omniture

IBS Software Meterai Kontrak Beberapa Tahun Bersama Jin Air

IBS Software (IBS)
2017-08-25 12:46 809

SEOUL, Korea Selatan, 25 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

- iFly Res IBS bakal perhebat tempahan penumpang untuk syarikat penerbangan utama Korea-  

IBS Software (IBS) dipilih oleh Jin Air yang berpangkalan di Korea Selatan, subsidiari HanJinKal, sebagai penyedia Sistem Perkhidmatan Penumpang (PSS). Kontrak selama tujuh tahun yang bernilai jutaan dolar untuk perjanjian itu ditandatangani secara rasmi semalam oleh En. Choi JungHo, Ketua Pegawai Eksekutif Jin Air dan En. VK Mathews, Pengerusi Eksekutif - IBS Group, di Seoul. Perjanjian ini akan menyaksikan IBS melaksanakan Sistem Perkhidmatan Penumpang (PSS), iFly Res, bagi tujuan tempahan bersepadu, pembelian tiket dan operasi kawalan pelepasan. Platform IBS akan menggantikan sistem sedia ada milik penyedia PSS yang tersohor bagi membolehkan Jin Air membuka aliran perolehan baharu daripada kedua-dua perniagaan penerbangan kos rendah dan penerbangan berjadual miliknya. Sistem pengurusan kesetiaan IBS, iFly Loyalty, akan turut dilaksanakan bersama-sama iFly Res. Ini akan menyokong pelbagai keperluan Jin Air seperti FFP, program gabungan, SME dan program korporat serta pelbagai model lain.

generated by system

Kontrak ini, yang dianugerahkan selepas lebih dua tahun menjalani penilaian, akan menyaksikan IBS melaksanakan sistem PSS modennya sebelum Mac 2018, yang akan turut membolehkan Jin Air membuka peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang signifikan melalui pilihan pengurusan yang anjal. iFly Res, bersama-sama penyepaduan NDC natif, akan memperhebat Jin Air untuk menggabungkan PSS dengan lancar kepada sistem pihak ketiganya, akan meningkatkan lagi keupayaan antara syarikat penerbangan dan codeshare. Jin Air beroperasi menggunakan sistem yang sama seperti Korean Air, dan kini akan mencari cara untuk memudahkan perniagaannya tatkala ia beralih daripada dua sistem berbeza kepada platform iFly Res generasi baharu. Ditubuhkan pada tahun 2008, Jin Air mempunyai kekuatan armada sebanyak 24 pesawat dan melakukan penerbangan ke 37 lokasi tempatan dan antarabangsa termasuk AS, Australia, China, Jepun, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Thailand.

"Dalam usaha kami untuk memberikan pengalaman perjalanan yang berbeza kepada penumpang kami, kami menilai secara meluas beberapa platform PSS bagi menggantikan sistem sedia ada kami. iFly Res daripada IBS dipilih kerana ia berjaya bertahan terhadap ketekunan wajar kami yang ketat untuk muncul sebagai pilihan terbaik bagi memenuhi keperluan perniagaan kami yang terus berkembang. Kami yakin dengan keupayaan produk, pengetahuan domain daripada pasukan IBS dan kecekapan mereka dalam menyediakan perkhidmatan. Kami berasa amat teruja dengan faedah yang akan dibawakan oleh PSS baharu terhadap perniagaan kami dan berharap dapat bekerjasama dengan IBS bagi menjadikan usaha ini suatu kenyataan," kata En. Kwang Lee, Naib Presiden Strategi Korporat, Jin Air.

"Untuk sebuah syarikat penerbangan menukar sistem PSS daripada pengusaha yang mantap, adalah satu sokongan sebenar terhadap keupayaan produk iFly Res dan mengukuhkan reputasi dan kedudukan IBS yang meningkat maju, walau dalam kalangan syarikat penerbangan dengan model perniagaan bercampur. Rekod cemerlang kami dalam memberikan nilai kepada pelanggan kami, serta tahap profesionalisme dan komitmen kakitangan kami menjadikan kami sebagai rakan transformasi dipercayai dalam kalangan beberapa nama yang ikonik dalam industri ini. Saya mengharapkan perkongsian yang membuahkan kejayaan bersama Jin Air," kata En. Paul Lynch, Naib Presiden Kanan & Ketua Perkhidmatan Penumpang, IBS Software.

Maklumat lanjut tentang IBS disediakan di http://www.ibsplc.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
Bratati Ghosh
Ketua Pegawai Pemasaran, IBS
bratati.ghosh@ibsplc.com

Sumber: IBS Software (IBS)

Source: IBS Software (IBS)
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Transportation Contracts