omniture

Johnnie Walker Perkenal Wiski Blenders' Batch Edisi Terhad Terkini

Johnnie Walker
2017-08-24 14:44 715

BANDAR RAYA MEXICO, 24 Ogos 2017/PRNewswire/ --

Jenama Wiski Scotch utama dunia bawa perubahan dengan pelancaran tiga wiski percubaan dalam acara Diageo World Class   

Johnnie Walker melancarkan tiga wiski percubaan baharu daripada rangkaian Blenders' Batch untuk penggemar wiski dan peminat koktel. Wiski edisi terhad ini diperkenalkan di Peringkat Akhir Pelayan Bar Terbaik Tahunan Diageo World Class di Bandar Raya Mexico.

generated by system

generated by system

Ketiga-tiga adunan baharu – Blenders' Batch Adunan Tong Wain Johnnie Walker, Blenders' Batch Pematangan Tong Rum Johnnie Walker dan Blenders' Batch Espresso Panggang Johnnie Walker – direka untuk menghasilkan asas koktel Scotch yang luar biasa, namun begitu, sama seperti semua wiski klasik jenama ini, ia juga dapat dinikmati dengan disejukkan bersama ais.

Wiski Blenders' Batch Johnnie Walker adalah hasil percubaan berani yang menerobos sempadan perisa. Sama seperti Johnnie Walker Black Label – yang pertama kali dihasilkan daripada percubaan rasa lebih seabad lalu dan sejak itu terus menjadi ikon sebenar Scotch – wiski baharu ini dihasilkan oleh pasukan kecil yang terdiri daripada 12 pengadun yang bersemangat dan berkemahiran, di bawah bimbingan pakar oleh Pakar Pengadun Terbaik Tahunan dua kali, Jim Beveridge[1].

Pengadun Johnnie Walker, Aimée Gibson menerajui pembangunan Blenders' Batch Adunan Tong Wain Johnnie Walker. Beliau percaya persamaan antara pembuatan wiski yang hebat dan penghasilan koktel luar biasa menjadikan Peringkat Akhir World Class di Bandar Raya Mexico sebagai persekitaran sempurna untuk memperkenalkan wiski baharu ini.

"Pengalaman minum yang tidak dapat dilupakan sentiasa menjadi matlamat akhir. Inilah yang berusaha dicapai oleh pakar pengadun elit apabila menyempurnakan koktel dan inilah yang kami, sebagai pembuat wiski, bawakan sebagai aspek utama dalam pemikiran kami apabila mencuba dan menghasilkan adunan baharu yang menarik," kata Aimée, yang baru-baru ini menyampaikan Anugerah Rising Star sempena International Spirits Challenge 2017.

Blenders' Batch Adunan Tong Wain Johnnie Walker adalah hasil percubaan dari segi kematangan dalam tong wain yang diusahakan oleh mentor Aimée, Beveridge sejak sedekad lalu. Ia merupakan Scotch rasa buah luar biasa yang dipenuhi beri segar yang menghidupkan rasa, rasa tofi yang manis dan aroma wangi yang halus.

Aimée berkata: "Matlamat saya di Johnnie Walker adalah untuk membuat wiski yang dapat dinikmati oleh orang ramai dengan pelbagai pilihan rasa, khususnya oleh mereka yang sebelum ini mungkin menganggap bahawa wiski bukan untuk mereka. Sebagai pengadun, kami memanfaatkan hampir 200 tahun pengalaman membuat wiski dan mengambil inspirasi daripada perintis rasa dari seluruh dunia.

"Blenders' Batch Adunan Tong Wain Johnnie Walker adalah ringan dan mempunyai rasa buah. Ia amat sempurna bagi menikmati koktel selepas kerja bersama rakan-rakan atau menikmatinya sendiri ketika sedang bersendirian."

Pakar Pengadun Jim Beveridge berkata: "Di Johnnie Walker, kami tahu cara untuk membuat Scotch yang luar biasa. Hakikat ini benar apabila kami mula mencipta Johnnie Walker Black Label lebih seratus tahun lalu dan hakikat ini masih benar pada hari ini. Falsafah dan komitmen kami untuk menghasilkan Wiski Scotch luar biasa menjadi keutamaan dalam segala yang kami lakukan."

"Para pengadun kami diberikan kebebasan untuk mengambil inspirasi daripada apa jua dan segala-gala yang berada di sekeliling mereka apabila membuat wiski: pengalaman yang mereka lalui, minat peribadi, bunyi dan rasa. Minat mendorong mereka untuk mencabar status quo dalam pembuatan wiski dan untuk meneroka budaya rasa lain bagi mencipta kombinasi rasa sebaik mungkin untuk semua adunan kami, setiap hari."

Blenders' Batch Adunan Tong Wain Johnnie Walker bakal dilancarkan di negara-negara terpilih mulai September 2017 pada harga RRP bermula daripada US$29.99.

Blenders' Batch Pematangan Tong Rum Johnnie Walker dan Blenders' Batch Espresso Panggang Johnnie Walker akan disediakan di seluruh dunia di beberapa bar terbaik dunia mulai Oktober 2017.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.johnniewalker.com

 [1] Pertandingan Wiski Antarabangsa (2015 & 2016)

Nikmati Johnnie Walker dengan berhemah. DRINKiQ.com

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages New products/services