omniture

Fullerton Health Umum Perluasan Penting Platform Penjagaan Kesihatan Australia Melalui Pengambilalihan Pusat Perubatan Healthscope

Fullerton Health
2017-08-21 17:17 639

SINGAPURA, 21 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Fullerton Healthcare Corporation Limited ("Fullerton Health" atau "Syarikat"), penyedia terkemuka bagi penyelesaian penjagaan kesihatan korporat di seluruh Asia Pasifik, hari ini mengumumkan ia mengambil alih operasi pusat perubatan Healthscope ("HMC"). HMC mengendalikan jaringan pusat perubatan di seluruh Australia, dengan portfolio yang terdiri daripada 48 kemudahan merangkumi 43 pusat perubatan, empat klinik pakar kulit dan sebuah klinik pakar diagnostik payudara.

HMC ialah salah satu daripada pengendali rawatan asas terbesar di Australia yang mempunyai lebih 350 doktor, serta menyediakan rawatan kepada 1.8 juta pesakit setiap tahun.

Dr Michael Tan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat, Fullerton Health, mengulas, "Saya berasa teruja untuk mengalu-alukan pasukan pusat perubatan Healthscope bagi menyertai Fullerton Health hari ini. Ini merupakan satu pengambilalihan penting buat kami, yang mengukuhkan strategi yang kami nyatakan untuk membangunkan kehadiran yang mantap dalam pasaran-pasaran di seluruh rantau ini, dan khususnya untuk meluaskan jaringan kami di Australia. Melalui pengambilalihan ini, kami bakal menjadi perniagaan rawatan asas ketiga terbesar di negara ini, dan mempunyai kedudukan yang sesuai untuk menyokong lebih ramai doktor dan klinik."

Steven Harvey, Pengarah Urusan Fullerton Health Australia, mengulas, "Fullerton telahpun menjadi salah satu penyedia bagi kesihatan pekerjaan dan rawatan asas yang terkemuka di Australia dan ekoran daripada pengambilalihan perniagaan pusat perubatan Healthscope, kami akan bersama-sama mengendalikan perniagaan rawatan asas ketiga terbesar di negara ini. Gabungan antara fokus dan kepakaran digandingkan dengan operasi peringkat antarabangsa akan membantu kami menyediakan rangkaian perkhidmatan yang lebih luas di seluruh Australia. Fullerton Health dan HMC amat saling melengkapi dan pasukan kami berharap dapat bekerjasama erat dengan HMC bagi memberikan potensi yang hebat hasil gabungan yang ditawarkan oleh kedua-dua perniagaan."

Source: Fullerton Health
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion