omniture

DigiValet Perkukuh Operasi di Asia Pasifik

Lantik Akshay Kulkarni sebagai Naib Presiden - Asia Pasifik
DigiValet
2017-08-22 14:18 739

SINGAPURA, 22 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- DigiValet hari ini mengumumkan pelantikan Akshay Kulkarni sebagai Naib Presiden - Asia Pasifik, dengan matlamat untuk mengukuhkan operasinya di rantau ini.

generated by system

En. Rahul Salgia, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, DigiValet mengulas, "Saya gembira kerana kami berjaya menarik Akshay ke dalam pasukan kami bagi mengukuhkan kehadiran kami di rantau Asia Pasifik. Akshay menyertai DigiValet dengan rekod prestasi yang amat berjaya selama lebih dua dekad dalam industri hospitaliti dan mempunyai jaringan hubungan industri yang kuat". Beliau menambah, "Kami percaya dengan penyertaan Akshay, kami mempunyai sumber kanan yang akan membawakan pengetahuan dan pengalaman yang luas dan juga memahami pasaran."

"Saya sangat teruja untuk menyertai DigiValet ketika syarikat sedang memperluaskan kehadirannya dan berusaha untuk terus menembusi pasaran Asia Pasifik. Ini merupakan masa produk fizikal dapat direplikasi dengan mudah, oleh sebab itu terdapat keperluan untuk berinteraksi dengan tetamu sebagai salah satu peringkat pengalaman. Pelaksanaan perkhidmatan yang diiringi teknologi akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan pengalaman yang lebih baharu. Ketangkasan DigiValet bermakna kami mempunyai keupayaan untuk memenuhi keperluan yang sentiasa berubah-ubah dengan pantas dan cekap," kata Akshay.

Akshay mempunyai pelbagai latar belakang dalam berbagai bidang hospitaliti merentasi organisasi bermula dari pengurusan bahan hinggalah ke operasi, Sumber Manusia, Pendidikan dan perundingan dan pembrokeran hotel dan tempat peranginan dan baru-baru ini beliau mengumpul pengalaman di rantau Asia Pasifik.

Latar Belakang DigiValet        

DigiValet ialah Penyelesaian Pengalaman Bilik Tetamu lengkap pertama di dunia yang mendayakan tetamu hotel untuk menggunakan perkhidmatan dalam bilik dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh hotel dengan mudah. Bermula dengan menyesuaikan suhu bilik, pencahayaan, langsir hinggalah mengawal TV, memilih filem menggunakan Netflix, menstrim kandungan daripada telefon pintar mereka dan memesan makanan, menempah spa, tempahan meja di restoran, semuanya dari tablet dalam bilik atau telefon pintar mereka.

DigiValet menyediakan hotel-hotel dengan teknologi canggih yang mampu mengubah dan menyesuaikan pengalaman dalam bilik untuk setiap tetamu, dan dalam masa yang sama mengumpul data CRM yang bernilai bagi membolehkan hotel-hotel memperibadikan penginapan tetamu. Mempunyai pejabat-pejabat dan pasukan sokongan di beberapa negara di serata dunia, DigiValet dipasang dalam lebih 12,000 bilik dan angka ini terus meningkat.

Sejak dilancarkan pada tahun 2008, DigiValet ialah penyelesaian dalam bilik yang dipercayai oleh hotel-hotel mewah terkemuka serata dunia termasuklah The Armani Hotels, St. Regis, Andaz By Hyatt, ITC Hotels, Corinthia Hotels, Sofitel SO, The Address Hotels, The Oberoi Hotels.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.digivalet.com

Sumber: DigiValet

Source: DigiValet
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Multimedia/Online/Internet Travel Personnel announcements