omniture

MCH Group Lancar Grand Basel sebagai Salun Global Pertama bagi Automobil Paling Penting di Dunia

Grand Basel
2017-09-01 02:26 585

BASEL, Switzerland, 1 September 2017 /PRNewswire/ --

- Gambar dan video boleh dimuat turun pada malam 31 Ogos di: http://www.presseportal.de/nr/127729 -

MCH Group, salah sebuah syarikat pemasaran langsung terkemuka di dunia yang beribu pejabat di Basel/Switzerland, melancarkan format pameran global yang baharu: Grand Basel, salun pertama bagi automobil yang paling penting dan berharga di dunia di masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Buat kali pertamanya, kereta-kereta akan diatur dan dipamerkan dalam konteks kebudayaan reka bentuk, seni bina dan kesenian. Berikutan perasmian perdananya di Basel pada September 2018, acara selanjutnya telah dirancang di Miami dan Hong Kong. Grand Basel menyasarkan penasihat, pakar dan pengumpul antarabangsa, serta audiens umum yang berminat dengan estetika automobil, kecanggihan teknologi, kesenian dan kebudayaan.

generated by system

generated by system

generated by system

Pada persembahan media hari ini, wakil-wakil antarabangsa yang terkenal di dunia automobil menjelaskan konsep Grand Basel berdasarkan empat reka bentuk yang luar biasa, yang sebahagiannya tidak pernah ditayangkan kepada orang ramai:

Giorgetto Giugiaro, 'Pereka Kereta Abad ini', membawa Chevrolet Corvair Testudo 1963 legendanya ke Basel. Andrea Zagato mengumumkan pembaharuan jenama legenda, Iso Rivolta. Model Iso Rivolta Vision Gran Turismo telah dipersembahkan di pratonton Grand Basel buat kali pertamanya. Pereka Rem D. Koolhaas menunjukkan kereta Lo Res baharu, di mana beliau mengabstrakkan reka bentuk poligon Lamborghini Countach menjadi bentuk baji yang paling minimalis. Sebagai jenama kegemaran LeCorbusier, Avions Voisin C25 Aérodyne 1935 merupakan manifestasi sempurna hubung kait antara seni bina, kereta dan pembangunan bandar. Prof. Paolo Tumminelli, pengarah Goodbrands Institute, pengarang dan profesor Sains Kebudayaan, yang mencipta konsep kebudayaan, akan mengetuai lembaga penasihat Grand Basel.

Hubungi:

Burkhard Leschke
Mel b.leschke@blbr.de
Telefon Bimbit: +49-160-93803331

Source: Grand Basel
Keywords: Auto Transportation Trade show news