BANDAR RAYA MEXICO, 25 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Sarapan lewat pagi semakin menular: warga Britain membelanjakan £76 juta setiap hari untuknya, jumlah penduduk Kanada yang mencarinya dalam talian turut meningkat dengan jumlah yang mengagumkan sebanyak 234% berbanding tahun lalu, dan angka ini terus meningkat. Ini bukan sekadar suatu fenomena British atau Kanada. Peningkatan dalam trafik carian dari lokasi-lokasi termasuk Malaysia, Thailand, New Zealand, Australia, UAE, AS dan banyak negara di seluruh Eropah, menunjukkan kita semua semakin menjadi peminat sarapan lewat pagi. Apakah persamaan yang ada dalam semua negara ini? Minuman pilihan pada waktu sarapan lewat pagi yang baik, Bloody Mary yang klasik. Raja Sarapan Lewat Pagi itu ialah salah satu koktel paling laris di dunia dan pendamping sempurna untuk Ketel One Vodka
Minggu ini, sempena pusingan akhir Pelayan Bar Terbaik Tahunan World Class, 55 pelayan bar elit dari empat pelosok dunia, setiap seorang menghasilkan variasi Bloody Mary klasik mereka sendiri. Dengan ribuan bahan-bahan dan hiasan berbeza yang dihidangkan, hasilnya cukup menakjubkan. Namun begitu, walaupun terdapatnya perbezaan, setiap pelayan bar berkongsi satu faktor penyatu yang penting, vodka kegemaran pelayan bar: Ketel One[1] .
Beberapa hidangan dunia yang lebih unik termasuk Brazilian Mary, adunan lazat berbeza bagi minuman klasik yang amat digemari ini, menyajikan lada biji merah jambu pedas, jintan hitam dan lobak kuda berserta jus lobak merah, menghasilkan koktel berwarna jingga terang.
Australian Mary merupakan adunan unik antara Ketel One Vodka, jus tomato, sos pedas, cuka balsam dan bir berwarna pudar. Hasilnya: variasi menarik terhadap minuman klasik ini.
Sebagai penghormatan kepada warisan jenama vodka Belanda, Carrot Mary berwarna jingga terang dihidangkan bersama jus lobak merah, epal & pir berserta pes oren, asam jawa dan halia.
Para tetamu di peringkat akhir turut disajikan dengan Mexican Mary bagi meraikan negara tuan rumah pertandingan. Dicipta oleh pelayan bar Mexico yang terkemuka, Ricardo Sandoval, Mexican Mary terdiri daripada lada merah segar, Chile chipotle dan jalapeño menambah perisa Ketel One Vodka.
Bob Nolet, generasi ke-11 daripada keluarga penyuling Nolet, anak kepada Carolus Nolet Sr. yang mencipta Ketel One Vodka di kilang penyulingan milik keluarga mereka, berkata: "Kami amat menyukai World Class kerana ia tidak pernah gagal untuk menginspirasikan kami apabila kami melihat para pelayan bar dunia menggunakan Ketel One sebagai bahan utama dalam koktel mereka. Setiap tahun, kami menjadi tuan rumah untuk ratusan pelayan bar dari seluruh dunia bagi membantu mereka menerokai warisan dan dedikasi yang membawa kepada penghasilan Ketel One.
"Kami percaya koktel hanyalah sebaik bahannya yang paling lemah dan sebagai asas sempurna untuk Bloody Mary klasik, kami berbesar hati dapat melihat para pelayan bar elit di Mexico ini menunjukkan beberapa hidangan yang amat unik, kesemuanya menggunakan vodka terbaik, Ketel One.
"Sarapan lewat pagi yang dinikmati bersama Bloody Mary klasik sentiasa menjadi kegemaran keluarga kami. Hakikat bahawa popularitinya terus meningkat di seluruh dunia tidak menghairankan saya. Minggu ini telah menunjukkan bahawa dengan bahan-bahan yang betul, mudah untuk orang ramai menghasilkan adunan mereka sendiri terhadap hidangan klasik dan kami berbesar hati kerana vodka buatan keluarga kami menjadi elemen penting dalam acara ini."
Ketel One Vodka diinspirasikan oleh lebih 325 tahun kepakaran penyulingan tradisional, yang diwarisi daripada bapa kepada anak lelaki selama lebih 11 generasi dalam keluarga Nolet – semuanya didorong oleh usaha mengejar kecemerlangan tanpa henti dan pencarian bagi menggapai kesempurnaan.
Nota untuk editor
[1] Laporan Drinks International Bars 2017
LATAR BELAKANG KETEL ONE VODKA
Ketel One Vodka ialah vodka super-premium yang benar-benar luar biasa dan dihasilkan oleh keluarga penyuling Nolet. Keluarga Nolet berkecimpung dalam perniagaan penghasilan minuman beralkohol halus di Holland sejak lebih 325 tahun dan bermula sejak 11 generasi yang lalu. Kemahiran dan pengetahuan mereka diwarisi keluarga ini sejak tahun 1691 dan warisan dalam teknik penyulingan inilah yang mempengaruhi sejauh mana Ketel One Vodka disuling. Jenama Ketel One dijayakan menerusi perbualan antara satu sama lain bersama komuniti pelayan bar.
Ketel One Vodka pertama kali dilancarkan pada tahun 1980-an oleh Carolus Nolet Sr yang memanfaatkan kepakaran keluarga dalam minuman beralkohol halus bagi menghasilkan vodka yang lembut dan segar dengan rasa akhir panjang yang sempurna untuk koktel yang terbaik. Ia kini boleh didapati di lebih 80 negara seluruh dunia dan diiktiraf oleh Laporan Drinks International Bar sebagai vodka Paling Laris dan Paling Menjadi Ikutan untuk lima tahun berturut-turut.
Ketel One Vodka adalah hasil adunan yang lama dan baharu: menggabungkan kraf alat penyulingan periuk lama yang digunakan oleh nenek moyang Nolet, berserta teknik penyulingan ruangan moden. Penyulingan periuk yang dibakar dengan arang batu abad ke-19, Alat Penyulingan Periuk Nombor 1, dikenali di Belanda sebagai Distilleerketel No.1, mengilhamkan nama Ketel One dan terlibat dalam penghasilan setiap kelompok Vodka.
Ketel One Vodka dihasilkan secara eksklusif di Kilang Penyulingan Nolet di Schiedam, Holland dan setiap kelompok dirasai sendiri dan diluluskan oleh ahli keluarga Nolet bagi menjamin agar ia memenuhi piawaian kualiti mereka dengan tepat – inilah Cara Ketel One.
KETEL ONE VODKA DALAM MEDIA SOSIAL
Ikuti kami, di sini:
Facebook: https://www.facebook.com/KetelOne
Twitter: https://twitter.com/ketelone
Instagram: https://www.instagram.com/ketelone
YouTube: https://www.youtube.com/ketelone
Hashtag: #ketelone #theketeloneway
LATAR BELAKANG DIAGEO
Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan koleksi jenama hebat termasuk Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, wiski Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff dan Cîroc, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.
Diageo tersenarai dalam Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO), manakala produk-produk kami dijual di lebih 180 negara di serata dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di http://www.diageo.com. Lawati sumber minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.
Raikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.
Sila Minum dengan Berhemah, layari DRINKiQ.com