TAIPEI, Taiwan, 25 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Sejak pelancongan menjadi lebih pelbagai dan global, B&B telah menjadi pilihan penginapan yang popular bagi pelancong ke Taiwan. Pengunjung dapat merasakan hospitaliti Taiwan yang mesra, dan mengalami gaya hidup tempatan lain daripada yang lain apabila mereka menginap di B&B. Untuk meningkatkan kualiti keseluruhan penginapan dan pengalaman pelancongan, Biro Pelancongan Taiwan telah menilai B&B yang dikendalikan secara sah dan memilih yang mana antara mereka yang memenuhi kriteria "Tuan Rumah Taiwan". 5 syarat yang mendukung kriteria Tuan Rumah Taiwan adalah Kemesraan, Keramahan, Kebersihan, Sanitasi, dan Keselamatan.
Pada masa ini terdapat 759 B&B "Tuan Rumah Taiwan" di Taiwan. Kesemuanya mendapat pensijilan "Tuan Rumah Taiwan" untuk menyediakan persekitaran penginapan yang selesa. Tuan rumah menawarkan hospitaliti dan suka berkongsi pelbagai pengalaman dengan pengunjung untuk membuatkan mereka berasa selesa.
Tuan RumahTaiwan Menceritakan Kisah Menarik tentang Kehidupan Tempatan
Pelancongan di Taiwan telah menyaksikan peningkatan trend "hipster" sejak akhir-akhir ini. Banyak rumah vintaj yang unik telah menyuntik tenaga baharu ke dalam industri pelancongan Taiwan. Terletak di semenanjung timur Kinmen, Kinmen Guest House pada asalnya merupakan penempatan tradisional orang Minnan. Pemiliknya baru-baru ini telah mengubah suai rumah lama dan mengubahnya menjadi B&B retro, memberikan pengunjung pengalaman pelancongan yang berharga dan menyeronokkan.
Hospitaliti Mesra – Pengalaman Pelancongan yang Berharga
Perasaan yang paling mengharukan ketika seseorang berada jauh dari rumah adalah bertemu penduduk setempat yang ramah dan teruja mencadangkan pemandangan yang paling indah. Villa Iris di Penghu dikenali dengan pemandangan lautan yang menakjubkan. Pemilik B&B yang mesra dan ramah menyediakan tetamu dengan bilik-bilik santai yang dikelilingi oleh pemandangan yang indah dan hospitaliti yang tiada tandingannya. Pelawat dapat membuat kenangan berada di Taiwan yang tidak dapat dilupakan di sini.
Dew B&B di Yilan menawarkan suasana rumah yang tenang. Para tetamu dilayan dengan hidangan yang sihat yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan yang segar menggunakan gabungan teknik masakan tradisional dan moden. Para tetamu juga akan dapat mengalami gaya hidup tempatan yang paling realistik, dan pada masa yang sama dapat perkhidmatan yang profesional dan berkualiti tinggi.
Pilihlah B&B yang disahkan Tuan Rumah Taiwan selepas ini apabila anda melawat Taiwan. Para pemilik B&B menawarkan pengalaman komprehensif kepada tetamu mereka - merasai hidangan istimewa tempatan dan melawat tempat-tempat pelancongan yang menyeronokkan. Anda akan kagum dengan apa yang ditawarkan oleh Taiwan.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170821/1923956-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170821/1923956-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170821/1923956-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170821/1923956-1-d