omniture

KBZ Bank jalin kerjasama dengan VMware pacu pendigitan demi kejayaan perniagaan

VMware Inc.
2017-08-21 13:50 695

KBZ Bank modenkan pusat data dan infrastruktur perkasa pertumbuhan dan inovasi

YANGON, Myanmar, 21 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Kanbawza Bank (KBZ Bank), bank swasta yang terbesar di Myanmar, hari ini mengumumkan satu perkongsian bersama VMware Inc. (NYSE: VMW), peneraju global bagi infrastruktur awan dan mobiliti perniagaan, dalam usaha untuk memvirtualisasi pusat datanya dan memenuhi permintaan perniagaan dalam ekonomi digital Myanmar yang kian berkembang. KBZ Bank akan memodenkan infrastruktur IT demi faedah kesemua 482 cawangannya dan pejabat-pejabat perwakilan di Thailand, Singapura dan Malaysia.

Tuan Yang Terutama, En. Scot Marciel (tengah) bersama para eksekutif daripada KBZ Bank, VMware dan Nex4 dalam majlis penandatanganan hari ini.
Tuan Yang Terutama, En. Scot Marciel (tengah) bersama para eksekutif daripada KBZ Bank, VMware dan Nex4 dalam majlis penandatanganan hari ini.

Mengawal lebih 40 peratus bahagian pasaran bagi perniagaan komersial dan perbankan peruncitan di Myanmar, KBZ Bank menyedari bahawa inovasi dan transformasi digital adalah penting dalam usaha perluasan di negara asalnya dan luar negara, selaku satu-satunya bank Myanmar yang wujud di peringkat antarabangsa. Persekitaran maya dan tangkas menyediakan kakitangan Bank dengan ruang kerja digital dan kebebasan untuk bekerja menerusi sebarang peranti, memberi mereka lebih banyak peluang untuk berkolaborasi secara dalaman dengan pihak lain di Bank.

Apabila ditanyakan tentang rancangan digital KBZ yang luas, Ketua Pegawai Eksekutif KBZ Bank dan Penasihat kepada Pengerusi Mike De Noma membalas, "Ini hanyalah satu daripada langkah-langkah yang bakal kami ambil bagi melaksanakan tugas kami untuk menyokong usaha kerajaan bagi menjadikan Myanmar sebagai peneraju digital pada dekad akan datang dan mengekalkan kedudukannya sebagai negara yang mengutamakan mudah alih."

Virtualisasi dalam seluruh infrastruktur, bermula daripada pengiraan kepada penyimpanan dan rangkaian membolehkan KBZ Bank meningkatkan atau menurunkan nilai berdasarkan keperluan perniagaan, merendahkan kos operasi dan pemilikan dengan ketara serta memudahkan pengurusan I.T. Kestabilan persekitaran juga menjamin masa operasi sistem bagi ATM dan cawangan, serta meningkatkan kebolehan bank untuk memberi maklum balas dengan lebih pantas terhadap peningkatan permintaan.

VMware akan membekalkan timbunan penyelesaian pusat data tentuan perisian (SDDC) termasuk vSphere® dengan Operations Management™, vCloud®, vRealize® Operations Advanced, NSX®, Site Recovery Manager™, AirWatch® dan Horizon® bagi membantu KBZ Bank menyediakan perkhidmatan yang jauh lebih selamat serta aplikasi baharu demi memenuhi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan digital daripada pelanggan korporat, SME dan runcit.

Tatkala Myanmar membuka lebih banyak pelaburan asing, risiko serangan siber turut meningkat untuk perniagaan. Agar kekal berada selangkah di hadapan isu ini, KBZ Bank mengukuhkan keselamatan data dan proses melalui rangkaian maya dengan menggunakan VMware NSX® yang melabelkan dasar IT tertentu untuk setiap beban kerja individu. Keupayaan keselamatan granular bermakna bahawa, tidak seperti rangkaian IT tradisional, setiap beban kerja dilindungi daripada penyerang yang mampu melanggar pertahanan perimeter pada pusat data, meningkatkan keselamatan infrastruktur IT KBZ Bank dan melindungi maklumat sulit pelanggannya dengan lebih baik.

"KBZ Bank ialah contoh utama sejauh mana perniagaan di Myanmar menginovasi dan memanfaatkan penyelesaian IT yang mudah untuk pengguna dan selamat untuk perusahaan bagi memacu keputusan perniagaan yang mantap," kata Duncan Hewett, Naib Presiden Kanan & Pengurus Besar, APAC & Jepun, VMware. "Pelanggan kami sedang melalui perjalanan transformasi dan VMware komited untuk membantu perniagaan di Myanmar mara ke hadapan menerusi penyelesaian kami," tambah beliau.

Maklumat Perhubungan Media

Mark Koh

FleishmanHillard Singapore

SEAK Communications, VMware

Emel: sngvmware@fleishman.com

Telefon: +65 9022 3938  


Emel: mkoh@vmware.com


Latar Belakang Kanbawza Bank

KBZ Bank, ditubuhkan pada tahun 1994, ialah bank milik persendirian yang terbesar di Myanmar dan merupakan yang pertama berkembang di peringkat antarabangsa, dengan pejabat-pejabat perwakilan di Singapura, Thailand dan Malaysia. Menggaji lebih 18,000 kakitangan, 482 cawangan seluruh negara dan 42% bahagian pasaran daripada jumlah aset, KBZ mendepani industri perkhidmatan kewangan Myanmar yang pantas berkembang melalui satu pendekatan yang memahami konteks unik ekonomi negara tatkala ia beralih menuju masa depan digital.

Tatkala ekonomi Myanmar berkembang dan terbuka, KBZ menyaksikan peluang menarik untuk bekerjasama dengan pelabur antarabangsa selanjutnya, menyediakan penghubung penting kepada bandar-bandar Myanmar yang pesat berkembang, para usahawan dan juga masyarakat setempat.

Latar Belakang VMware

VMware, peneraju global bagi infrastruktur awan dan mobiliti perniagaan, membantu para pelanggan mempercepatkan usaha transformasi digital mereka. VMware membolehkan syarikat-syarikat perusahaan menguasai pendekatan tentuan perisian terhadap perniagaan dan IT dengan VMware Cross-Cloud Architecture™ dan penyelesaian untuk pusat data, mobiliti dan sekuriti. Dengan perolehan tahun 2016 sebanyak $7.09 bilion, VMware beribu pejabat di Palo Alto, California dan mempunyai lebih 500,000 pelanggan serta 75,000 rakan kongsi seluruh dunia.

vSphere dengan Operations Management, vCloud, vRealize Operations Advanced, NSX, Site Recovery Manager, AirWatch dan Horizon ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan VMware, Inc. atau subsidiarinya di Amerika Syarikat dan kawasan-kawasan lain.

Siaran media ini mungkin mengandungi hiperpautan kepada laman sesawang bukan VMware yang diwujudkan dan diselenggarakan oleh pihak ketiga yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan dalam laman sesawang berkenaan.  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170818/1923252-1

Source: VMware Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Joint ventures