omniture

"Pameran Tenaga Korea 2017" akan berlangsung di KINTEX, Ilsan

Pameran menyeluruh di mana anda boleh lihat, dengar, dan alami.
Korea Energy Agency
2017-09-05 14:44 386

SEOUL, Korea Selatan, 5 September 2017 /PRNewswire/ -- Korea Energy Agency (Nam-Hoon Kang, presiden) telah mengumumkan bahawa "Pameran Tenaga Korea 2017" di mana anda boleh mendapatkan pandangan panorama di tapak sehenti industri tenaga boleh diperbaharui dalam pelbagai bentuk di dewan 4-5, KINTEX, Ilsan, dijadualkan pada 19 (Selasa) hingga 22 September (Jumaat).

Pameran Tenaga Korea 2016
Pameran Tenaga Korea 2016

Pameran ke-37 itu, yang ditaja oleh Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga dan dianjurkan oleh Korea Energy Agency merupakan pameran terbesar dan komprehensif seumpamanya di seluruh negara, menggabungkan pameran jenis penyertaan peserta dan juga pameran penting perniagaan tenaga. Pada majlis memperkenalkan acara tahunan ke-37, lebih 280 syarikat, pentadbiran tempatan dan agensi gabungan lain dijangka akan mengambil bahagian dalam acara tahunan ini. Tapak pameran ini meliputi lebih 1,000 reruai yang diketuai oleh 5 dewan khas termasuk Dewan Tenaga Baharu dan Boleh Diperbaharui, Dewan Tenaga Bangunan ICT, Dewan Tenaga Pengangkutan, Dewan Perniagaan Luar Negara, dan Dewan Dasar Tenaga. Lebih 100 pembeli dari kira-kira 16 negara dijangka hadir.

Di Dewan Tenaga Baharu dan Boleh Diperbaharui, seseorang boleh melihat di satu tapak sehenti, teknologi tenaga baharu dan boleh diperbaharui yang kini menerima pengiktirafan di seluruh dunia. Syarikat-syarikat seperti Hanwha Energy dan Doosan Corporation dijadualkan untuk memperkenalkan cahaya suria dan sel bahan bakar dan pada masa yang sama memberikan rundingan mengenai perusahaan tenaga suria seperti lampu suria desa pertanian, lampu solar mini untuk rumah.

Di Dewan Tenaga Bangunan ICT, di mana syarikat-syarikat seperti LG Electronics Inc., Samsung Electronics Co., Ltd., Kyungdong Navien Co.,Ltd., Daeyeol Boiler ditempatkan, para pengunjung boleh melihat sendiri produk-produk seperti sistem rumah/bangunan pintar, barangan putih dan peralatan pemanas/penyejuk. Di ruang percubaan menaiki kenderaan elektrik ultra-mini di Dewan Khas Tenaga Boleh Bergerak yang menempatkan syarikat-syarikat termasuk Reno-Samsung, Hyundai dan Nissan, para pengunjung akan diberikan peluang untuk mencuba kenderaan-kenderaan elektrik.

Di Dewan Syarikat Luar Negara, syarikat-syarikat seperti Huawei Technologies Co., Ltd. (China), Qnergy (A.S.) akan mempamerkan kelengkapan mengukur, EMS dan sebagainya. Akhir sekali, badan berautonomi tempatan termasuk Bandar Metropolitan Taegu, Bandar Asan dari Wilayah Choongnam akan memperkenalkan bandar pintar dan tenaga mengenai bantu-diri kepada kampung-kampung di Dewan Dasar Tenaga.

Dengan pelbagai acara iringan seperti 'perundingan pekerjaan' untuk memperkenalkan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat berkaitan tenaga, "konsert bicara filem tenaga" yang memaparkan pengenalan mengenai tenaga yang digunakan dalam filem, serta pameran khas, dijangka menarik para pengunjung yang datang dari pelbagai strata sosial termasuk pelajar, pencari kerja, suri rumah dan perniagaan yang sedang mencari perniagaan cahaya suria.

·  "Arkwave Solutions Korea Co.,Ltd," sebuah syarikat yang mengambil bahagian, kini sedang membangunkan dandang bersih yang sangat berkesan dengan menggunakan teknologi tenaga mesra alam yang menyumbang kepada pengurangan gas rumah hijau. Selain membekalkan peralatan pemanas yang berkecekapan tinggi di pasaran dunia dengan memanfaatkan teknologi tinggi seperti teknologi salutan termal nano, dandang kaca nano yang menghasilkan haba dengan paip haba kaca, dandang penjanaan haba arus pusar yang menggunakan magnet sebagai produk penjimatan tenaga-terbaik

·   "Any Homes", pengeluar peranti penjimatan kuasa elektrik, dijangka memperkenalkan "penjimatan di mana-mana rumah" di pameran ini. "Penjimatan di mana-mana rumah" merupakan produk yang mengimbangi gelombang harmonik peralatan elektrik dan menjimatkan tenaga apabila dipasang pada palam, membolehkan penjimatan penggunaan tenaga elektrik sehingga 20-30%. Produk yang telah lulus piawaian "IECEE CB", satu sistem persijilan antarabangsa, pada tahun 2014, telah dipilih sebagai ciptaan hebat tahun ini oleh Pejabat Harta Intelektual Korea, kini digunakan dalam industri dan juga di rumah

·   "Hyundai Enersys", telah mendaftarkan 10 paten untuk 'turbin lubang indeks', sebuah turbin yang beroperasi dengan baik di bawah suhu rendah dan tekanan rendah, menurunkan kos pengeluaran kuasa hingga 80% atau lebih. Ia menerajui syarikat dalam pengimportan industri teknologi tenaga baharu dan memperoleh teknologi tenaga baharu yang unik untuk industri kini mengeluarkan sistem penjanaan kuasa berskala kecil berkapasiti 2000kw dan dieksport ke seluruh dunia serta pasaran domestik.

Jin-hee, Kang, pengurus besar perhubungan awam Korea Energy Agency, berkata, "Pameran tenaga Korea yang akan datang ini dijangka akan diadakan sebagai perayaan tenaga futuristik yang mewakili Republik Korea, dengan paparan yang menarik dan pelbagai peluang perundingan eksport, pengalaman menyertai acara-acara dan lain-lain lagi." Beliau juga menambah bahawa terdapat jangkaan yang tinggi terhadap acara ini untuk memberikan peluang yang baik bagi membangkitkan minat terhadap tenaga masa hadapan seperti teknologi dan dasar penjimatan tenaga dan sewaktu kita melangkah menuju era tenaga baharu.

Pameran tenaga Korea 2017 adalah percuma bagi mereka yang telah mendaftar awal melalui laman sesawang pameran tenaga. Pelbagai hadiah akan diberikan kepada pendaftar melalui undian.

Kdot Co., Ltd
Seonhye Choi
energy@k-dot.com
tel. +82-2-313-7819

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170831/1931383-1-b

Source: Korea Energy Agency
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Trade show news