omniture

Snapshot Millionaire sasar Pertandingan Fotografi $1.1 Juta USD

Embargo 1 Sept
Snapshot Millionaire Pty Ltd
2017-09-04 07:27 570

PERTH, Australia, 4 September 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat baharu Australia Snapshot Millionaire menyasarkan untuk memberikan lebih $1 Juta dolar dalam pertandingan yang dijangka menjadi pertandingan fotografi amatur terkaya di dunia.

Pada harga  $2 USD bagi setiap foto yang menyertai pertandingan dan diskaun bagi berbilang penyertaan, Hadiah Tempat Pertama yang dibiayai oleh para peserta pertandingan itu sahaja dijangka bernilai $1 Juta dolar.

Pertandingan dibuka pada 1 September 2017.  Ambillah foto yang hebat di telefon, tablet, dron atau kamera anda, sertai pertandingan menerusi Aplikasi atau Laman Sesawang, dan anda berpeluang untuk memenangi $1 Juta USD.

Terdapat 16 Kategori dengan setiap satunya bernilai $5,000 USD dan anugerah wang tunai mingguan bagi foto yang diterbitkan. Para pengasas Snapshot Millionaire berkata matlamat mereka ialah untuk memberikan setiap orang yang meminati fotografi insentif ganjaran yang menarik untuk mempamerkan kemahiran dan minat mereka.

"Kebanyakan pertandingan lain mempunyai tumpuan yang sempit, selalunya hanya memenuhi keperluan golongan profesional, ahli kelab foto atau peminat yang berdedikasi.  Kami mahu menunjukkan bahawa fotografi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan saiz lensa anda atau harga peralatan anda."

Para pengasas berpegang teguh pada pendapat bahawa foto yang hebat boleh diambil oleh sesiapa sahaja menggunakan sebarang telefon, tablet dron atau kamera di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Peserta bagi pertandingan sulung ini boleh memilih untuk menjana wang daripada foto mereka dengan penyertaan awal yang percuma ke dalam stok foto agensi Snapshot Millionaire. www.snapshotvault.com akan tiba pada 2018.

Hakim peringkat akhir bagi Snapshot Millionaire diberikan kepada panel dunia yang terdiri daripada jurufoto profesional yang cemerlang – pengendali lawatan foto terkemuka Iceland dan Eropah Iurie Belegurschi, jurufoto komersial tersohor Kanada Mike Gluss, wartawan-foto AS Ariana Lindquist, pakar Seni Bina UK Janie Airey, jurufoto bebas India Nadia Dias, pendukung fotografi alam benda Perancis Fabrice Fouillet, pemenang anugerah kehidupan liar dan alam semula jadi Australia David Rennie dan salah satu jurufoto pengembara terhebat dunia Jason Lang dari Thailand.

Ketua Hakim ialah jurufoto landskap tersohor Australia Adam Monk yang akan memilih kesemua pemenang daripada finalis yang dipilih oleh Hakim Antarabangsa.

Setiap foto yang menyertai Snapshot Millionaire pada permulaan akan dinilai oleh 'mata manusia'. Memberikan satu panduan penting, para pengasas berkata bahawa Hakim akan mencari 'faktor wow' yang tidak semestinya mempunyai kecemerlangan teknikal.

Muat turun App percuma atau lawati www.snapshotmillionaire.com. Para pemenang akan diumumkan lewat tahun ini sewaktu majlis Anugerah penstriman langsung Facebook.

Hubungi:

Neil Watson
+61 419 999 484
emel: neil@snapshotmillionaire.global
Snapshot Millionaire Pty Ltd
Perth, Australia Barat

Source: Snapshot Millionaire Pty Ltd
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture