omniture

Jaguar Land Rover: Anda Diambil Bekerja! Pemecah Kod Aplikasi Gorillaz Dapat Kerja

Jaguar Land Rover
2017-09-06 00:57 631

GAYDON, England, 6 September 2017 /PRNewswire/ --

  • Kempen perekrutan global terbukti berjaya dengan penggajian jurutera pertama Jaguar Land Rover
  • Jaguar Land Rover menemuduga lebih 50 pemecah kod setakat ini dan menawarkan jawatan kepada 13 individu secara keseluruhan.
  • Cabaran pengekodan terus dibuka tatkala Jaguar Land Rover meneruskan pencarian global bagi jurutera elektronik dan perisian generasi berikutnya
  • Garaj 'pop-up' Gorillaz bakal muncul dalam acara Tech Fest (Festival Teknologi) sulung Jaguar Land Rover di London
  • Peminat boleh berkunjung ke garaj pemain gitar Noodle untuk mengambil bahagian dalam cabaran teknikal secara langsung
  • Tech Fest bertema 'Teknologi dengan Hati' meneroka peranan positif yang dimainkan oleh teknologi dalam membentuk semula industri automatif dan yang lain
  • Festival membuka tirai mulai 8-10 September di kolej seni, rekaan dan teknologi Central Saint Martins di London: ketahui lebih lanjut di http://www.jaguarlandrover.com
  • