omniture

Era PV 3.0, LONGi Solar Meneraju

LONGi Solar
2017-08-29 21:00 874

SHANGHAI, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Sempena pameran perdagangan Solar Power International akan datang di Las Vegas, LONGi Solar, pengeluar terbesar di dunia bagi sel & modul solar monohabluran, bakal memperkenalkan siri modul solar 300W+, berdasarkan modul standard 60-sel dengan lebih 300W kuasa nominal serta modul 72-sel melebihi 360W.

Era PV 3.0 yang Hebat, Dikuasakan oleh Modul Solar 300W+
Era PV 3.0 yang Hebat, Dikuasakan oleh Modul Solar 300W+

Ini menandakan bermulanya era PV 3.0 berasaskan modul solar dengan penarafan kuasa nominal melebihi 300W yang bakal tersedia dalam kuantiti yang banyak tahun ini, memandangkan perintis bagi pengeluaran sel solar berkecekapan tinggi dan berkualiti tinggi seperti PERC mono, mencapai tahap pengeluaran saiz GW.

"PV 3.0 bermakna kita memasuki fasa yang membolehkan pelabur solar menggunakan modul habluran berkecekapan tinggi, berkualiti tinggi dan memberikan hasil tenaga tinggi melebihi 300 W kuasa nominal untuk pemasangan solar mereka," kata En. Zhengguo Li, Presiden dan Pengasas LONGi Group.

Era PV 3.0 merupakan era yang muncul selepas PV 2.0 dan PV 1.0, yang secara mudahnya, ditakrifkan sebagai tempoh ketika modul mempunyai penarafan kuasa antara 100 W dan 300 W (PV 2.0), dan kuasa panel solar kurang daripada 100 W (PV 1.0). Penarafan kuasa nominal menjadi pembeza utama bagi modul solar sejak diperkenalkan pada tahun 1950-an – dan itulah yang dikehendaki oleh pelanggan modul. Modul solar berkecekapan tinggi, berkualiti tinggi dan mempunyai hasil tenaga tinggi dengan penarafan kuasa melebihi 300 W akan mendayakan reka bentuk sistem solar lestari yang memberikan penjanaan kos elektrik berperingkat (LCOE) yang kompetitif.

LONGi Solar kini meningkatkan kapasiti kilang sel/modul solar bersepadu secara vertical di Malaysia untuk mencecah 600MW bagi kapasiti PERC silikon monohabluran menjelang akhir tahun 2017 untuk berkhidmat kepada pelanggan dengan modul solar bebas tarif melebihi 300 W. Secara keseluruhannya, kapasiti pengeluaran sel/modul LONGi Solar akan mencecah 6.5 GW menjelang akhir tahun 2017.

LONGi Solar akan mempamerkan penyelesaian produknya untuk era PV 3.0 dalam acara-acara yang diadakan di tiga Benua berbeza pada bulan September. SolarPower International (Las Vegas, 10-13 September, reruai No. 4575), Bloomberg - Sidang Kemuncak Masa Depan Tenaga (London, 18-19 September), Ekspo PV (0saka, 20-22 September), REI India (New Delhi, 20-22 September).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170825/1925898-1

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services