omniture

DHL eCommerce Peroleh Platform Teknologi Logistik - dengan Penyertaan FarEye

FarEye
2017-08-24 14:12 721

SINGAPURA,   24 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- FarEye, Penyelesaian Pengurusan Logistik menjadi rakan kongsi pilihan bagi DHL eCommerce untuk meningkatkan pengalaman pelanggannya, mengoptimumkan sumbernya dan menunaikan janji jenamanya pada 'masa-sebenar'. DHL eCommerce merupakan sebahagian daripada syarikat logistik terkemuka di dunia Deutsche Post DHL Group. Kumpulan ini menjana pendapatan lebih daripada 57 bilion euro pada tahun 2016. DHL eCommerce menyediakan penghantaran bungkusan antarabangsa yang standard bagi pelanggan perniagaan. Ia menyokong proses perniagaan dengan penyelesaian penghantaran e-dagang yang matang dan platform teknologi yang membantu membolehkan pelbagai perniagaan dalam talian.

generated by system

DHL eCommerce terus melabur dalam teknologi untuk menambah baik proses-prosesnya dan untuk komunikasi yang lebih baik merentasi semua pihak. Platform FarEye sangat sesuai kerana ia bersepadu dengan lancar dengan sistem sedia ada milik organisasi dan menjadikan infrastruktur IT fleksibel dan tangkas. Sebagai platform SaaS, FarEye memberikan DHL eCommerce kefleksibelan kepada skala-atas dan bawah bergantung pada tahap permintaan, yang memberikan mereka kelebihan untuk menyesuaikan diri dengan cepat dalam mana-mana persekitaran kerja.

DHL eCommerce mengukur pembekal bukan hanya berdasarkan ciri-ciri yang ditawarkan tetapi menilai mereka secara holistik dari perspektif 'proses yang dicadangkan'.

Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif DHL eCommerce berkata, "Dengan eDagang yang sedang berkembang pesat seperti ini, kami melihat peluang yang hebat untuk penyelesaian berkualiti tinggi yang akan menawarkan pengalaman pelanggan yang hebat dan lebih banyak pilihan, kemudahan dan kawalan untuk pembeli dalam talian. Platform FarEye boleh diskalakan, berorientasikan masa hadapan dan fleksibel. Dengan FarEye kami dapat memberikan 'kegembiraan' dengan adanya kebolehlihatan sepenuhnya tentang pergerakan logistik dan memastikan pelanggan dimaklumkan pada setiap langkah, dalam 'masa-sebenar'."

Kushal Nahata, Pengasas bersama & Ketua Pegawai Eksekutif FarEye berkata, "FarEye ialah sistem sokongan yang amat diperlukan bagi jenama yang meletakkan fokus untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan kebolehlihatan lengkap logistik mereka. Hubungan kami dengan DHL eCommerce sangat memuaskan ketika kami bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi. FarEye ialah platform teknologi gred perusahaan dan kejayaan ini merupakan bukti keupayaan dan proses-proses teratur platform kami. Kami akan terus berusaha ke arah kecemerlangan dan memastikan pelanggan kami diutamakan dalam semua kegiatan kami."

FarEye telah membuktikan dirinya sebagai rakan kongsi pilihan untuk DHL eCommerce dengan mengoptimumkan sumber mereka, meningkatkan pengalaman pelanggan dengan pemberitahuan masa sebenar dan analitik pintar dan membuatkan kedai bungkusan lebih cekap dengan kebolehlihatan sepenuhnya.

FarEye ialah platform teknologi pacuan data yang menjalankan kira-kira 1 juta urus niaga setiap hari, meningkatkan percubaan kali pertama sebanyak 25%, mengurangkan perbelanjaan bahan api sebanyak 28% dan meningkatkan kunjungan pelanggan sebanyak 66%.

Hubungan Media:
Komal Puri
komal.puri@getfareye.com
+91-9718049526

Source: FarEye
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Commerce New products/services