omniture

Bankai Group Umum Pelantikan Ketua Pegawai Teknologi Baharu

Bankai Group
2017-09-04 21:20 593

NEW YORK, 4 September 2017 /PRNewswire/ --

Bankai kukuhkan tunjang teknologi - umum pelantikan En. Jay Jayasimha sebagai Ketua Pegawai Teknologi

Bankai Inc., penyedia perkhidmatan pembawa dan penyelesaian teknologi telekom, mengumumkan pelantikan ketua pegawai teknologi baharunya En. Jay Jayasimha.

generated by system

Ketika Bankai berkembang dan bersedia untuk membawa vertikal teknologi telekom ke peringkat seterusnya, Jay membawakan strategi menyeluruh yang akan memacu pembangunan teknologi dan meningkatkan kecekapan operasi di Bankai.

Jay mempunyai lebih 30 tahun pengalaman yang luas dalam pasaran AS dan Antarabangsa.  Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang komunikasi masa sebenar berasaskan IP, SDN, NFV, orkestrasi awan, IoT, Teknologi Kewangan, perkhidmatan perangkaian generasi seterusnya, teknologi mudah alih dan pensuisan.  Beliau telah mengusahakan pemerolehan berbilang paten dan merupakan seorang penceramah yang dihormati dalam industri telekom dan teknologi.

Jay terkenal dengan penyampaiannya yang hebat dalam acara Dunia/Kapasiti Pembawa, sidang kemuncak keselamatan NGN Eropah, Persidangan Pembawa Asia dan banyak lagi acara industri yang lain.

Mengenai pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Teknologi di Bankai, Jay berkata, "Saya benar-benar gembira dapat bekerja dengan pasukan yang hebat di Bankai.  Bergandingan, kami akan mencapai sasaran dan membina aliran pendapatan yang baharu.  Kami akan terus menginovasi, mengenal pasti pasaran baharu dan membina produk yang lasak untuk mendominasi sektor ICT dunia."

En. Jay Jayasimha akan memainkan peranan kepimpinan yang komprehensif dalam vertikal teknologi dan memberi bimbingan kepada pasukan kepimpinan eksekutif sekarang di Bankai.  Beliau mempunyai visi dan strategi jangka panjang dan bakal memupuk pasukan untuk mencapai matlamat jangka pendek-sederhana dan jangka panjang seterusnya memacu hasil dan EBITDA.

Bercakap mengenai penambahan baharu ke dalam pasukan kepimpinan utama kumpulan Bankai yang cemerlang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat, En. Bankim Brahmbhatt berkata, "Masanya telah tiba untuk meninggalkan jejak yang kekal dalam pasaran yang baru muncul.  Kami akan melaksanakannya dengan menggunakan piawaian inovasi yang terbaik seluruhnya daripada veteran industri yang dihormati seperti Jay dan dengan memacu inovasi, hasil dan kepantasan produk dipasarkan menerusi kepimpinan pemikiran mereka."

Sebelum menyertai Bankai, Jay memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cataleya Pvt Ltd / Ketua Pegawai Maklumat Epsilon Global Communications Singapore, Milpitas CA. Beliau juga memegang jawatan kepimpinan utama di Veraz network (kini Dialog Corp) dan Qualcomm Inc., antara syarikat lainnya.

Sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO) syarikat, Jay akan bekerja dengan erat bersama pasukan kepimpinan eksekutif.  Tahap kepakaran baharu yang diperoleh daripada pelantikan ini akan terbukti amat berharga dalam era keterhubungan dan tumpuan serta akan mempunyai impak yang positif terhadap strategi produk dan perniagaan syarikat.  Latar belakang beliau yang kukuh dan pengetahuan teknikal yang mendalam akan membantu vertikal teknologi Bankai mencapai kejayaan baharu.

Latar Belakang Bankai Group 

Bankai Group ialah peneraju ICT yang menawarkan Penyelesaian Pembawa Suara & SMS yang terunggul dengan kompetensi cemerlang dalam saling hubung IP.  Kami mengautomasi perniagaan telekomunikasi & pembawa menerusi platform pembawa dalam talian, BridgeVoice dan menawarkan Penyelesaian BSS, NSS dan Kewangan Mudah Alih yang dibangunkan dengan hebat untuk industri telekom & VAS.

Hubungan media:
Aditya Gupta
pr@panamaxil.com

Source: Bankai Group
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications VoIP Personnel announcements