omniture

TV Hisense di IFA: Raikan Piala Dunia FIFA 2018(TM)

Hisense
2017-09-04 09:04 694

BERLIN, 4 September 2017 /PRNewswire/ -- Hisense, penaja rasmi kejohanan dunia FIFA 2018™, menjadikan IFA tahun ini sambutan acara sukan terbesar di dunia.  Dengan barisan TV kelas atasan, Hisense membolehkan penonton di seluruh dunia menonton bola dengan gambar yang terbaik.  Laser TV Hisense yang dibangunkan oleh Hisense menjadikan tontonan Ronaldo dan Messi lebih hebat daripada yang sebenar.  Antara kemuncak lain IFA ialah TV NU9800 dan NU8700 Hisense. 

Hisense shows exciting highlights at IFA 2017
Hisense shows exciting highlights at IFA 2017

Keraian Pulang Hisense

IFA membuka pintunya semula dan Hisense teruja untuk kembali:  Dengan banyak sorotan TV yang disusun, reruai Hisense (dewan 6.2, reruai 202) akan menjadi tempat tumpuan bagi peminat TV di Berlin, Jerman dan dunia.  Untuk meraikan IFA tahun ini, Hisense bukan sahaja membawakan barisan TV kelas atasannya tetapi juga acara-acara khas untuk Piala Dunia FIFA yang bakal menjelang.  Hisense merupakan penaja rasmi bagi acara sukan terbesar di dunia tahun hadapan, oleh yang demikian para pelawat boleh menjangkakan acara-acara khas bertemakan FIFA di reruai Hisense.

Laser TV Hisense:  Sukan Bola Sepak Jadi Lebih Hebat  

Digubah di mesin utama, panel 100", dan subwufer, Laser TV Hisense ialah salah satu kemuncak yang hebat di IFA 2017.  Ia menawarkan pengalaman baharu hiburan dalam rumah dan sudah pastinya bakal menjadi kegemaran peminat-peminat apabila menonton perlawanan piala dunia bersama teman-teman dan keluarga. Menyokong pasukan kebangsaan kegemaran pada panel LED yang besar dengan imej hampir 4K yang jelas dan warna yang asli memberikan pengalaman yang berbeza.  Dengan kecerahan lebih daripada 2,500 lumen, Laser TV Hisense boleh beroperasi dengan baik walaupun pada siang hari – sempurna untuk permainan yang berlangsung pada sebelah tengah hari. Oleh kerana sistem baharu bukan sekadar sebuah projektor, para penonton boleh menikmati kesemua komoditi yang mereka ketahui sedia wujud dalam semua TV Hisense yang lain:  Antara muka TV pintar yang mudah digunakan dan boleh disuaikan dan penala TV yang terbina dalam.  Jadi, untuk semua peminat bola sepak – pasang dan mulakan temasya Piala Dunia anda.

TV Hisense: Sedia untuk Beraksi

Untuk menikmati perlawanan bola sepak kejohanan dunia seterusnya dari rumah, Hisense mempamerkan sorotan penting TV di IFA 2017 seperti siri NU9800 dan NU8700 baharu.  TV UHD 4K menggabungkan teknologi canggih terkini yang membawakan bintang-bintang pertandingan ke dalam ruang tamu anda.  Tiga ciri yang bertanggung jawab menghasilkan kualiti gambar yang cemerlang ialah Senjang Ultra, Warna Ultra dan Gerakan Ultra.

  • Senjang Ultra menerusi pemalapan setempat dalam berbilang zon memberikan warna gelap yang lebih gelap dan cerah yang lebih cerah dalam setiap saat perlawanan bola sepak.
  • Warna Ultra dicapai menerusi kombinasi teknologi titik Quantum dan HDR Supreme untuk memberikan pengalaman menonton yang lebih asli.
  • Gerakan Ultra dalam TV Hisense menggunakan teknologi anggaran gerakan dan imbuhan gerakan untuk memberikan tahap kejelasan baharu adegan perlawanan yang bergerak pantas.

VIDAA U: Menikmati semua aspek permainan

Untuk memberikan para peminat pengalaman perlawanan yang lebih meluas, Hisense menyediakan antara muka pengguna serba baharu VIDAA U yang inovatif dalam model TV 2017 mereka. Permukaan TV pintar yang boleh disesuaikan sepenuhnya membolehkan penonton menonton semula saat-saat Piala Dunia kegemaran mereka di YouTube atau perkhidmatan penstriman yang lain dengan menikmati pengalaman siaran langsung di TV hanya dengan satu klik. VIDAA U amat pantas, menjadikan ia mudah untuk menukar antara aplikasi dan saluran ketika perlawanan sedang berlangsung.  Oleh yang demikian, tiada lagi jaringan gol kemenangan yang ketinggalan selepas ini.

Latar Belakang Hisense

Hisense, penaja rasmi kejohanan dunia FIFA 2018™, ditubuhkan di China pada tahun 1969 dan merupakan salah satu pengeluar TV skrin rata, peralatan rumah (Peti ais/penyejuk beku, perkakas dapur) serta unit penyaman udara, peranti mudah alih dan alat hiburan elektronik. Hisense terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi.  Dengan pasukan antarabangsa kira-kira 75,000 kakitangan, syarikat melaksanakan visinya: menjadikan Hisense sebuah jenama terkemuka di seluruh dunia. Hisense mempunyai 13 tapak pengeluaran dan 12 pusat R&D di seluruh dunia, selain 18 subsidiari di Eropah, Amerika Utara, Australia, Afrika dan Asia Tenggara. Pada masa kini produk syarikat tersedia di lebih 130 negara. Hisense Eropah dan subsidiari Jermannya berpangkalan di Düsseldorf. Ia juga merupakan lokasi tempat pusat penyelidikan dan pembangunan Eropah dibina. Subsidiari Eropah yang lain berada di United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Itali dan Republik Czech.

Untuk maklumat lanjut layari www.hisense.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170901/1931503-1

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television New products/services Trade show news