omniture

CF PharmTech, Inc. Kumpul USD $65 Juta Percepatkan Pembangunan Produk Sedutan Syarikat dan Kapasiti Pengilangan untuk Pasaran Global

CF PharmTech, Inc.
2017-08-29 01:01 773

SUZHOU, China, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- CF PharmTech, Inc. ("CF PharmTech"), sebuah syarikat farmaseutikal khusus terkemuka yang membangunkan dan mengilangkan produk sedutan, hari ini mengumumkan ia telah mengumpul sebanyak $65 juta dalam pusingan pembiayaan Siri D. Dana Pelaburan Industri Masa Depan, satu dana ekuiti persendirian yang diuruskan oleh SDIC Fund Management Corporation Limited ("SDIC Fund Management"), memimpin pembiayaan ini bersama-sama kumpulan-kumpulan pelaburan penjagaan kesihatan berprestij yang lain di China.

Kemudahan pengilangan PharmTech
Kemudahan pengilangan PharmTech

CF PharmTech, diasaskan oleh pakar-pakar industri berpengalaman dan para usahawan yang memiliki rekod prestasi cemerlang dalam industri farmaseutikal AS, memberi tumpuan terhadap pembangunan, pengilangan dan pengkomersialan produk sedutan berkualiti tinggi untuk pasaran dunia. Sejak ditubuhkan, CF PharmTech menubuhkan kemudahan penyelidikan dan pengilangan yang canggih bagi memajukan pembangunan produknya. Pusingan pelaburan baharu ini bukan sahaja akan dapat mempercepatkan penyerahan rancangan produknya bagi memenuhi kelulusan kawal selia di China dan luar negara, tetapi juga memperluas perkhidmatan CDMOnya kepada pelanggan antarabangsa.

En. Hai Lu, Pengarah Urusan SDIC Fund Management, mengulas: "Penyerahan ubatan melalui laluan pulmonari menanggung cabaran teknikal yang ketara dan ia memerlukan usaha luar biasa untuk membawakan produk sedutan kepada pasaran. Pasukan berkaliber tinggi CF PharmTech telah membuktikan kebolehan mereka untuk menarik bakat-bakat industri terkemuka bagi membangunkan produk sedutan untuk pasaran global. Kami yakin mereka akan mencapai misi perniagaan mereka dalam masa terdekat."

CF PharmTech, beribu pejabat di Suzhou, China, membangunkan alat penyedut dos terukur, serbuk sedutan, semburan hidung dan produk tiup-simpan-kedap. Ia telah mewujudkan persekitaran penyelidikan dan pengilangan berkualiti tinggi agar mematuhi peraturan AS, EU dan Cina. CF PharmTech menyasarkan untuk menyediakan produk sedutan yang berkualiti dan berkesan kos untuk pasaran tempatan, dan menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan bersama dan mengkomersialkan produk-produknya di seluruh dunia.

Latar Belakang SDIC Fund Management Corporation Limited

Ditubuhkan pada bulan Julai 2009, SDIC Fund Management Corporation Limited ialah sebuah firma ekuiti persendirian yang bebas dan bertaraf profesional. Kini, ia mengurus dan menasihati lebih RMB 50 bilion modal untuk pelbagai pelabur institusi termasuk institusi kewangan, dana persaraan serta modal milik negara dan persendirian. SDIC Fund Management Corporation Limited ialah salah satu pengurus dana ekuiti persendirian profesional yang terbesar di China. Strategi teras SDIC Fund Management adalah untuk melabur dalam syarikat-syarikat yang utama dalam pasaran yang mempunyai prospek pertumbuhan yang menarik serta mempunyai pasukan pengurusan yang cemerlang.

Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20170825/1927664-1

Source: CF PharmTech, Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Financing agreements New products/services