media WPP termasuk Mindshare, MEC, MediaCom, Maxus, Essence dan m/SIX, selain platform media digital berprogram, Xaxis, yang mana setiap operasi globalnya memiliki hak masing-masing serta kedudukan utama dalam pasaran. Matlamat utama GroupM adalah untuk memaksimumkan prestasi agensi media WPP melalui peranan sebagai peneraju dan rakan usaha sama dalam perdagangan, penciptaan kandungan, sukan, digital, kewangan dan pembangunan instrumen proprietari. Fokus GroupM adalah untuk memberikan kelebihan pasaran yang tiada tandingan buat para klien, pihak berkepentingan dan juga orang ramai, serta turut bekerjasama dengan lebih erat untuk kepentingan dan manfaat para klien bersama syarikat pengurusan pelaburan data WPP, Kantar. GroupM dan Kantar bersama-sama menyumbang kepada hasil kumpulan WPP sebanyak lebih 50% yang bernilai hampir US$19 bilion.

Ketahui lebih lanjut tentang GroupM di www.groupm.com
Ikuti @GroupMWorldwide melalui Twitter 
Ikuti GroupM melalui LinkedIn - https://www.linkedin.com/company/groupm 

Maklumat Perhubungan Media:

David.Grabert@GroupM.com 
+1 212.297.8092 (U.S.)

Keegan.Calligar@BM.com 
+1 212.614.5036 (U.S.)

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/283547/groupm_Logo.jpg

 

Source: GroupM
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services