omniture

Treler The Wolf dan Raja Serigala Talu Wang Disiarkan

Giant Goal Entertainment
2017-08-30 22:00 840

BEIJING, 30 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Treler pertama drama TV kostum legenda The Wolf telah disiarkan pada Hari Valentine Cina. Diarahkan oleh penerbit Taiwan Chen Yu-shan dan dibintangi oleh Talu Wang, bintang daripada Giant Goal Entertainment, dan Qin Li, cerita ini berkisar tentang Raja Serigala yang jatuh cinta dengan hanya seorang wanita sepanjang hidupnya. Treler ini memaparkan kisah cinta yang manis tetapi penuh ranjau yang menambah unsur romantik kepada Hari Valentine Cina ini.

Foto pentas daripada drama TV THE WOLF
Foto pentas daripada drama TV THE WOLF

Youwen Zhu (Talu Wang) membesar di dalam hutan tebal. Semasa Dinasti Liang Barat, secara kebetulan, dia bertemu Star Ma (Qin Li), anak perempuan pemerintah kerajaan Kui. Kemudian beliau telah terjatuh dari tebing semasa menyelamatkan seekor anak serigala dan telah diselamatkan oleh Wen Zhu, Raja Dinasti Liang Barat. Sambil melalui banyak kesukaran, seperti perebutan kuasa, membuat pilihan antara sifat serigala dan sifat manusia, jatuh cinta dengan Star tetapi diakhiri dengan pengkhianatan dan kebencian, beliau secara beransur-ansur menjadi Raja Bo yang mempunyai personaliti yang kejam dan ganas.

Treler ini memberikan sekilas pandang penerangan penerbit berkenaan pakaian, alatan, adegan, dan lain-lain. Daripada serigala-serigala kejam kepada adegan dunia salji, setiap butiran disampaikan dalam imej yang seakan-akan hidup. Semua ini akan meningkatkan jangkaan penonton terhadap drama TV legenda ini.

Ini merupakan kali kedua Chen Yu-shan berganding bahu dengan Talu Wang selepas kerjasama pertama mereka dalam filem - Our Times. Pengetahuannya yang baik tentang Wang, membolehkan Pengarah Chen untuk sentiasa membantu Wang bagi memberikan yang terbaik di hadapan skrin. Dalam kerjasama pertama mereka Our Times, Chen telah mendedahkan sepenuhnya sifat Wang yang suka memerintah. Oleh itu, kemungkinan besar peranan Raja Bo memang disesuaikan untuknya. Chen berkata: "Dengan kulitnya yang keperangan dan penuh kelelakian, Talu Wang kelihatan hampir serupa dengan Raja Serigala dalam drama ini." Jadi, tunggu dan lihatlah kejutan yang Chen Yu-shan dan Talu Wang akan bawakan kepada penonton dalam The Wolf.

Dong Xiaodong 
Nombor Telefon Bimbit:+86-18501135135 
Emel: dong.dong@gge.rocks

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170829/1929373-1

Source: Giant Goal Entertainment
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Television New products/services