omniture

Perkhidmatan Perkongsian Asia Manfaatkan Perubahan Digital dan Automasi untuk Lonjakan Keluk Kematangan

Shared Services and Outsourcing Network (SSON)
2017-08-29 00:57 635

SINGAPURA, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Peneraju dan pengamal perkhidmatan perkongsian serantau dan global akan berkumpul di Minggu Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar Asia ke-20 dari 21-22 November 2017 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands di Singapura untuk membahaskan dan membincangkan masa hadapan perkhidmatan perkongsian Asia dalam persekitaran yang semakin automatik dan digital.

Hari Jadi Minggu Perkhidmatan Perkongsian Asia
Hari Jadi Minggu Perkhidmatan Perkongsian Asia

"Tahun ini, kami ingin membawakan pemimpin GBS dan SSC global yang berpangkalan di AS, Eropah dan Asia untuk menanda aras dan membahaskan kesan perubahan persekitaran bagi Asia. Untuk terus berdaya bersaing dalam landskap yang berubah-ubah ini, SSC Asia tidak lagi boleh menerima pakai mantera yang telah dicuba-dan-diuji iaitu 'belajar dengan pantas' dan mengejar agar tidak ketinggalan, tetapi kini menunjukkan tanda-tanda mereka dapat memberikan sesuatu yang sangat bernilai –satu pengajaran yang boleh dipelajari oleh seluruh dunia", ulas Joshua Lim, Pengarah SSON Asia.

Untuk memastikan perbincangan makro yang lengkap mengenai keadaan industri, pameran ini akan menampilkan pemimpin-pemimpin GBS dan SSC merentas industri termasuk Paul Bartley, Pengarah, Global Shared Services, Becton Dickinson, Marcel Angst, Naib Presiden Eksekutif, Operasi Global, Swarovski, Dheeraj Popli, Pengarah, GBS, Asia Pasifik, JLL, Jorge Gilling, Ketua Pegawai Eksekutif, Global Business Services, AIG Malaysia dan Heiko Nitsche, Ketua Pegawai Eksekutif, Mercedes Benz Group Services, Filipina.

Melengkapi barisan penceramah antarabangsa ini selama dua hari ialah MNC dan pandangan dari sudut Asia daripada Coca Cola, LarfargeHolcim, Shell, ANZ, Microsoft, Siemens, Schlumberger, Vodafone, RBC, Solvay, Lenovo, British American Tobacco, ABB, Pfizer, DHL, Fonterra dan banyak lagi.

Dengan tema mempercepatkan keluk kematangan dan memberikan nilai dalam persekitaran yang semakin automatik, Minggu SSO Asia bukan sahaja melihat keadaan makro industri ini, tetapi turut mendalami cabaran khusus yang dihadapi oleh perniagaan berdasarkan kedudukan mereka di keluk kematangan perkhidmatan perkongsian.

"Dalam masa peralihan kepada GBS, robotik dan automasi pintar, Pusat Kecemerlangan dan analisis data merupakan topik kritikal bagi perkhidmatan perkongsian matang di Asia, kami juga ingin memastikan kami memberikan kandungan yang relevan dan tepat pada masanya untuk pusat perkhidmatan perkongsian yang baru muncul dan juga penggiat matang pertengahan. Oleh itu, kami secara khusus mengumpulkan maklumat penting untuk dibawa pulang pelanggan kami dan menyesuaikan pecahan kandungan kami berdasarkan keperluan dan maklumat yang diperolehi daripada analitik data," tambah Lim.

Analitik data juga telah terbukti sebagai alat yang berkuasa dalam mengukuhkan kedudukan Minggu SSO Asia sebagai titik pertemuan terbesar Asia bagi industri perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar. Menggabungkan sumber data berstruktur dan tidak berstruktur daripada pengamal pengguna akhir, pasukan SSON Analytics memastikan mereka menyediakan risikan pasaran tepat pada masanya kepada peserta Minggu ini, menyediakan statistik masa sebenar untuk topik mengenai model penghantaran SSO, pemilihan lokasi, upah arbitraj serantau serta maklumat dan keupayaan vendor automasi pintar.

Sejak teknologi digital dan automasi membawa perubahan besar dalam industri perkhidmatan perkongsian lebih setahun yang lalu, kebimbangan mengenai kebolehskalaan dan nilai sebenar automasi pintar mula muncul; 33% daripada projek perintis RPA telah terbukti tidak berjaya dan belum mencapai hasil yang diharapkan. Menangani pendidikan praktikal dan keprihatinan ialah pihak berkepentingan peneraju automasi pintar termasuk AntWorks, Workfusion, UI Path, Vodafone, ANZ, Ericsson dan Dell EMC yang berkongsi kajian kes pengguna mereka.

Diadakan selama dua hari, dan digabungkan dengan bengkel pra-dan pasca-persidangan dan lawatan tapak, Minggu Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar Asia ke-20 bersedia untuk mempersembahkan lebih 40 penceramah kepada lebih daripada 400 orang pengamal tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Sue A. di enquiry@iqpc.com.sg atau hubungi +65 6722 9388.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170825/1927548-1

Source: Shared Services and Outsourcing Network (SSON)
Keywords: Computer/Electronics Outsourcing Businesses Workforce Management/Human Resources Trade show news