omniture

Floyd Mayweather Kembali ke Gelanggang di Las Vegas yang Hebat

Hublot dan Floyd Mayweather Jr. kembali bersama-sama untuk "Pertarungan Wang" yang julung kali menentang Conor Mcgregor
Hublot
2017-08-23 03:26 654

LAS VEGAS, 23 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Hublot, jenama jam tangan Switzerland ikonik yang membawakan falsafah Seni Gabungan, sangat gembira untuk mengumumkan perkongsian keduanya bersama peninju terhebat Floyd "Money" Mayweather, juara dunia 12 kali tanpa kalah, untuk perlawanan beliau menentang bintang mega UFC® Conor McGregor. Pertarungan ini akan diadakan di T-Mobile Arena, Las Vegas, Nevada, pada hari Sabtu, 26 Ogos 2017 dalam satu acara yang diterbitkan dan diedarkan oleh SHOWTIME PPV®.

generated by system

generated by system

generated by system

Ekoran perkongsian pertama jenama ini dengan juara hebat sepanjang zaman tanpa kalah bagi "Pertarungan Abad" 2015, yang mana beliau telah menewaskan Manny Pacquiao dengan keputusan sebulat suara, Mayweather sekali lagi akan memakai Hublot di sekeliling ikat pinggang pada seluar tinju beliau tatkala beliau memasuki gelanggang hujung minggu ini.

Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot, berkongsi: "Sekali lagi, kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan legenda hidup yang sebenar, Floyd Mayweather, 'Yang Terbaik' atas apa yang pasti akan menjadi 'Pertarungan Alaf Ini'. Selari dengan etos jenama Hublot, 'Pertama, Berbeza, Unik', sebelum ini, Mayweather belum pernah mempunyai jenama yang menghiasi seluar tinju beliau sehinggalah perkongsian 'kalah mati' kami pada tahun 2015. Saya berasa teruja dapat menjalin kerjasama dengan beliau sekali lagi. Kami tidak sabar-sabar menantikan perlawanan hujung minggu ini dan mengharapkan persembahan tahun 2015 yang serupa, mengukuhkan rekod tanpa kalah beliau! Kolaborasi ini meneruskan sejarah panjang jenama tersebut dalam menyokong seni sukan tinju yang mulia dan meraikan Legenda antara Legenda."

Floyd Mayweather Jr, menegaskan, "Saya berbangga dengan hubungan saya bersama Hublot. Apabila saya bertarung, saya memakai apa yang ingin saya pakai dan Hublot mendapat tempat utama pada seluar tinju saya. Kami mengikat perjanjian utama dan hebat yang akan anda saksikan selama-lamanya. Ia bersifat abadi."

Latar Belakang Hublot 

"Hublot -  Cara berbeza untuk meningkat maju" kata mereka yang mengenali syarikat jam tangan mewah Switzerland yang unik ini, dengan setiap gerakannya maju ke hadapan bagi mencipta masa depan pada kadar kelajuan yang menakjubkan. Suatu impian, dimulakan dan dibangunkan oleh Pengerusi Jean-Claude Biver bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Ricardo Guadalupe, mereka bertanggungjawab mengubah jenama Hublot menjadi satu kisah kejayaan sebenar dengan  Big Bang, Classic Fusion dan Manufacture Pieces menonjolkan lambang tradisi yang terus berubah. Bermula dengan kerumitan jam tangan dan bahan-bahan revolusioner kepada kolaborasi bertaraf dunia seperti FIFA World Cup™ dan Ferrari, Hublot menggambarkan jenamanya menerusi falsafah "Seni Gabungan", yang membawakan tradisi menuju masa depan.

Source: Hublot
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories Licensing/marketing agreements