SYDNEY, 30 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- pengeluar jentera pembinaan utama dunia, SANY, sedang meneroka penjualan e-dagang pengorek mini di Australia. Langkah ini bertujuan untuk memberi maklum balas yang lebih cepat dan memudahkan pelanggan untuk membeli jentera SANY di mana sahaja dan pada bila-bila masa di pasaran tempatan.
Sejak promosi dalam talian pertamanya dilancarkan pada pertengahan bulan Mei, mereka telah meraih kejayaan besar dan telah berjaya memeterai banyak tawaran perniagaan dalam tempoh tiga bulan yang lalu. Kecekapan dan kebolehpercayaan pengorek 1.75tan dan 3.78tan SANY yang tidak dapat ditandingi telah memenangi pujian yang jitu daripada pelanggan tempatan.
"Saya baru sahaja membeli pengorek kompak SANY ini untuk melaksanakan projek talian elektrik di Grafton NSW. Saya sangat kagum dengan prestasi dan kelancarannya beroperasi," Rod, pemilik Northwest Power mengulas.
Perintisan e-dagang SANY telah menjana manfaat yang besar kepada pelanggannya. Mereka hanya perlu berada dalam talian dan mendapatkan jentera yang mereka mahukan untuk projek mereka. Di laman sesawang e-dagang SANY, pelanggan boleh mendapatkan penerangan terperinci, parameter teknikal, risalah dan semua maklumat lain mengenai peralatan tersebut. Selepas meninggalkan pertanyaan, mereka akan dihubungi oleh pasukan jualan profesional SANY untuk kali pertama bagi menjawab semua soalan mereka dan memenuhi keperluan khusus mengenai produk tersebut. Dengan SANY, pelanggan dari seluruh Australia akan benar-benar mengalami betapa mudahnya e-dagang dalam industri jentera pembinaan.
Latar Belakang SANY
SANY Group (SANY) ialah pengeluar jentera berat utama dunia yang memiliki kilang-kilang di AS, Jerman, Brazil dan India, serta segmen perniagaan yang meliputi lebih 100 negara dan rantau di serata dunia. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat paling inovatif dan berjaya di dunia, manakala jentera konkritnya meraih kedudukan No. 1 pada peringkat global.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sanyglobal.com, atau ikuti SANY Group melalui Facebook dan YouTube.
Lisa Li
+86-10-6073-7444
lixm20@sanygroup.cn