omniture

Pameran Cenderamata & Kediaman Terbesar China di Shenzhen Oktober ini

Reed Huabo Exhibitions
2017-09-04 09:07 437

SHENZHEN, China, 4 September 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Antarabangsa (Shenzhen) China ke-25, dianjurkan oleh Reed Huabo, dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 23 Oktober 2017 di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen.   Sebagai acara penyumberan yang ternama dan paling dinanti-nantikan di Asia dengan jangkaan  lebih 5,000 reruai, pameran ini akan menampilkan cenderamata yang terkemuka, produk pengguna dan produk premium dari seluruh China dan negara lain.

Masa yang bertepatan untuk pergi ke Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Antarabangsa (Shenzhen) China

Bulan Oktober merupakan masa yang disusun dengan sempurna bagi semua para profesional dan komuniti cenderamata untuk melihat, menyentuh, mengamati dan membeli lebih 500,000 produk bagi musim perayaan akan datang, dan bertemu dengan pembekal sedia ada dan juga berhubung dengan pembekal yang baharu.

Lebih daripada 2,500 pempamer merancang untuk memperlihatkan keupayaan pengeluaran, menampilkan trend baharu, inovasi dan rangkaian meluas produk dan mengumpul perisikan persaingan untuk meningkatkan perniagaan.

Kemuncak pameran yang lain ialah:

  • Maker Gallery – membantu pembeli menumpu kepada produk unik, kreatif and inovatif dengan prestasi tinggi.
  • Design Studio – mempamerkan produk dengan rekaan asli yang memenangi anugerah Reddot Design atau anugerah IF Design.
  • Dewan 8 – mempamerkan peralatan elektronik popular terkini, kediaman pintar dan produk digital 3C yang paling popular dalam industri cenderamata.
  • Sokongan oleh lebih 10 persatuan kerajaan dan industri, memperoleh hubungan langsung dengan tapak pengeluaran.
  • 70% pempamer merupakan pengeluar, mempersembahkan produk berkualiti dengan harga yang berdaya saing.
  • Berada di lokasi yang sama dengan Ekspo Vape Antarabangsa Shenzhen ke-3 di Dewan 3, aktiviti-aktiviti yang disediakan termasuk:  Keluaran Produk Baharu, Pertandingan Memburu Awan, Pertandingan Helah Vape, Anugerah eJuice Terbaik dan lain-lain.

Perkhidmatan bertambah nilai untuk menjalinkan dagangan antara pembeli dan pembekal

  • Penterjemahan percuma bagi pembeli luar negara untuk 1 jam di tapak pameran.
  • Suai padan bagi pembeli pra-daftar

Mohon perkhidmatan percuma ini dengan menghubungi: lisa.li@reedhuabo.com.

Masa pameran adalah seperti berikut:

  •    20-22 Oktober dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
  •    23 Oktober dari 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Latar Belakang Reed Huabo

Reed Huabo – syarikat pameran paling berpengaruh di China, merupakan syarikat ahli Reed Exhibitions – pengelola acara terkemuka di dunia, berpangkalan di UK. Ia komited untuk meneraju pembangunan industri dan sentiasa mencipta nilai bagi pelanggan dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati kami di: www.chinagiftsfair.com

Hubungan Media:

Lisa Li
+86-755-3398-9311
lisa.li@reedhuabo.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news