omniture

GCP Applied Technologies Namakan Semula Portfolio Mikrogentian di Bawah Jenama Sinta(TM)

Barisan jenama baharu mikrogentian sintetik untuk konkrit kekalkan kualiti produk yang terbukti dan mengawal penyusutan awal plastik dalam konkrit
GCP Applied Technologies Inc.
2017-08-23 19:32 961

SINGAPURA, 23 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- GCP Applied Technologies Inc. (NYSE:GCP), sebelum ini dikenali sebagai Grace Construction Products, hari ini mengumumkan bahawa barisan produk mikrogentian sintetik, yang sebelum ini dijual di bawah nama Grace Fibers dan Grace Microfibers™, kini akan dipasarkan di bawah jenama baharu Sinta™.  

GCP Applied Technologies Inc.'s Grace Fibers and Grace Microfibers™ will now be marketed under the new brand Sinta™.
GCP Applied Technologies Inc.'s Grace Fibers and Grace Microfibers™ will now be marketed under the new brand Sinta™.

"Kami teruja untuk memperkenalkan jenama portfolio mikrogentian baharu - Sinta™," kata Pung Chan, Pengarah Pemasaran Global di GCP. "Walaupun nama pada pembungkusan akan berubah, prestasi produk yang terbukti dan dipercayai daripada barisan produk mikrogentian kami tetap sama. GCP akan terus memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pengeluar konkrit dan kontraktor mempercayai syarikat ini bertahun-tahun lamanya."

Barisan produk yang baru dinamakan ini termasuk mikrogentian sintetik Sinta™ F (fibril) dan Sinta™ M (monofilamen) untuk konkrit.

Mikrogentian Sinta™ GCP digunakan dalam aplikasi di mana pereka, kontraktor, atau pengeluar ingin meminimumkan keretakan akibat pengeringan permukaan konkrit plastik yang pantas. Ini merupakan penyelesaian yang telah terbukti dan menjimatkan untuk mengawal penyusutan plastik. Penggunaan mikrogentian Sinta™ dalam campuran melindungi konkrit daripada tekanan yang menyebabkan keretakan, sekali gus meningkatkan kualiti keseluruhan dan ketahanan konkrit. Mikrogentian Sinta™ digunakan dalam banyak aplikasi seperti papak atas tanah, turapan, overlai, dinding condong, kolam, 'shotcrete', stuko, terowong, konkrit pratuang, dan produk prategasan.

Produk berjenama Sinta™ baharu akan mula dikeluarkan pada bulan Ogos 2017 dengan tempoh peralihan selama beberapa bulan.

GCP telah menjadi peneraju dalam teknologi gentian sintetik selama beberapa dekad, menawarkan portfolio komprehensif gentian sintetik mikro dan makro. Kontraktor dan jurutera mengharapkan kepada makrogentian STRUX® GCP yang terkemuka di pasaran untuk memberikan kawalan suhu dan penyusutan yang berkualiti bagi projek mereka yang paling mencabar. Produk STRUX® yang dipatenkan ini secara khusus direka dengan sifat penyebaran, kesesuaian dan kemasan yang sangat baik. Makrogentian STRUX® juga memberikan prestasi pasca retak yang unggul pada pelbagai aplikasi.

Latar Belakang GCP Applied Technologies

GCP merupakan peneraju global pembekal teknologi produk pembinaan termasuklah bahan tambahan untuk simen dan konkrit, sistem pengurusan konkrit dalam-transit Verifi®, produk kalis air berprestasi tinggi dan sistem khusus. Produk GCP telah digunakan untuk membina beberapa struktur yang paling terkenal di dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.gcpat.com.

Hubungan Media:
Ben Shaw
t: +65 6408-3861
m: +65 9299-5192
ben.shaw@se10.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170821/1923998-1-a
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170821/1923998-1LOGO-b

 

Source: GCP Applied Technologies Inc.
Related Links:
Keywords: Construction/Building New products/services