omniture

Empat Trend Koktel Pertandingan PELAYAN BAR TERBAIK TAHUNAN WORLD CLASS Bakal Ubah Cara Anda Minum pada 2018

WORLD CLASS
2017-09-01 16:36 726

BANDAR RAYA MEXICO, 1 September 2017  /PRNewswire/ -- Budaya koktel meningkat dengan mendadak di peringkat antarabangsa.  Hampir 9 daripada 10 peminum muda (88%) kini menikmati koktel ketika keluar bersuka ria[1]. Dengan Asia, Timur Tengah dan Amerika Latin kini berada dalam senarai 50 Bar Terbaik Dunia, golongan yang memimpin revolusi ini datang dari seluruh pelosok dunia[2].  Mereka membawakan idea, teknik dan pengaruh budaya yang baharu, menjadikan industri ini dinamik dan pantas, dengan kemunculan trend-trend baharu, memberikan orang ramai inspirasi untuk minum dengan lebih baik di seluruh dunia.

generated by system

Bulan ini, 55 pelayan bar elit telah bertanding di PERINGKAT AKHIR PELAYAN BAR TERBAIK TAHUNAN WORLD CLASS- pertandingan pelayan bar terbesar di dunia – di Bandar Raya Mexico.  Hampir 10,000 pelayan bar dari 57 negara mengambil bahagian untuk memenangi takhta pelayan bar terbaik di dunia.

Dalam sela masa penghakiman para Finalis, nama-nama besar daripada industri makanan dan minuman berkumpul untuk mencari trend utama yang dijangkakan berlaku pada tahun hadapan.

Pembuat koktel Diageo Global Lauren Mote mengetuai perbincangan yang melibatkan lagenda pakar pengadun Dre Masso; hos & hakim MasterChef Australia Matt Preston; Alex Kratena (sebelum ini bersama Artesian – pemenang tiga kali Bar Terbaik Dunia) dan PELAYAN BAR TERBAIK TAHUNAN WORLD CLASS 2014, Charles Joly.

Panel trend menjangkakan peningkatan dalam kelestarian, hidangan istimewa, perkaitan antara minuman campuran dan sajian makan yang mewah, dan peningkatan dalam penghasilan koktel di rumah.  Beberapa hidangan koktel yang hebat dihasilkan sebagai contoh di acara ini.

Hidangan Lestari – Dalam tinjauan pengguna baru-baru ini, hampir satu dalam dua pelanggan menyatakan kesanggupan untuk membayar premium 10% untuk barangan yang bertanggung jawab sosial dan mesra alam.  Oleh yang demikian, selain membantu alam sekitar, pemilihan hidangan sebegini juga merupakan langkah perniagaan yang bijak bagi pemilik bar.

Dre Masso mengulas: "Kaedah dan bahan lestari dan boleh guna semula menjadi semakin penting.  Pakar pengadun yang menerima realiti baharu ini bakal menjadi golongan yang berjaya."

Hidangan Istimewa – Salah seorang penginovasi koktel sebenar, Giuseppe Cipriani, mencipta Bellini di Venice pada tahun 1930an, dan hari ini tempat Bellini – Harry's Bar – merupakan tempat yang wajib dikunjungi.  Kini dengan wujudnya orang ramai meningkatkan 5% perbelanjaan untuk pengalaman mewah berbanding barangan mewah[3], pemilik bar dan pakar pengadun yang mengambil peluang pada keinginan ini akan meningkat maju pada tahun 2018.

Alex Kratena berkata: "Saya menjangkakan lebih ramai pengendali bar dan pelayan bar 'switch-on' mencipta pengalaman minum yang unik yang melangkaui jangkaan dan membolehkan hidangan istimewa menjadi pilihan bagi menu rasa minum dalam restoran-restoran di dunia'

Koktel Kulinari – Trend ini dapat dilihat di dalam beberapa bar terkemuka dunia dengan hasil yang kadang kala mengejutkan, sama ada ia foie gras dan karamel bergaram diadun dengan Manhattan, ataupun koktel pizza 'Margherita'.

Matt Preston berkata: "Dengan meningkatnya cef selebriti dan minat dalam sajian, pakar pengadun yang paling bijak akan meneroka dan berekperimen dengan perisa, tekstur, bahan dan teknik yang dipinjam daripada rakan mereka dalam dunia hidangan mewah.

"Daripada sajian yang mengejutkan dan fermentasi tegar hinggalah kepada hidangan tempatan yang ekstrem dan peningkatan 'sindrom lelangit' yang sentiasa resah, banyak perkara yang boleh dipelajari antara satu dengan lain bagi dunia kulinari dan layanan bar."

Koktel di Rumah – Kajian menunjukkan 73% peminum yang lebih muda gemar menikmati koktel di rumah dalam majlis istimewa[4].  Mereka menggunakan bahan-bahan yang disimpan di dalam almari dapur untuk menghasilkan koktel yang lebih mencabar.

Charles Joly berkata: "Daripada sekadar membuka botol wain apabila tetamu datang berkunjung, sudah pastinya peminat koktel lebih gemar memilih untuk mencipta koktel yang enak di rumah apabila melayan rakan-rakan."

Lauren Mote menambah: "Matlamat WORLD CLASS bukan sekadar mencari pelayan bar terbaik di dunia, kami juga mahu memberi inspirasi kepada para peminat koktel di seluruh dunia untuk minum dengan lebih baik, memberikan 'pelayan bar di rumah' keberanian untuk meneroka sesuatu yang boleh dicipta, mencipta koktel istimewa mereka sendiri di dalam dapur mereka."

Lauren menampilkan empat trend pada sesi ini dengan resipi berikut:

Hidangan Lestari: Café Cantata 

Ketel One Vodka, Banana, Vermouth, Cold Brew Mexican Espresso, Tea Leaves & Flowers, Bittered Sling Arabica Coffee Bitters

Koktel Hidangan Istimewa: Juniper Cream Soda 

Tanqueray No. TEN Gin, Campari and Manzanilla Sherry, Clarified Watermelon Juice, Mexican Vanilla Bean, locally-made Kombucha, Bittered Sling Plum & Rootbeer Bitters (keseluruhan campuran hendaklah dikarbonat, dibotolkan dan ditutup)

Koktel Kulinari: Kernel Horchata 

Ron Zacapa 23 YO Rum, Calvados and Oloroso Sherry, Starchy Rice and Almond Milks, Cacao, Mexican Spices, Bittered Sling Moondog Latin American Bitters

Koktel bagi Koktel di Rumah: Pantry Punch 

Johnnie Walker Black Label, Red Vermouth, Mango & Black Pepper Shrub, Cold Brewed Ceylon Black Tea, Bittered Sling Kensington Aromatic Bitters

Lawati makeitworldclass.com untuk trend dan resipi terkini.

[1] Research from Cellar Trends
[2] World's 50 Best Bars Report 2017
[3] Bain & Company Luxury Goods Worldwide Market Study 2016
[4] Research from Cellar Trends

Source: WORLD CLASS
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages