omniture

Penerima Siri-Z Pioneer baharu, berbangga dengan sambungan dan nilai hiburan lebih hebat, ubah sebarang kenderaan menjadi aksesori telefon pintar

Pioneer Electronics
2017-08-23 18:09 944

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics Asia Centre, peneraju bagi audio kereta selepas jualan, hari ini mengumumkan empat penerima multimedia baru. Mendepani rangkaian pilihan 2017 ialah 1-DIN AVH-Z7050BT dan 2-DIN AVH-Z5050BT, diikuti dengan AVH-Z2050BT, serta AVH-Z1050DVD. Bagi meneruskan tumpuan Pioneer untuk meningkatkan pengalaman pengguna, seluruh rangkaian ini menawarkan fungsi-fungsi sambungan telefon pintar yang lebih hebat, sambungan satu kabel yang mudah dan prestasi audio-visual terunggul -- menjadikan Apple CarPlayTM[1], Android AutoTM[2], dan ciri-ciri hiburan premium yang lain boleh diakses oleh setiap pemandu.

"Dunia menjadi lebih terhubung berbanding dahulu. Disertai oleh perkembangan telefon pintar dan internet mudah alih di seluruh Asia Tenggara, para pemandu tempatan mengharapkan penyambungan yang lebih baik dan lancar daripada sistem maklumat hibur dalam kereta mereka," kata En. Takao Chiba, Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan Perniagaan dan Pemasaran, Pioneer Electronics Asia Centre. "Penerima multimedia Siri-Z terbaru dibina bagi memenuhi jangkaan pengguna yang berubah-ubah terhadap sambungan telefon pintar yang lebih mudah dan prestasi audio/video yang unggul. Dengan menitikberatkan hal ini, kami memberi tumpuan terhadap penaiktarafan perkakasan dan perisian bagi menawarkan pengalaman pengguna yang lengkap dan lebih baik."

Sambungan mudah Apple CarPlay, AppRadio Mode+, dan Android Auto dengan penerima multimedia AVH-Z5050BT Pioneer
Sambungan mudah Apple CarPlay, AppRadio Mode+, dan Android Auto dengan penerima multimedia AVH-Z5050BT Pioneer

Ciri-ciri berikut merupakan ciri baharu dalam penerima multimedia 2017 Pioneer:

SAMBUNGAN TELEFON PINTAR PREMIUM UNTUK ORANG RAMAI

Lebih ramai pemilik kereta kini dapat menikmati salah satu daripada pilihan sedia ada bagi sambungan telefon pintar paling komprehensif. Semua penerima multimedia Siri-Z dengan fungsi Bluetooth dapat menghubungkan sehingga lima peranti Bluetooth secara serentak untuk hiburan keluarga. Selain itu, pengguna boleh melayari pustaka media mereka dengan keupayaan Bluetooth AVRCP 1.6 yang dinaik taraf. Paling utama, seluruh rangkaian membolehkan pemandu menikmati seleksi premium aplikasi mudah alih, hanya dengan menghubungkan telefon pintar mereka kepada unit depan.

Salah satu contoh adalah Waze, aplikasi trafik dan navigasi berasaskan komuniti terbesar di dunia. Melihat peta dan arah adalah nyata lebih mudah dengan skrin sentuh yang lebih besar pada unit depan. Waze boleh dilancarkan daripada AppRadio Mode+. Pengguna juga boleh main video yang disimpan dalam telefon pintar, selain video dalam talian strim melalui aplikasi AppRadio LIVE. Kesemua aplikasi ini boleh diakses daripada AppRadio Mode+ baru, platform hiburan proprietari Pioneer, dibangunkan untuk membuka dunia indah aplikasi mudah alih. Sila rujuk www.appradiomode.com untuk maklumat lanjut.

Satu lagi ciri penting ialah Spotify[3], kini boleh didapati di Singapura, Malaysia dan Filipina serta lebih banyak negara Asia Tenggara yang sedang dalam perancangan [4], yang mempunyai pustaka luas yang terdiri daripada lebih 30 juta judul[5]. Aplikasi penstriman muzik ini boleh dipilih dengan mudah daripada senarai sumber pada unit penerima multimedia, dan dikendalikan terus pada skrin.

MODE+ AppRadio
MODE+ AppRadio

SAMBUNGAN DAN OPERASI MUDAH -- HANYA PASANG DAN PAKAI

Para pemandu kini boleh menikmati pengalaman pengguna yang lebih lancar. Menghubungkan telefon pintar kepada mana-mana penerima multimedia 2017 kini bercirikan pasang dan pakai, memandangkan unit penerima multimedia boleh mengesan dan mendapatkan semula kandungan yang tersedia secara automatik daripada telefon.

