omniture

'Pembatalan Musim Panas' Fragrance Du Bois -- Kini Kita Tahu Mengapa

Fragrance Du Bois
2017-09-01 08:57 765

PARIS, 1 Sept 2017 /PRNewswire/ -- Jenama wangian yang muda dan dinamik, Fragrance Du Bois sering menjadi tajuk akhbar dewasa ini, tetapi 'pembatalan musim panas' adalah tajuk luar biasa yang diumumkan syarikat baru-baru ini.

Syarikat ingin memastikan bahawa orang ramai faham bahawa musim panas hanya 'dibatalkan' bagi ahli-ahli pasukannya disebabkan oleh kadar kepesatan perkembangan syarikat ini.

Di kala kebanyakan jenama mewah kini 'berada di pantai' dan berehat, kakitangan Fragrance Du Bois (FDB) terus bekerja keras merancang dan melaksanakan pelan pengembangan masa hadapan.

Ini disebabkan oleh penggemar wangian dan 'pelanggan yang prihatin' di seluruh dunia – mereka yang pentingkan kelestarian, kesedaran alam sekitar dan provenans bagi produk yang dibeli – memberi maklum balas dramatik terhadap mantera 'kemewahan dengan kesedaran' Fragrance Du Bois. Penggunaan minyak Oud yang 100% tulen, organik dan lestari dalam produk istimewanya telah menjadikan FDB salah sebuah jenama wangian mewah yang sedang berkembang pesat di dunia hari ini.

Butik istimewa baharu Fragrance Du Bois di Singapura, Scotts Square
Butik istimewa baharu Fragrance Du Bois di Singapura, Scotts Square

Citarasa para penggemar wangian untuk yang asli, inovatif dan eksotik, dan imaginasi pelanggan telah direalisasikan oleh jenama muda ini dengan moto dan cerita di sebalik 'dari tanah, menjadi minyak, kepada anda', dengan minyak Oud tulen – diperolehi daripada sumber yang lestari, dihasilkan secara beretika dan dibekalkan oleh ladang-ladang yang diuruskan dengan mengutamakan alam sekitar dan masyarakat – telah menjadi bahagian penting profil FDB dan rangkaian produknya yang hebat.

Permintaan bagi Oud sebenar yang tidak pernah putus, dan pengikut-pengikut kultus yang sudah dikumpul oleh jenama baharu ini, bermakna pasukan ini sentiasa sibuk, sentiasa terlibat dan meningkat bilangannya.

"Saya kini sangat pandai mengemas beg pakaian," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama – Fragrance Du Bois, "dan mungkin disebabkan oleh latihan yang berterusan. Setiap kali saya keluar dari kapal terbang, perkara pertama yang saya akan lalukan selepas itu ialah mengemas pakaian saya semula untuk perjalanan yang seterusnya. Dalam beberapa minggu lalu, kami telah membuka (butik) di Mayfair, London, berdekatan dengan Regent Streets yang terkenal, dalam hubungan berterusan yang kami dengan House of Jovoy dan Francois Henin, yang juga bekerjasama dengan kami di Paris dan Doha. Kami juga telah memindahkan kedai utama kami di Singapura ke Scotts Square, di tengah-tengah daerah membeli belah Orchard Road."

Meja cloche istimewa Fragrance Du bois di Niche Perfumes, Marbella, Sepanyol.
Meja cloche istimewa Fragrance Du bois di Niche Perfumes, Marbella, Sepanyol.

"Kami kini beroperasi di Marbella, Sepanyol, sebagai sebahagian daripada pembentukan hubungan dengan Niche Perfumes dan pengasasnya, adik-beradik Al Otaibi – mengambil tempat kami di sini dengan bangganya, berbekalkan pengalaman meja cloche sepenuhnya  di gelanggang sang jutawan Puerto Banus. Perluasan besar juga sedang berlangsung di Timur Tengah, untuk memenuhi keperluan para pelanggan Arab dan antarabangsa yang meningkat dengan lebih baik, dan kami mempunyai dua butik mewah yang kini sedang disiapkan di Dubai, dengan rakan-rakan kami di Jovoy, dan sedia digunakan dalam bulan September. Salah sebuah butik akan berada di destinasi ikonik City Walk yang menawarkan pengalaman penuh butik kami, sementara sebuah lagi dibuka di Dubai Creek Harbour, seperti yang diketahui umum di Dubai bakal menjadi pengalaman runcit yang istimewa di rantau ini."

Fragrance Du Bois juga tidak berehat di Switzerland, memastikan bahawa butik-butiknya di Geneva dan Zurich bersedia menerima kelompok elit pencinta wangian daripada Timur Tengah yang lebih gemar kepada cuaca nyaman di Eropah dalam bulan-bulan musim panas di negara mereka sendiri.

"Kami juga tidak berehat di Paris, Milan, Los Angeles, Kuala Lumpur dan Hong Kong, kerana kami berasa terhutang budi kepada para pelanggan kami, dan oleh kerana itu kami sentiasa bersedia memenuhi permintaan mereka. Kami mungkin sudah menjadi mangsa kejayaan kami sendiri," kata Parker, "tetapi kami tidak mahu mengubah keadaan ini, dan ini adalah saat paling mengujakan untuk jenama kami. Kami berasa gembira kerana kami mempunyai kakitangan yang tepat di tempatnya yang menghargai apa yang cuba kami capai," simpul Parker, "dan kami gembira untuk menerima bebanan kerja yang menemani kewujudan jenama kami di seluruh dunia."

Penambahan baharu kepada portfolio butik-butik Fragrance Du Bois telah dirancang untuk baki tahun 2017 dan seterusnya ke tahun 2018. Jenama ini akan berada di New York, Abu Dhabi, Miami, Jeddah, Manila, Shanghai, Macao dan Beijing tidak lama lagi.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham
Pengurus Pemasaran
Tel: +65-6634-4707
Emel: samantah.tham@fragrancedubois.com

Layari laman sesawang kami di: https://www.fragrancedubois.com/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170830/1930426-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170830/1930426-1-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion