omniture

FE CREDIT, salah satu pengeluar kad kredit terbesar Vietnam, lancar Fast Cash

VPBank Finance Company Limited
2017-08-29 07:27 626

- Satu ciri unik yang membolehkan ahli-ahli kad mengakses wang tunai hanya melalui satu SMS dan tanpa sebarang mesin ATM

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- VPBank Finance Company Ltd. (FE CREDIT) melancarkan satu ciri eksklusif, Fast Cash, untuk memberikan kemudahan yang belum pernah disediakan kepada pengguna kad kredit pertama kali.

Fast Cash - Hanya SMS dan dapatkan wang tunai dengan Kad FE Credit
Fast Cash - Hanya SMS dan dapatkan wang tunai dengan Kad FE Credit

Fast Cash membolehkan pelanggan mendapat akses kepada wang tunai daripada had kad kredit mereka dengan hanya menghantar SMS daripada telefon bimbit mereka dan memperoleh kod unik, yang boleh digunakan di titik agihan fizikal Vietnam Post serta di cawangan-cawangan Sacombank untuk mengeluarkan wang tunai.

Menerusi pelancaran Fast Cash, Para Pemegang Kad FE CREDIT:

  • Tidak perlu memiliki telefon pintar memandangkan ciri ini berfungsi pada semua telefon bimbit yang boleh menghantar SMS
  • Tidak perlu ke mesin ATM. Pengeluaran wang tunai boleh dibuat melalui  Vietnam Post dan juga cawangan-cawangan Sacombank yang ditetapkan
  • Tidak perlu mengingati sebarang PIN atau prosedur pengeluaran di ATM

En. Kalidas Ghose, Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata, "Selaku peneraju pasaran, kami percaya dalam pewujudan pengalaman Pantas dan Mudah yang unik kepada pelanggan kami. Fast Cash ialah satu inisiatif rintis yang akan memberikan faedah ketara kepada para pemegang kad yang kami dihargai."

En. Nimish Dwivedi, Pengarah Perniagaan Kad Kredit FE CREDIT menambah, "Fast Cash memberikan tahap kemudahan yang belum pernah disediakan kepada pengguna kad kredit pertama kali dari segi untuk memenuhi keperluan tunai mereka tanpa telefon pintar, tanpa perlu mencari mesin ATM dan tanpa perlu mengingati PIN serta proses-proses lain."

Latar Belakang FE CREDIT

Selaku pelopor bagi Kewangan Pengguna, FE CREDIT mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pasaran pinjaman pengguna tidak bercagar. Kini, FE CREDIT menyediakan pengguna dengan perkhidmatan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan pengguna tahan lama dan kad kredit. FE CREDIT berkhidmat untuk lebih 6 juta pelanggan, bekerjasama dengan 5,500 rakan kongsi di seluruh 9,000 Titik Jualan (POS) seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Pemasaran FE CREDIT - VPBank Finance Company Limited
Alamat: Tingkat 2, Bangunan Menara REE, No. 9 Doan Van Bo, Ward 12, Daerah 4, Bandar Raya Ho Chi Minh
Telefon: (08) 3911 5212
Emel: pr@fecredit.com.vn
Laman Sesawang: www.fecredit.com.vn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170824/1926824-1

Source: VPBank Finance Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services