Pengendalian penerima multimedia kini menjadi lebih mudah dan lebih menyeronokkan, hasil daripada  interface pengguna bergrafik baru yang boleh disesuaikan. Ciri peningkatan baru termasuk penukaran peranti yang mudah bagi membolehkan pengguna menukar telefon pintar terhubung mereka dengan mudah, penyesuaian paparan ikon bagi memberikan bentangan skrin yang lebih fleksibel dan diperibadikan, serta penyesuaian warna dan reka bentuk dengan 112 warna pencahayaan latar dan juga tujuh tema latar belakang yang menarik.

Antara muka pengguna grafik yang dipermudah dan lebih intuitif dengan penerima multimedia AVH-Z5050BT Pioneer
Antara muka pengguna grafik yang dipermudah dan lebih intuitif dengan penerima multimedia AVH-Z5050BT Pioneer

HIBURAN VIDEO DALAM KERETA TERUNGGUL

Pioneer berusaha meningkatkan kualiti dengan menyediakan pengalaman hiburan yang lebih sinematik bagi peminat filem yang arif. Kemudahan pasang-dan-pakai turut dilanjutkan untuk main video, hasil sokongan HD penuh (1080p) untuk format fail video popular seperti MKV, serta sokongan tambahan untuk format NTFS, memberikan pengguna kefleksibelan untuk memainkan klip yang lebih besar daripada 4GB terus daripada Harddisk mudah alih. Dengan skrin LCD warna sebenar 24-bit yang baru dan ditingkatkan, penerima ini boleh menghasilkan sehingga 16,777,216 rona, atau sekitar 256 kali fideliti warna yang lebih baik berbanding kebanyakan paparan biasa, memberikan visual yang lebih beraneka dan seakan-akan objek sebenar. 

Penerima multimedia Siri-Z baharu kini boleh memainkan video HD (1080P) penuh daripada fail terkod dalam pelbagai format digital yang tersimpan dalam peranti USB anda
Penerima multimedia Siri-Z baharu kini boleh memainkan video HD (1080P) penuh daripada fail terkod dalam pelbagai format digital yang tersimpan dalam peranti USB anda

DIBINA UNTUK KUALITI BUNYI PREMIUM

Bagi meningkatkan kualiti bunyi keseluruhan pada penerima ini, Pioneer telah mempertingkatkan elemen-elemen berdasarkan teknologi dan kepakaran daripada bahagian audio professional, TAD. Kandungannya termasuk papan litar yang baru dihasilkan, boleh menghapuskan gangguan bunyi bagi mempertingkatkan integrity kualiti audio. Prestasi terus ditingkatkan dengan kegunaan komponen bergred audiophile premium demi keselesaan maksimum pendengar. Akhir sekali, kesemua model ditala secara profesional oleh jurutera bunyi Pioneer. Fungsi-fungsi tambahan untuk peningkatan-audio adalah seperti berikut:

  • Penyama grafik 13-jalur
  • Penyama Auto
  • Penjajaran Masa Auto
  • Advanced Sound Retriever ®
  • Serasi untuk main balik fail FLAC 192kHz/24-bit

Panggilan suara bebas tangan yang lebih jelas juga kini boleh dicapai, melalui pelaksanaan sokongan pertuturan jalur lebar untuk model-model didayakan Bluetooth.

Penerima media multimedia Siri-Z Pioneer baru bakal akan berada di pasaran tidak lama lagi. Segala butiran boleh didapati di http://www.pioneer-carglobal.com/avh/en/z/.

Imej-imej beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini:

https://www.dropbox.com/sh/lsxzn3cmvq15e70/AADFVIAoYOfYEFjYUkvUoLBSa?dl=0

Untuk maklumat terkini tentang produk-produk ini, sila layari halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Nota-nota tambahan:

       i.        Jangan gunakan sistem Pioneer anda jika penggunaannya akan mengalih perhatian anda dengan apa jua cara daripada mengendalikan kenderaan secara selamat. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu pemanduan mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian diguna pakai, ia mestilah dipatuhi.

      ii.        Penerima Multimedia Pioneer serasi dengan telefon pintar Android dan iPhone tertentu sahaja.

     iii.        Keserasian dengan Apple CarPlay, Android Auto, AppRadio Mode +, AppRadioLIVE, dan aplikasi pihak ketiga berbeza mengikut model iPhone/ Android dan versi perisian mereka.

     iv.        Android Auto mungkin tidak disokong untuk semua peranti Android, dan tidak disediakan di semua negara atau wilayah.

     v.        Fungsi Bluetooth® memerlukan telefon mudah alih didayakan Bluetooth yang serasi.

     vi.        Ciri-ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti didayakan Bluetooth yang serasi, dan/atau fungsi ciri-ciri sedemikian mungkin terhad dalam peranti tertentu atau syarikat telekomunikasi tanpa wayar tertentu.

    vii.        AppRadio LIVE memerlukan penerima multimedia yang serasi dengan Pioneer AppRadio Mode. Model-model tertentu adalah berbeza mengikut kawasan.

