omniture

FDI Perkenal Panduan Layan Pesakit bagi Doktor Gigi dengan Fokus pada Pencegahan Karies

FDI World Dental Federation
2017-08-29 07:45 586

MADRID, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI hari ini mengeluarkan panduan melayan pesakit untuk memberi nasihat kepada klinisian mengenai intervensi pemulihan dengan pesakit mereka. Ia diperkenalkan pada hari pembukaan Kongres Pergigian Dunia FDI di Madrid, Sepanyol (29 Ogos-1 September) di bawah Perkongsian Pencegahan Karies Gigi (CPP), disokong oleh Colgate.

Panduan ini dijadikan sebagai sokongan visual, dengan garis panduan yang mudah diikuti yang sesuai dengan amalan pergigian. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kesan karies seawal yang mungkin, dengan menghalang pemusnahan gigi yang lebih lanjut dan menterbalikkan proses karies untuk memberi laluan kepada pemineralan semula, dan pada akhirnya memperkasa pesakit untuk memperbaiki dan mengekalkan kesihatan mulut mereka sendiri.

"Kami percaya panduan melayan pesakit ini merupakan alat rujukan mudah untuk pengamal klinisian dan memudahkan mereka membuat keputusan mengenai pilihan rawatan," kata Sophie Dartevelle, ahli Jawatankuasa Kesihatan Awam di FDI. "Doktor gigi berjumpa dengan banyak pesakit dalam satu hari, semua dengan keperluan tertentu dan hasil yang dijangkakan. Panduan ini merupakan peringatan mengenai tujuan penjagaan karies bagi pesakit, yang mana ia paling tidak invasif dan mestilah melibatkan pesakit dalam proses penyenggaraan."

Panduan ini akan memberikan pemahaman yang lebih besar mengenai aktiviti lesi dan panduan dalam menentukan risiko karies mengikut faktor risiko yang berbeza sepanjang hayat. Faktor-faktor risiko sejagat - yang mengambil kira status sosio-ekonomi, pengambilan gula, kebersihan mulut yang lemah, antara lain - dikelaskan dalam konteks lima kumpulan umur: tiga meliputi kanak-kanak dan remaja, satu orang dewasa, dan satu orang dewasa yang lebih tua. Bagi setiap kumpulan umur, terdapat penilaian risiko karies, cadangan untuk penyenggaraan profesional, dan cadangan untuk pesakit dan pendidikan penyenggaraan.

Dilancarkan pada tahun 2015, CPP merupakan usaha antarabangsa untuk membantu mengalihkan fokus pengamal pergigian daripada pendekatan restorasi kepada ubat-ubatan pencegahan gigi. Ia bertujuan untuk meningkatkan pencegahan penyakit mulut melalui bahan komunikasi pendidikan karies yang berkualiti tinggi dan aktiviti yang menyasarkan profesional, pesakit dan orang awam. Sumber-sumber yang tersedia termasuk Kertas Putih mengenai Pencegahan dan Pengurusan Karies Gigi yang dilancarkan tahun lalu dan seminar dalam talian (webinar) percuma, sidang kemuncak bengkel persidangan, dan set peralatan sokongan.

"Karies ialah penyakit kronik yang paling meluas di dunia, yang memberi kesan kepada orang ramai daripada semua peringkat umur dalam hidup mereka, tetapi ia merupakan beban yang selalunya dapat dicegah," kata Dr Marsha Butler, Naib Presiden Penjagaan Mulut Global di Colgate-Palmolive. "Kami sangat teruja untuk terus menyokong Perkongsian Pencegahan Karies Gigi, kini dalam tahun kedua, kerana ia merupakan sumber alat bermaklumat yang hebat yang menyumbang kepada perjuangan menentang penyakit mulut."

Latar Belakang Perkongsian Pencegahan Karies Gigi 

http://www.fdiworldental.org/caries-prevention

Latar Belakang Persekutuan Pergigian Sedunia FDI 

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI bertindak sebagai badan wakil yang utama untuk lebih 1 juta doktor gigi di seluruh dunia. Anggotanya termasuk kira-kira 200 persatuan ahli peringkat kebangsaan dan kumpulan pakar daripada lebih 130 negara. Wawasan FDI: 'memimpin dunia ke arah kesihatan mulut yang optimum.'

http://www.fdiworldental.org;
http://www.facebook.com/FDIWorldDentalFederation;
twitter.com/worldentalfed   

Latar Belakang Colgate-Palmolive 

Colgate-Palmolive ialah syarikat produk pengguna global yang utama, memberi tumpuan khususnya terhadap Penjagaan Mulut, Penjagaan Peribadi, Penjagaan Rumah dan Makanan Haiwan Peliharaan. Colgate menjual produknya di lebih 200 negara dan wilayah di seluruh dunia menerusi jenama-jenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Colgate, Palmolive, Softsoap, Irish Spring, Protex, Sorriso, Kolynos, elmex, Tom's of Maine, Sanex, Ajax, Axion, Soupline, dan Suavitel, selain Hill's Science Diet, Hill's Prescription Diet dan Hill's Ideal Balance. Untuk maklumat lanjut mengenai perniagaan global Colgate, layari laman sesawang Syarikat di http://www.colgatepalmolive.com.

Hubungan Media: 
Charanjit Jagait, e-mel: cjagait@fdiworldental.org , Tel: +41-22-560-81-48

 

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Health Care/Hospital Survey, Polls & Research