HONG KONG, 24 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Pada 22 Ogos, Country Garden Holdings Company Limited (kod saham: 2007.HK) mendedahkan keputusan kewangannya bagi separuh pertama tahun 2017. Bagi separuh pertama ini, Country Garden mencatatkan jualan berkontrak sebanyak RMB288.91 bilion, meningkat sebanyak 131% berbanding tahun sebelumnya. Kawasan lantai kasar berkontrak meningkat sebanyak 106.3%, kepada 32.26 juta meter persegi. Kedua-dua penunjuk adalah paras tertinggi dalam sejarah. Semasa tempoh pelaporan, Country Garden mencapai hasil sebanyak RMB77.74 bilion, meningkat sebanyak 35.5% berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan kasar pula adalah sebanyak RMB17.1 bilion, meningkat 42.1%. Keuntungan bersih asas yang boleh diagihkan kepada para pemegang saham melonjak kepada RMB7.19 bilion, meningkat sebanyak 34.9% berbanding tahun sebelumnya.
Berdasarkan prestasi yang kukuh, syarikat mengisytiharkan dividen interim sebanyak RMB15.02 sen, meningkat dengan ketara sebanyak 117.1% berbanding tahun sebelumnya. Pada akhir separuh pertama, Country Garden memiliki baki tunai sebanyak RMB120.13 bilion, meningkat sebanyak 143% berbanding tahun sebelumnya, manakala aliran tunai operasi kekal positif kira-kira sebanyak RMB16.42 bilion yuan. Pada akhir tempoh pelaporan, nisbah penggearan bersih menurun sebanyak 10.9 mata peratusan, kepada 37.8%. Kos peminjaman purata wajaran menurun sebanyak 34 mata asas dari akhir tahun 2016, kepada 5.32%.