omniture

Air China: Rakan Perkhidmatan Pengangkutan Udara Penumpang Rasmi untuk Beijing 2022

Air China
2017-08-25 02:45 1033

BEIJING, 25 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Air China Limited (dirujuk di bawah sebagai "Air China") menjadi Rakan Kongsi Rasmi bagi Jawatankuasa Penganjur Beijing untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 ("Beijing 2022") pada 23 Ogos 2017.

Chen Jining, pemangku Datuk Bandar Beijing dan Presiden Eksekutif Beijing 2022, menghadiri majlis penandatanganan di Beijing. Zhang Jiandong, timbalan Datuk Bandar Beijing dan Naib Presiden Eksekutif Beijing 2022, serta Song Zhiyong, Presiden Air China Limited, menandatangani perjanjian perkongsian tersebut.

"Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 merupakan acara penting yang utama dalam sejarah China. Air China akan membawakan kekuatannya sendiri untuk beraksi dan menggerakkan sumbernya bagi menyebarkan Nilai-nilai Olimpik dan meningkatkan impak Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022," kata Song Zhiyong. "Air China mempunyai kapasiti dan keyakinan untuk menggalakkan semangat Olimpik melalui pendekatan yang inovatif, memenuhi janjinya sebagai Rakan Kongsi Rasmi dan menyokong Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 melalui perkhidmatan berkualiti tinggi," tambah Song Zhiyong.

Air China ialah syarikat penerbangan terbesar negara dan pembawa bendera kebangsaan eksklusif, selain Rakan Kongsi Rasmi untuk Beijing 2008. "Kami mengucapkan tahniah kepada Air China kerana sekali lagi dapat menggandingkan perkhidmatannya dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk untuk Beijing 2022," kata Zhang Jiandong. "Beijing 2022 akan berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti demi memastikan Air China dapat menikmati faedah yang cukup luas dengan menjadi Rakan Kongsi Rasmi Beijing 2022", tambah Zhang Jiandong.

Sejak pelancaran Program Pemasaran Beijing 2022 awal tahun ini, kerja-kerja telah berjalan dengan lancar. Menurut Beijing 2022, Rakan Kongsi Produk Tenusu Rasmi dan Rakan Kongsi Pakaian Sukan Rasmi bakal diumumkan kepada orang awam dalam masa terdekat.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170824/1926774-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170824/1926774-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170824/1926774-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170824/1926774-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170824/1926774-1-e
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170824/1926774-1-f
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170824/1926774-1-g 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1857452-1LOGO  

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Sporting Events Sports Travel Licensing/marketing agreements