omniture

Yili Sertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 Sebagai Perniagaan Makanan Sihat Pertama dengan Label "Dua Olimpik"

Yili
2017-09-02 03:31 944

BEIJING, 2 September 2017 /PRNewswire/ -- Pada pagi 30 Ogos (waktu Beijing) Jawatankuasa Penganjur Beijing untuk Sukan Olimpik (BOCOG) dan Yili Group dengan rasminya mengumumkan: Yili Group akan menjadi satu-satunya pembekal produk tenusu bagi Olimpik 2022 Beijing dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk. Kekal dengan idea "Teruskan Mendaki dan Menyemai Semangat dalam Impian Cina", yang diketengahkan oleh pengerusinya Pan Gang, Yili menyemarakkan kembali hubungannya dengan Olimpik dan menjadi satu-satunya pembekal makanan bagi kedua-dua Sukan Olimpik musim Panas dan musim Sejuk - Yili meneraju laluan bagi industri tenusu China. 

Yili menjadi rakan kongsi produk tenusu bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
Yili menjadi rakan kongsi produk tenusu bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Yili menjadi yang pertama dan satu-satunya penaja produk tenusu bagi Olimpik sejak 2005.  Selama lebih 12 tahun, Yili berkembang seiring dengan Olimpik, dan menyerlah sebagai syarikat utama industri tenusu Asia dan yang kelapan di dunia.  Hari ini, Yili bergandingan dengan Sukan Musim Sejuk Beijing 2022 bagi menyemarakkan Impian Cina.

Para peserta berkata perkongsian Yili dengan Olimpik Musim Sejuk akan menyediakan tetamu kehormat dari seluruh negara dengan produk dan perkhidmatan terbaik semasa Sukan berlangsung.  Yili juga turut menggalakkan gaya hidup sihat dan mengiklankan sukan musim sejuk, meningkatkan kesihatan kebangsaan menerusi tindakan.

Yili menggemakan Semangat Olimpik dalam memajukan pembangunan kesihatan manusia.  Jawatankuasa Olimpik Cina cuba mempromosikan kesihatan menerusi sukan, manakala Yili mencapai matlamat ini menerusi produk dan perkhidmatan yang berkualiti.  Jelaslah sebab mengapa COC memilih Yili.

Pan Gang berkata selepas bekerjasama selama 12 tahun, Semangat Olimpik "lebih tinggi, lebih pantas, lebih gagah" sudahpun sebati ke dalam gen Yili.  Seperti yang digambarkan dalam tema "Teruskan Mendaki", Yili sentiasa mencari jalan untuk melangkaui keupayaan diri sendiri dan telah pun melaksanakan semangat ini di setiap kejayaan pembangunan.  Kerjasama antara Yili dan COC ialah berasaskan nilai yang dikongsi dan matlamat Yili agar setiap pelanggan menikmati kesihatan mereka.  Yili berbangga menyediakan perkhidmatan kepada acara global dan membantu Cina ke arah Impian Cina yang sihat.

Yili percaya dalam "Yili mewakili kualiti tertinggi", dan menjadi pemimpin global dalam industri tenusu menerusi inovasi berterusan dan strategi global.  Ia melakukan beberapa penampilan yang mengagumkan di persada global bagi pihak perusahaan Cina.  Dari segi kualiti, Yili menggunakan strategi "kualiti didahulukan" dan memperkenalkan pengurusan kualiti kepada setiap rakan kongsi rantaian pengeluaran global, membentuk sistem pengurusan kualiti seluruh dunia bagi makanan kesihatan yang memenuhi piawaian Olimpik.  Dari segi inovasi, Yili melaksanakan strategi "inovasi seluruh rantaian" untuk merealisasikan inovasi dan penambahbaikan seluruh rantaian pengeluaran dan membangunkan "barisan pintar global" bagi pengenalan sumber inovatif global.  Dari segi globalisasi, Yili, di bawah strategi "rangkaian global", pada awalnya membangunkan rangkaian sumber global, rangkaian R&D global dan rangkaian pasaran global merangkumi Asia, Oceania, Eropah, dan Amerika.  Ia menyediakan pelanggan produk dan perkhidmatan berkualiti dengan penyepaduan sumber optimal bagi sumber susu, teknologi dan bakat.

Yili komited untuk menyediakan gaya hidup sihat kepada lebih sebilion pelanggan.  Bergandingan dengan Olimpik sekali lagi, Yili menjadi penyedia makanan sihat pertama di seluruh dunia yang memenuhi piawaian "Dua Olimpik".  Dengan ini, Yili bakal memulakan pengembaraan baharu untuk menyampaikan nutrisi dan vitaliti dengan kualiti Olimpik, mempercepatkan Impian Cina, dan menyumbang kepada matlamat China untuk membangunkan masyarakat yang sejahtera dalam semua segi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170830/1930392-1 

Source: Yili
Keywords: Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements