omniture

Kaitlyn Stewart Dinobat Pelayan Bar #1 Dunia di Pertandingan Tahunan Pelayan Bar WORLD CLASS

WORLD CLASS
2017-09-04 14:27 548

BANDAR RAYA MEXICO, 4 September 2017 /PRNewswire/ -- Kaitlyn Stewart telah dinobat sebagai pelayan bar terbaik dunia di kemuncak pertandingan koktel dunia Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS 2017 di Bandar raya Mexico.

generated by system

generated by system

Di sepanjang minggu lalu, Kaitlyn telah melalui cabaran-cabaran yang menguji setiap kemahiran yang menjadikan seseorang pelayan bar benar-benar hebat. Beliau bertanding di gelanggang Lucha Libre, menyaingi para peserta lain untuk mencipta koktel klasik terbaik. Beliau berjaya mengharungi api cabaran Heat of the Moment apabila beliau menunjukkan bagaimana untuk menolak sempadan dalam pembuatan koktel dengan menggunakan teknik kulinari terbaik. Dan dengan kesedaran alam persekitaran yang meningkat, beliau menyahut cabaran Mex ECO untuk menunjukkan bagaimana para pelayan bar boleh mencari cara-cara baharu untuk mencipta koktel mesra alam yang terhebat.

Para tetamu di pertandingan WORLD CLASS menyaksikan kemuncak ciptaan pelayan bar, menetapkan trend baharu dan menolak lebih jauh parameter pembuatan koktel dari sebelumnya. Walaupun semua Peserta Akhir WORLD CLASS semuanya hebat belaka, Kaitlyn benar-benar dilihat sebagai yang terbaik daripada terbaik, berjaya menguasai portfolio mewah Diageo Reserve untuk menghasilkan keputusan terunggul.

Pertandingan Pelayan Bar Tahunan WORLD CLASS adalah yang terbesar di dunia dengan penyertaan lebih 10,000 pelayan bar dari 57 negara. Setelah memenangi pertandingan di wilayah mereka, 55 orang berkumpul bersama di Bandar Raya Mexico untuk bertanding pada hari Ahad 20 Ogos. Pada petang hari Rabu, selepas bertanding dengan para pesaing mereka di gelanggang Lucha Libre, empat peserta elit berjaya ke pusingan akhir, direka untuk menguji pengetahuan, daya cipta dan penguasaan pelayanan klasik dan istimewa.

Kaitlyn memenangi satu tahun pengembaraan – beliau akan berpeluang untuk mengembara sekeliling dunia sebagai Duta Jenama Diageo Reserve, mengadun minuman tempahan khas di lokasi-lokasi yang jauh dan menghakimi pertandingan. Beliau juga akan menyertai barisan nama terbaik industri, menjadi ahli kesembilan dalam Dewan Kemasyhuran WORLD CLASS.

Kaitlyn Stewart, Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS 2017, berkata: "Saya sangat terkejut dinamakan sebagai pelayan bar terbaik dunia. Ini adalah minggu yang memenatkan, menyahut  cabaran tersukar menentang beberapa pelayan bar berkemahiran tinggi yang pernah saya temui. Menyertai peringkat akhir cukup mengagumkan tetapi mengakhiri minggu ini sebagai pemenang… saya amat gembira! Koktel kini semakin menjadi pilihan berbanding dahulu dan untuk memastikan saya berada di barisan hadapan, keghairahan saya dalam perkara ini membuahkan idea untuk menggunakan ramuan dan resipi yang lebih baik untuk mencipta koktel yang lebih sempurna dan saya menyukai setiap detik pengalaman ini."

Johanna Dalley, Pengarah Global WORLD CLASS, berkata: "Ini adalah minggu yang istimewa dalam kalendar pelayan bar dan ia tidak mengecewakan – kami benar-benar kagum. Budaya koktel sedang berkembang pesat dan para Peserta Akhir WORLD CLASS adalah mereka yang menerajuinya, membantu industri berkembang dan menjadi semakin kukuh. Di WORLD CLASS, kami kini dalam misi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menikmati minuman yang lebih baik dan membentuk masa hadapan menikmati minuman, sama ada di rumah atau di bar. Pertandingan Akhir WORLD CLASS adalah cara terbaik untuk membawa kami selangkah lebih dekat ke arah itu dan kami tidak dapat melakukannya tanpa bakat pelayanan bar terbaik yang sentiasa memberi inspirasi dan menghiburkan yang kami saksikan minggu ini."

