omniture

Music China: Peneraju Asia bagi Pameran Alat Muzik dan Khidmat Penganjuran Aktiviti Profesional

Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
2017-09-01 10:00 714

SHANGHAI, 1 September 2017 /PRNewswire/ -- Music China, dikenali sebagai salah satu daripada pameran alat muzik yang paling bereputasi di dunia, bakal diadakan pada 11-14 Oktober 2017 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.

Dilancarkan pada tahun 2002, dianjurkan bersama Persatuan Alat Muzik China (CMIA), Pameran Intex China dan Messe Frankfurt, Music China kini merupakan pameran alat muzik terbesar di Asia. Tahun ini, Music China bakal menarik hampir 2,000 pempamer tempatan dan luar negara dari 30 negara dan rantau. Pelbagai alat muzik barat dan Cina akan dipamerkan di 11 dewan dan di ruang pameran berkeluasan 125,000 meter persegi.

Demi memenuhi pertumbuhan perniagaan yang banyak, jenama-jenama mantap yang terkenal, seperti Marshall, Bluethner, Buffet, Fazioli, Fender, GEWA, Laney, Line 6, Ludwig, Orange, Roland, Selmer, Samick, Schimmel, Steinway, Tama, Yamaha, Pearl River, Hsinghai, Jinyin, Fengling, dan Shanghai No.1 National Musical Instruments Factory, telah mengesahkan kehadiran dalam Music China 2017 bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam pasaran mereka.

Bagi menjadikan Music China sebagai platform paling versatil untuk perniagaan daripada alat muzik atau industri-industri berkaitan, pelbagai seminar dan aktiviti turut ditawarkan. Aktiviti paling popular, Forum Industri NAMM CMIA menumpu pada isu-isu hangat dan trend perkembangan masa depan industri ini. Tahun ini, topik "Mempromosikan penghasilan muzik kemasyarakatan dan pendidikan muzik" akan dibincangkan dan akan memperlihatkan peranan penting "pendidikan muzik" yang menjadi antara kandungan paling hangat setakat ini. Kursus-kursus Latihan Pengedar turut disyorkan, yang membolehkan para pengunjung profesional mendengar pakar-pakar industri berkongsi pengalaman mereka dalam perniagaan, jualan, penjenamaan, pengurusan, penggunaan media baharu dan isu-isu hangat yang lain.

Music China turut memainkan peranan penting dalam pembangunan budaya dan pendidikan. Forum Muzik Tradisional Cina Global kali ke-8, Violin Art Salon, Jazz Masters Salon akan menunjukkan intipati pelbagai gaya muzik kepada pengunjung. Bagi menguasai pasaran pendidikan muzik, kami akan mengadakan Program Pendidikan muzik yang mana pertubuhan-pertubuhan pendidikan akan membawakan model-model pengajaran. Kids Music Land mencipta gaya pengajian muzik baharu melalui aktiviti-aktiviti yang meriah. Kami menggabungkan teknologi dan muzik untuk mengadakan satu pertunjukan silap mata di Music Lab dan lebih 600 acara secara langsung disediakan untuk memberikan pengalaman yang memberi inspirasi kepada semua. Satu karnival muzik juga bakal mengujakan semua orang pada musim luruh ini.

Untuk butiran lanjut tentang Music China 2017, sila rujuk laman sesawang rasmi kami www.musicchina-expo.com. Pendaftaran kini dibuka secara dalam talian untuk kemasukan percuma. Kami tidak sabar-sabar bertemu anda di Shanghai.

Hubungi:
Cik Arlene Zhu       
+86-21-6295-5609
zhuliwen@shanghai-intex.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news