omniture

EasyRentCars Terajui Trend Sewa Kereta Mewah Dalam Talian

EasyRentCars
2017-08-22 19:07 1026

HONG KONG, 22 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Sekiranya anda merancang untuk meluangkan masa cuti yang tidak dapat dilupakan di AS, EasyRentCars.com kini menawarkan peluang untuk memandu kereta super yang sentiasa anda impikan.

Mulai 21 Ogos, koleksi kereta eksotik, sport, berprestasi tinggi Amerika dan ultra mewah daripada Beverly Hills Rent-A-Car (BHRAC) tersedia secara rasmi untuk ditempah melalui EasyRentCars.com. Audi R8, Bentley GTC, Ferrari 488, Lamborghini Huracan hanyalah sebilang kecil siri kereta mewah yang disediakan di lokasi AS yang berbeza, termasuk Las Vegas, San Francisco dan Los Angeles.

Ferrari 488 yang mengujakan, dipilih sebagai "Kereta Super Terbaik Tahun 2015" oleh majalah kereta Top Gear
Ferrari 488 yang mengujakan, dipilih sebagai "Kereta Super Terbaik Tahun 2015" oleh majalah kereta Top Gear

Pelancong kebanyakan negara, syarikat-syarikat sewa kereta dan pengendali pelancongan menegaskan bahawa kenderaan mewah mendapat permintaan yang tinggi di AS, khususnya hasil ekonomi maju dan jaringan jalan raya negara tersebut, serta permintaan pelancongannya yang kukuh. Negara tersebut merupakan tuan rumah kepada beberapa jadual perjalanan darat yang ikonik, seperti Laluan Negeri California 1, Laluan 66, Lebuhraya 61, Laluan AS 20 dan 30. Menerusi rangkaian tawaran premium yang serba baharu, EasyRentCars.com bermatlamat untuk menyediakan penyelesaian yang menarik dan andal kepada permintaan kenderaan mewah yang semakin meningkat di AS.

Trend Pasaran yang Berkembang bagi Sewa Kereta

Di peringkat global, pasaran sewa kereta mewah dijangka menyaksikan pertumbuhan penting hasil perkembangan industri pelancongan dan permintaan terhadap kenderaan mewah. Menurut laporan Pasaran Sewa Kereta Global Technavio (2016-2020), pasaran sewa kereta mewah bernilai $9.92 bilion pada tahun 2015 dan dijangka meningkat sekali ganda dan mencecah $19.66 bilion menjelang tahun 2020, menggambarkan pertumbuhan permintaan yang pesat di seluruh dunia.

Pertumbuhan pesat yang serupa turut dianggarkan untuk industri sewa kereta secara keseluruhan, yang dijangka berkembang bersama-sama industri pelancongan antarabangsa. Data yang ada menunjukkan kira-kira 55 juta lagi pelancong mengembara di luar negara pada tahun 2016 berbanding pada tahun 2015. Dalam kalangan negara dan wilayah berbeza, pasaran sewa kereta di APAC (Asia-Pasifik) menunjukkan potensi khusus. Ia bernilai $10.16 bilion pada tahun 2015 dan dijangka mencecah $23.42 bilion menjelang tahun 2020, berkembang pada CAGR (Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun) sebanyak 18.19%.

Cubaan EasyRentCars

Di samping berkembangnya industri pelancongan antarabangsa, peningkatan penembusan Internet global juga merupakan faktor penting untuk menjelaskan pertumbuhan industri sewa kereta. Penembusan Internet global meningkat daripada 29% pada tahun 2010 kepada 41% pada tahun 2014. Hasilnya, penyedia dan pengendali perkhidmatan teknologi berusaha meningkatkan perkhidmatan berasaskan Internet dan mudah alih mereka bagi mewujudkan dan memenuhi permintaan.

EasyRentCars.com beroperasi bersesuaian dengan pertumbuhan pelancongan antarabangsa dan penembusan Internet yang dijelaskan di atas, dan menyediakan penyelesaian sewa kereta dalam talian yang optimum serta mudah di seluruh dunia. Antara muka yang ergonomik dalam laman sesawang dan aplikasi, program pembatalan yang mudah serta jaminan harga terendah, EasyRentCars.com bermatlamat untuk membolehkan anda menikmati pengalaman tempahan dan pemanduan yang sempurna.

Aplikasi EasyRentCars
Aplikasi EasyRentCars

Terokainya melalui Facebook atau Trustpilot!

Source: EasyRentCars
Related Links:
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation Sales reports