omniture

Bintang tenis semakin meningkat naik Daria Kasatkina dilantik Duta Jenama baharu InstaForex

InstaForex
2017-08-22 15:00 584

MOSCOW, 22 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Syarikat broker Tukaran Mata Wang Asing Antarabangsa InstaForex mengumumkan salah seorang pemain tenis paling berbakat di dunia, Daria Kasatkina, sebagai Duta Jenama baharunya. Daria baru berusia 20 tahun namun beliau telahpun meraih "piala Kremlin" bagi tenis beregu dan junior, "Roland Garros". Beliau juga merupakan pemegang gelaran bagi 2 WTA dan 7 ITF. Sports Illustrated melapor pada tahun 2015, "Daria ialah pemain terbaik dalam kalangan mereka yang masih belum pernah anda kenali, walau bagaimanapun, tidak lama lagi Kasatkina akan menjadi lebih popular," dan hakikat ini benar – kini Daria telahpun terkenal di seluruh dunia.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8160851-daria-kasatkina-ambassador-instaforex/

"Sememangnya kami mempunyai pengalaman menjalin kerjasama dengan atlet-atlet Terbaik Dunia, termasuk para pemain tenis yang terkenal. Namun begitu, Daria merupakan padanan yang cukup sempurna dengan ideal serta aspirasi kami. Muda, tekun dan kemajuan diri yang berterusan adalah kualiti pada Daria yang kami suka. Kesemua ini juga merupakan kualiti yang dimiliki oleh syarikat kami. Dengan itu, kami mengharapkan sinergi dan kerjasama yang sempurna bersama Daria," kata Pavel Shkapenko.

Daria Kasatkina gembira dengan kedudukan baharu tersebut dan beliau pasti misi baharu ini adalah tidak mustahil untuk beliau. "Saya belum mempunyai banyak pengalaman menjadi seorang Duta Jenama, tetapi saya yakin dengan terus menjadi diri saya yang sebenarnya menjadi kunci kejayaan bidang ini. Orang ramai berminat terhadap atlet bukan hanya disebabkan oleh pencapaian, tetapi juga kerana personaliti mereka. Dengan itu, saya akan terus melakukan perkara yang paling saya suka - bermain tenis. Saya berharap dengan menjadi Duta Jenama InstaForex akan menggembirakan peminat saya dengan pencapaian tenis baharu," kata Daria.

Pada titik permulaan kerjasama dengan InstaForex, Daria Kasatkina merupakan pemain dunia ke-30 dalam WTA. Kedua-dua pihak kontrak melihat hal ini dari sudut positif: "banyak yang telah dicapai oleh kami, namun masih banyak lagi yang akan digapai!"

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/545933/InstaForex_Daria_Kasatkina.jpg )

Source: InstaForex
Keywords: Banking/Financial Service Sports Licensing/marketing agreements