 Juri Koktel Global Diageo Reserve dan WORLD CLASS, Lauren Mote, juga berkata: "Wow. Wow. Wow. Minggu yang sangat hebat! Sebagai juri kami telah saksikan semuanya, dari api setinggi enam kaki kepada ramuan yang diadunkan bersama dalam cara yang tidak pernah saya saksikan sebelum ini."

Mengulas mengenai pemenang pertandingan, Lauren berkata: "Setiap peserta akhir adalah hebat tetapi bagi saya Kaitlyn benar-benar menonjol. Persembahan Lucha Libre beliau adalah luar biasa, cara beliau mengendalikan pusingan "Heat of the Moment" amat mengagumkan saya. Dan apabila tiba ke cabaran akhir, kami ingin mencari seseorang yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan karisma, dengan daya cipta dan penguasaan luar biasa dalam pelayanan klasik dan istimewa. Kaitlyn benar-benar memiliki ciri-ciri yang dicari-cari. Menyaksikan dan menjadi sebahagian daripada kehebatan ini merupakan satu fenomena."

Terdahulu dalam pertandingan ini, WORLD CLASS mendedahkan empat trend yang dijangka mengubah budaya koktel tahun hadapan. Mengulas tentang trend tersebut, Lauren berkata: "Misi WORLD CLASS bukan sekadar hanya untuk mencari pelayan bar terbaik dunia. Kami juga mahu memberi inspirasi kepada peminat koktel di seluruh dunia untuk minum dengan lebih baik – kami mahukan lebih ramai 'pengadun yang hanya pandai berteori' untuk berani menjelajah kemungkinan dan mencipta layanan istimewa di dapur mereka sendiri. Kami menjangkakan perkara ini berlaku pada tahun hadapan – lebih ramai orang bereksperimen dengan koktel di rumah. Kami juga menjangkakan kelestarian menjadi pendorong di sebalik penciptaan koktel, samada dalam ramuan yang digunakan atau kaedah yang digunakan. Signature Serves akan mempunyai lebih banyak ciri apabila bar semakin berusaha untuk mencipta pengalaman minum yang unik untuk pelancong koktel. Dan akhir sekali, kami yakin para pengadun akan menggunakan ramuan dan teknik terkini daripada budaya gastronomi yang berubah, menolak parameter pembuatan koktel yang kita ketahui selama ini. Ia bakal menjadi tahun yang menarik!"

WORLD CLASS akan meraikan ulang tahun ke-10 di Berlin, salah sebuah pusat hiburan kebudayaan paling dinamik dunia. "Berlin terkenal dengan pelbagai kegiatan malam dan budaya bar yang meriah – tempat yang paling sesuai untuk dijadikan tuan rumah acara akhir WORLD CLASS 2018. Jalan-jalan dipenuhi dengan bar-bar yang canggih, kesemuanya menolak sempadan budaya koktel dan membantu orang ramai mendapatkan lebih lagi daripada minuman mereka. Bukan itu sahaja, gaya bandar serta daya cipta dan kepelbagaian budayanya, bermakna ia akan memberikan pengalaman yang hebat untuk semua,"  ulas Johanna Dalley, Pengarah WORLD CLASS.

WORLD CLASS kini dalam misi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk minum dengan lebih baik dan membentuk masa hadapan minuman, sama ada di rumah atau di bar. Sekiranya anda telah terinspirasi untuk minum dengan lebih baik, layari http://www.theworldclassclub.com atau komuniti Facebook WORLD CLASS, di mana anda boleh mencari resipi baharu yang lazat daripada para peserta akhir kami, video bagaimana untuk membuatnya dan maklumat-maklumat terperinci perkembangan terkini.

Biografi Pemenang: Kaitlyn Stewart (Tempat Kerja: Royal Dinette) 

Kaitlyn membesar dalam industri hospitaliti, dengan kedua-dua ibubapanya mempunyai kerjaya yang memberinya pendedahan dan menyemarakkan keghairahan beliau sejak di usia muda. Beliau mengerti bahawa dedikasi dan kerja keras boleh membawa kepada perkara yang hebat. Kaitlyn mendapat inspirasi daripada muzik yang didengarinya, makanan kegemaran dan juga para pelanggan yang berinteraksi dengannya di bar. Impian beliau adalah untuk terus belajar kemahiran ini, pergi lebih jauh meneroka dunia dan akhirnya membuka bar beliau sendiri!

Source: WORLD CLASS
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Awards