omniture

Collinson Group Dipilih Pelaksana Kukuh dalam Laporan Penyelesaian Kesetiaan Pelanggan

Collinson Group
2017-08-24 09:00 700

LONDON, 24 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Collinson Group raih mata tertinggi untuk Mata Wang, Pelaksanaan Global dan Kumpulan Pelanggan dalam Laporan Penyelesaian Kesetiaan Pelanggan.  

Peneraju global dalam mempengaruhi tingkah laku pelanggan, Collinson Group dipilih sebagai Pelaksana Kukuh dalam The Forrester Wave™: Penyelesaian Kesetiaan Pelanggan, Suku Ketiga 2017. Laporan ini menunjukkan sejauh mana penyedia mencapai kelayakan yang diperlukan bagi membantu golongan profesional pemasaran B2C membuat pilihan yang tepat untuk mereka.

Tawaran kesetiaan kolektif Collinson Group melibatkan ICLP, Collinson Latitude dan Welcome Real Time menerima mata yang tertinggi bagi kriteria Mata Wang. Mereka turut menerima mata yang tertinggi bagi kriteria Pelaksanaan Global dan Kumpulan Pelanggan yang kami anggap berpunca daripada portfolio pelanggan global mencakupi peruncitan, perkhidmatan kewangan, B2B dan pelancongan.

Collinson Group merupakan antara syarikat terpilih yang diundang oleh Forrester untuk mengambil bahagian dalam penilaian Forrester Wave Suku Ketiga 2017, Penyelesaian Kesetiaan Pelanggan. Dalam penilaian ini, Collinson Group dinamakan sebagai Pelaksana Kukuh.

Steve Grout, Pengarah Kesetiaan untuk Collinson Group, mengulas: "Hebat rasanya apabila dimasukkan oleh Forrester dalam Forrester Wave Penyelesaian Kesetiaan Pelanggan terkini mereka, dan kami berbesar hati dapat dipilih sebagai Pelaksana Kukuh dalam kemasukan pertama kami dalam laporan ini. Kami amat berbangga atas usaha yang kami laksanakan untuk beberapa jenama paling berjaya di dunia, dan berasa teruja kerana memperoleh pujian melangit untuk model penyerahan global dan kebolehan kami untuk bekerjasama dengan pelanggan di mana-mana mereka berada di dunia. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Forrester pada masa depan tatkala kami terus berusaha membangunkan pendekatan demi menjadi pengusaha yang lebih kukuh dalam segmen kesetiaan."

Latar Belakang Collinson Group 

Collinson Group (http://www.collinsongroup.com ) ialah peneraju dunia dalam mempengaruhi tingkah laku pelanggan bagi memacu perolehan dan nilai untuk pelanggan.

Syarikat menawarkan gabungan unik antara pakar-pakar industri dan sektor yang bersama-sama memberikan pengalaman yang utama dalam pasaran untuk menyediakan produk dan perkhidmatan merentasi empat keupayaan utama: Kesetiaan, Faedah Gaya Hidup, Insurans dan Bantuan.

Syarikat menyediakan pandangan dan kepakaran yang tiada tandingan berhubung pengguna mewah dan pengembara kerap, menghasilkan dan menyediakan produk serta perkhidmatan yang dapat meningkatkan penglibatan, kesetiaan dan nilai untuk pelanggan.

Collinson Group mempunyai pengalaman selama 30 tahun, mencakupi 25 lokasi global, berkhidmat untuk lebih 800 pelanggan di 170 negara, menggaji 2,000 kakitangan serta mengurus lebih 20 juta pelanggan akhir. Pelanggan kami termasuklah: MasterCard, VISA, Diners, Cathay Pacific, British Airways, Air France KLM dan InterContinental Hotels Group.

Collinson Group merangkumi jenama-jenama terkemuka termasuk: Priority Pass, Columbus Direct, ICLP.

Source: Collinson Group
Keywords: Banking/Financial Service Awards