omniture

Artis Tarian Terbesar Dunia bakal Buat Persembahan dalam Invasion 2017, Disertai Alan Walker, San Holo, Droeloe dan Seb Zito

Setelah Martin Garrix, Andrew Rayel, dan Shonky, Invasion 2017 sahkan barisan penuh artis ke festival 'Lost in Wonderland'
Euphorics Events
2017-08-29 18:30 643

JAKARTA, Indonesia, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Invasion 2017 'Lost in Wonderland', satu festival tarian elektronik yang dipersembahkan oleh SHVR dan dianjurkan oleh Euphoric Events, hari ini mengumumkan barisan penuh artis mereka untuk membuat persembahan melalui www.invasionjakarta.com. Mengambil alih dua arena pada hari Jumaat 22 September 2017 di JI-Expo Kemayoran Jakarta, aksi antarabangsa ini turut melibatkan pemenang Anugerah Muzik Eropah MTV 2016, Alan Walker, penyanyi hit Lines of The Broken, San Holo menampilkan Droeloe, dan artis tekno Ibiza, Seb Zito.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia News Release, sila klik: 
http://www.prnasia.com/mnr/invasion_201708.shtml

 

 

DJ berusia 19 tahun dan Pemenang Penyanyi Solo British Terbaik Tahunan bagi Anugerah Brit 2017, Alan Walker.
DJ berusia 19 tahun dan Pemenang Penyanyi Solo British Terbaik Tahunan bagi Anugerah Brit 2017, Alan Walker.

 

Individu paling muda setakat ini meraih #1 dalam Beatport (pustaka muzik tarian elektronik utama, berpangkalan di AS), Martin Garrix
Individu paling muda setakat ini meraih #1 dalam Beatport (pustaka muzik tarian elektronik utama, berpangkalan di AS), Martin Garrix

 

Penerbit dari Moldova dan DJ yang begitu berminat mencipta EDM dengan campuran bunyi klasik.
Penerbit dari Moldova dan DJ yang begitu berminat mencipta EDM dengan campuran bunyi klasik.

 

Senarai ini diikuti dengan senarai penuh artis yang mengesahkan untuk membuat persembahan dalam festival: DJ #1 di Dunia 2016 oleh DJ Mag, Martin Garrix, Andrew Rayel, Party Favor, San Holo, Shonky, 3 Kings, DNSW, Kana, Mayo, Myrne, Ridwan, Shawn, Sixteen, Steven dan X2 Squad.

"Kami berasa bangga dapat membawakan penyanyi hit 'Faded', Alan Walker dalam Invasion tahun ini. Beliau telah meraih sehingga 10 anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk Anugerah Brit 2017. Lagu 'Faded' telah mendapat 1.2 bilion tontonan di YouTube, mengesahkan populariti artis di seluruh dunia termasuk di Asia dan Australia," kata Dany Setiawan, pengasas Euphoric Events.

"Kembali buat tahun ketiga, Invasion bermatlamat untuk mewujudkan pengalaman festival yang menarik buat peminat tegar muzik tarian elektronik di seluruh rantau ini. Festival Invasion telah menarik para pengunjung dari sekitar Asia Pasifik, 20% pengunjung daripada 10,000 lebih hadirin adalah dari negara-negara yang menghadiri acara terdahulu kami pada tahun 2016, dan tahun ini kami menyasarkan para pengunjung festival adalah dari Singapura, Malaysia, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Australia untuk mengunjungi Jakarta sempena Invasion 2017-Lost in Wonderland," tambah Dany Setiawan.

Invasion 2017 'Lost in Wonderland' bakal berlangsung di Dewan B3 dan C3 di JI-Expo Kemayoran Jakarta dan pagar dibuka pada jam 5 petang. Untuk lebih banyak perkembangan lanjut, sila ikuti kami melalui akaun rasmi Facebook, Instagram dan Twitter @InvasionJakarta dengan hashtag #Invasion2017, atau khidmat talian hotline melalui +62812 3999 8855.

Harga tiket masuk 2017 - Lost in Wonderland*:

Prajual 1: IDR   400.000,- (Habis Dijual)
Prajual 2: IDR   480.000,- (Habis Dijual)
Masuk Awal: IDR   320.000,- (Masuk sebelum 7 Malam)
Kemasukan Umum: IDR   600.000,-
VIP: IDR 1.000.000, -

*) Harga-harga tiket di atas tidak termasuk cukai 25%

*) Peraturan festival terpakai. Atas sebab-sebab keselamatan, Invasion 2017 'Lost in Wonderland' mengenakan dasar Tidak Boleh Masuk Semula untuk setiap pemegang tiket. Pihak penganjur berhak menolak kemasukan dan mengecualikan pelawat sekiranya mereka melanggar peraturan festival.

Hubungi: 
Helmi Sugara Promotions 
+62812-1919-4393 
helmisugara@gmail.com

Pautan Berkaitan:
http://www.invasionjakarta.com

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/mnr/201708/invasion/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170825/1927691-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170825/1927691-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170825/1927691-1-c

Source: Euphorics Events
Keywords: Entertainment Leisure/Travel/Hotels Music Travel