omniture

SANY perkenal jentera pengorek 1.75tan SY16C ke pasaran Australia

SANY
2017-08-24 02:39 1067

SYDNEY, 24 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- SANY melancarkan jentera pengorek ayunan sifar-ekor 1.75 tan SY16C yang direka semula untuk pasaran Australia. Reka bentuk yang kompak memberikan bahagian bawah kenderaan yang boleh ditarik balik dan joran boleh bengkok yang membolehkan jentera pengorek mengakses tapak kerja yang lebih sempit daripada ukuran 1 meter dan berfungsi secara fleksibel dalam ruang sempit.

SANY perkenal jentera pengorek 1.75tan SY16C ke pasaran Australia
SANY perkenal jentera pengorek 1.75tan SY16C ke pasaran Australia

SANY ialah penjual jentera pengorek terulung yang tidak dapat dipertikaikan lagi di China. Kini, dengan model baharu, ia berazam untuk meneroka pasaran jentera pengorek mini kelas atasan di Australia.

"SANY ialah pengeluar jentera pengorek yang terkemuka di China, dan mempunyai pelbagai pilihan produk yang berkualiti tinggi dan mantap. Saya percaya ia akan mempunyai prestasi yang amat baik di Australia," kata para pelanggan di Pantai Timur Australia.

Jentera pengorek SY16C dikuasakan oleh enjin Yanmar yang begitu hebat dan menjimatkan bahan api. Sistem Hidraulik Peka Beban-SLSS merealisasikan sinergi yang sempurna antara enjin dan pam utama demi kecekapan kerja yang dipertingkat. Selain itu, joran yang boleh dibengkok dan garisan bantu mengguna pakai kawalan hidraulik sepenuhnya bagi mencapai kedudukan yang tepat dan produktiviti luar biasa. Jentera pengorek mini ini dilengkapi dengan pelbagai penyambungan bagi aplikasi yang serba guna. Kabin ROPS/FOPS menjamin keselamatan optimum untuk pengendali.

Latar Belakang SANY

SANY Group (SANY) ialah pengeluar jentera berat utama dunia yang memiliki kilang-kilang di AS, Jerman, Brazil dan India, serta segmen perniagaan yang meliputi lebih 100 negara dan rantau di serata dunia. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat paling inovatif dan berjaya di dunia, manakala jentera konkritnya meraih kedudukan No. 1 pada peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.sanyglobal.com, atau ikuti SANY Group melalui Facebook dan YouTube.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung siaran ini, sila hubungi:
Pegawai Hubungan: Lisa Li
No. Telefon Bimbit: 86 10 60737444
Emel: lixm20@sanygroup.cn  

Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20170822/1924916-1

Source: SANY
Keywords: Banking/Financial Service Machinery Maritime/Shipbuilding Transportation New products/services