omniture

Tegas tangani perhambaan moden

Walk Free Foundation
2017-08-25 09:42 757

PERTH, Australia, 25 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Jenayah perhambaan moden yang tersembunyi dan amat menguntungkan bakal ditangani dengan tegas melalui penyelesaian serantau praktikal yang didorong oleh perniagaan dan kerajaan, kata para pemimpin perniagaan global di Perth hari ini.

 

Menteri Luar Australia, YB Julie Bishop MP dan Pengerusi Bersama Perniagaan, Andrew Forrest AO memberi respons kepada rakan media dalam Forum Kerajaan dan Perniagaan Bali Process di Perth.
Menteri Luar Australia, YB Julie Bishop MP dan Pengerusi Bersama Perniagaan, Andrew Forrest AO memberi respons kepada rakan media dalam Forum Kerajaan dan Perniagaan Bali Process di Perth.

Pada sebelah malam Forum Kerajaan dan Perniagaan Bali Process yang julung kali diadakan, para pemimpin perniagaan berhimpun di University of Western Australia (UWA) untuk membincangkan tentang cabaran-cabaran rumit perhambaan moden di rantau Indo Pasifik pada abad ke-21. Berikutan ucaptama yang disampaikan oleh Menteri Hubungan Luar Australia, YB Julie Bishop MP, Pengerusi Bersama Perniagaan bagi Forum, En. Andrew Forrest AO memimpin sekumpulan panelis untuk mengkaji keadaan jenayah, selain implikasi dan tindak balas terhadap sektor perniagaan. Syarahan ini dianjurkan oleh Perth USAsia Centre, dengan kerjasama Walk Free Foundation, UWA dan Rio Tinto.

En. Forrest berkata kolaborasi serantau, merentasi sektor, adalah satu-satunya cara untuk menyusup masuk ke dalam aktiviti jenayah kompleks yang menyebabkan penderitaan puluhan juta orang. "Ini merupakan tahun pertama untuk Forum Kerajaan dan Perniagaan Bali Process dan kami mempunyai lebih 30 syarikat dan perniagaan yang berhimpun bersama-sama untuk mengatur strategi, bekerjasama dan menangani isu-isu ini yang belum pernah dibangkitkan oleh mana-mana forum sebelum ini," kata beliau. "Dua pertiga daripada kira-kira 46 juta orang terperangkap dalam sistem perhambaan ini adalah di rantau Indo Pasifik – amalan perhambaan moden yang mengerikan ini tidak jauh dari Australia dan ia turut menyusup masuk ke dalam negara, memandangkan kebanyakan rantaian bekalan yang menyediakan kami dengan barangan yang dibeli dan digunakan datangnya dari rantau ini."

Dr Eddy Sariaatmadja, Pengerusi Emtek Group dan Pengerusi Bersama Perniagaan Indonesia untuk Forum ini, mengulas tentang perhambaan moden: "Ia melibatkan negara-negara sumber, negara-negara transit dan negara-negara destinasi. Oleh itu, ia memerlukan satu penyelesaian serantau, dan di sinilah Bali Process memainkan peranannya."

Sebelum ini sebagai satu inisiatif kerajaan serantau, Bali Process telah berkembang dan turut melibatkan sektor swasta. Forum Kerajaan dan Perniagaan Bali Process menghimpunkan Menteri-menteri Bali Process dan para pemimpin kanan sektor swasta dari rantau Indo Pasifik untuk berkongsi pandangan tentang cara mencegah, memerangi dan akhirnya membasmi perhambaan moden.

Walk Free Foundation

Walk Free Foundation ialah sebuah pertubuhan hak-hak asasi manusia peringkat antarabangsa dengan misi untuk menamatkan perhambaan moden dalam generasi kita. Walk Free Foundation diasaskan oleh Andrew dan Nicola Forrest dan merangkumkan misi mereka untuk menamatkan perhambaan moden di seluruh dunia. Dana permulaan dibiayai oleh badan amal Forrests, Yayasan Minderoo, inisiatif ini memberikan maklumat dan keupayaan yang diperlukan untuk negara-negara membasmi perhambaan dalam bidang kuasa mereka.

https://www.walkfreefoundation.org/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jannette Cotterell
+61-473-333-302 
jcotterell@minderoo.com.au 

Tania Hudson
+61-439-247-227
thudson@minderoo.com.au

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170824/1925969-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170823/1925969-1LOGO

Source: Walk Free Foundation
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Mental Health Workforce Management/Human Resources Children-related news Not for profit Women-related news