omniture

"LEGO Quest & Collect" Nexon capai lebih 1 Juta muat turun dalam 2 minggu sejak pelancaran

Nexon Company
2017-08-25 08:17 396
  • Lebih 1 juta muat turun tercapai sejak pelancaran baru-baru ini di 14 negara Asia
  • Kandungan baharu, Serangan Ketua Dunia, membolehkan para pemain menggunakan 10 Watak Wira untuk mengalahkan Ketua Musuh baharu yang besar
  • Pelancaran watak legenda, Lelaki Bersut Arnab (Bunny Suit Guy), serta kemas kini ke Kuil LEGO Ninjago di dunia Airjitzu Diorama 

SEOUL, Korea Selatan, 25 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Permainan video model peranan mudah alih "LEGO® Quest & Collect", yang dibangunkan oleh Nexon Company, mencapai 1 juta muat turun pada Ogos 2017 - dua minggu selepas dilancarkan, dan telah memanjat ke kedudukan 5 Teratas di kedua-dua App Store dan Google Play dalam pelbagai kategori dan pasaran.

LEGO® Quest & Collect achieved over 1 million downloads within two weeks of its launch in 14 Asian countries
LEGO® Quest & Collect achieved over 1 million downloads within two weeks of its launch in 14 Asian countries

Serentak dengan peristiwa penting ini, Nexon hari ini mengumumkan kemas kini permainan yang menarik termasuk mod permainan baharu, Serangan Ketua Dunia. Mod ini menampilkan penjahat LEGO® NEXO KNIGHTS™ yang popular, Evil Mobile dan Sparks, yang akan muncul dalam pertempuran ketua dan boleh dicabar selama 24 jam selepas diaktifkan. Pemain boleh menggunakan sehingga 10 Wira pada masa yang sama, bekerjasama dengan pemain dari seluruh komuniti untuk mengalahkan Ketua Dunia bersama-sama dan mendapatkan ganjaran sebanyak 1500 Kristal.

Nexon juga memperkenalkan watak legenda baharu, Lelaki Bersut Arnab dan menambah bangunan utama baharu ke salah satu daripada empat diorama, Kuil Airjitzu. Lelaki Bersut Arnab ialah seorang lelaki yang berpakaian sut arnab, popular dengan tema LEGO® MINIFIGURES™, dan unik kepada Serangan Ketua Dunia. Beliau boleh didapati dengan Kiub Wira Premium.

Pemain juga dapat meningkatkan kelajuan episod sebanyak 1.5 kali lebih pantas dengan kemas kini ini.

Untuk melanjutkan lagi keraian, Nexon akan menjalankan pelbagai acara dalam-permainan sehingga 23 Ogos. Selain memberi ganjaran kepada mereka yang menyertai Serangan Ketua Dunia dengan kristal tambahan, wira-wira juga mempunyai peluang 10 kali lebih tinggi untuk mendapatkan Peti Harta Karun dalam Pengembaraan. Selain itu, pemain yang mencapai tahap tertentu Diorama pada 30 Ogos akan menerima Batu Semangat Super (Legenda) yang premium sebagai ganjaran.

"LEGO® Quest & Collect" ialah permainan RPG mudah alih yang dibangunkan oleh Nexon TT Games dan The LEGO Group, dan secara rasminya dilancarkan pada 13 Julai.

Butiran lanjut boleh didapati di laman sesawang rasmi atau komuniti.

"LEGO® Quest & Collect" Laman utama: Layari Sekarang 
"LEGO® Quest & Collect" Laman sesawang Rasmi: Layari Sekarang 
Pautan untuk Muat turun Aplikasi: https://i.nx.com/3Am

Hubungi:

Magdalene Teo
+65-6336-8412
teom@ruderfinnasia.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170822/1924962-1

Source: Nexon Company
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment