omniture

Jenama sukan Cina PEAK perkenal but bola keranjang cetakan 3D pertama di dunia

Peak Sport
2017-09-01 00:51 919

BEIJING, 1 September 2017 /PRNewswire/ -- PEAK, salah satu jenama sukan professional terkemuka dunia, memperkenalkan but bola keranjang cetakan 3D yang pertama di dunia. Di persidangan Akhbar 2017 PEAK China Tour & Dwight Howard III pada 24 Ogos, jenama ini mengumumkan keluaran but bola keranjang 3D boleh pakai yang pertama di dunia.

Dwight Howard mengulas, "But ini jelas sekali mempunyai prestasi yang lebih tinggi berbanding but traditional. Saya rasa tapak dalam kasut yang dicetak 3D dan dinding sisi atas bahagian hadapan kasut membolehkan pengalaman pemakaian yang lebih selesa. Mungkin satu masa nanti, anda akan menyaksikan saya memakai but bola keranjang cetakan 3D, kasut yang direka berdasarkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh PEAK, dalam pertandingan NBA. "

The world's first 3D printing basketball boots introduced by PEAK
The world's first 3D printing basketball boots introduced by PEAK

PEAK merupakan salah satu jenama dunia yang pertama menggunakan teknologi cetakan 3D untuk kasut sukan.  Tiga tahun lalu, jenama sukan ini memperoleh peralatan percetakan 3D yang termaju dan mengeluarkan produk berasaskan konsep cetakan 3D. Jenama ini melancarkan kasut larian cetakan 3D "FUTURE I" pada Mei ini. Pengenalan but bola keranjang cetakan 3D meletakkan PEAK ke kedudukan sebagai jenama sukan terkemuka dunia dalam R&D dan penggunaan  teknologi cetakan 3D.

Berasaskan teknologi yang sudah semakin matang yang disokong oleh penyelidikan saintifik yang sebelum ini digunakan untuk kasut larian 3D jenamanya, PEAK menggunakan teknologi laser SLS dan menghasilkan prototaip cetakan serbuk TPU yang lebih andal dan lebih ringan dalam rekaannya.

But bola keranjang Dwight Howard III-3D menggunakan struktur kekisi 3D di tengah-tengah tapak, pada masa yang sama menggunakan struktur TPU cetakan 3D untuk dinding sisi atas hadapan kasut, melangkaui had struktur rekaan sedia ada dan memberi lebih ruang kepada pereka untuk menjadi lebih kreatif, dan akhirnya memberikan pengguna produk sukan profesional terkemuka dunia yang menarik dalam penampilan dan berprestasi tinggi.

Xu Zhihua, pengurus besar PEAK, berkata, "Sebagai sebuah teknologi pemprototaipan dan pemprosesan baharu, cetakan 3D merupakan perkara yang amat penting bagi jenama sukan Cina dan strategi Buatan China 2025 negara ini." Berikutan pengenalan kasut larian cetakan 3D dan but bola keranjang 3D, jenama ini merancang untuk menggunakan teknologi cetakan 3D kepada lebih banyak lagi produk di masa akan datang, memberikan pengguna produk-produk yang inovatif secara tekal.  "Matlamat kami ialah mengubah PEAK menjadi jenama sukan profesional terkemuka dunia menerusi inovasi dan perluasan berterusan ke dalam pasaran antarabangsa," tambah beliau.

Clarice Bi 
+86-15910895682 
bbx@chinapeak.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170829/1929463-1  

Source: Peak Sport
Keywords: Fashion Sports Sports Equipment & Accessories New products/services