    viii.        Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti storan besar USB, dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada pemain media, telefon pintar, atau peranti lain ketika menggunakan penerima tersebut.

     ix.        Sokongan codec FLAC adalah untuk fail-fail yang disimpan dalam pemacu ibu jari USB.

      x.        Main HD penuh dengan peranti USB, tidak disokong oleh beberapa kodek yang serasi.

     xi.        CarPlay boleh diakses melalui kabel iPhone pengguna atau CD-IU52, kabel dijual berasingan dari Pioneer, manakala Android Auto boleh diakses melalui kabel peranti Android serasi milik pengguna atau CD-MU200, kabel dijual berasingan dari Pioneer. Peranti USB Type-C mungkin memerlukan penyesuai atau kabel tambahan yang diperakui oleh Google.

     xii.        Maklumat untuk menghubungkan telefon pintar Android dengan USB Type-C™ kepada penerima Pioneer -- Penerima audio dan multimedia yang mempunyai ciri-ciri main balik media Android dan kawalan melalui AOA dan/atau MTP disyorkan untuk disambungkan terus kepada telefon hanya menggunakan CD-CU50, atau kabel USB Type-A kepada USB Type-C™ yang diperakui (sebaik-baiknya ukuran panjang kurang daripada 1 m). Penerima AV dengan ciri-ciri Android Auto disyorkan bahawa penerima AV disambungkan terus kepada telefon menggunakan kabel sambungan USB Type-A yang dibekalkan oleh Pioneer dan CD-CU50, atau hanya CD-CU50, atau kabel USB Type-A kepada USB Type-C™ yang diperakui (sebaik-baiknya ukuran panjang kurang daripada 1 m). Dalam sesetengah keadaan, sambungan antara penerima Pioneer dan telefon menggunakan kabel USB Type-C™ konvensional mungkin tidak berfungsi.

   xiii.        Sambungan data yang aktif diperlukan untuk menggunakan aplikasi Waze. Fungsi adalah terhad apabila memandu bagi mengurangkan gangguan pemanduan. Brek meletak kereta mesti digunakan untuk mengakses papan kekunci dan memasuki destinasi lokasi.

   xiv.        Bagi menggunakan Auto EQ atau Penjajaran Masa Auto, mikrofon CD-MC20 Pioneer diperlukan dan dijual berasingan.

    xv.        AppRadioLIVE, AppRadio, PIONEER DAN MIXTRAX ialah tanda dagangan berdaftar Pioneer Corporation.

   xvi.        Apple, iPod, iPhone, CarPlay dan logo CarPlay merupakan tanda dagangan Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

   xvii.        Android, Android Auto, dan tanda lain merupakan tanda dagangan Google Inc. Robot Android dikeluarkan semula atau diubah suai daripada hasil kerja yang dibuat dan dikongsi oleh Google dan digunakan menurut terma-terma yang dinyatakan dalam Lesen Atribusi 3.0 Creative Commons.

  xviii.        BLUETOOTH ialah tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc.

   xix.        SPOTIFY dan logo Spotify adalah antara tanda dagangan berdaftar Spotify AB. Peranti digital mudah alih yang serasi dan langganan premium diperlukan, bagi mengetahui lokasi yang disediakan, lihat http://www.spotify.com.

    xx.        Waze ialah tanda dagangan berdaftar Google Inc.

   xxi.        Semua jenama lain, nama produk atau logo mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer bermatlamat untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg.

[1] Apple CarPlay disediakan untuk Apple iPhone 5 atau model seterusnya dengan iOS 7.1 atau sistem lebih tinggi, dan memerlukan kabel Lightning to USB. Untuk maklumat lanjut tentang ketersediaan Apple CarPlay, sila layari https://www.apple.com/sg/ios/carplay/

Untuk mengetahui tentang ciri-ciri Apple CarPlay yang disokong dalam setiap pasaran, layari https://www.apple.com/ios/feature-availability/#applecarplay-applecarplay.

[2] Android Auto hanya disediakan untuk AVH-Z7050BT dan AVH-Z5050B. Android Auto disediakan dengan telefon Android dengan sistem operasi Android 5.0 (Lollipop) atau lebih tinggi dengan pelan data. Ketersediaan Android Auto mungkin berbeza bergantung pada negara dan model telefon. Sila layari http://www.android.com/auto untuk maklumat lanjut.

[3] Hanya untuk DEH-X2950UI, DEH-X3950B, DEH-X4950BT, DEH-X7850BT, MVH-X195UI, MVH-X395BT, MVH-X585BT, dan FH-X785BT

[4] http://sea-globe.com/spotify-singapore-asia-headquarterds-focus-asean/ 

[5] https://press.spotify.com/sg-en/about/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170608/1871433-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170608/1871433-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170608/1871433-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170608/1871433-1-d
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170608/1871433-1LOGO

Source: Pioneer Electronics
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Transportation New products/services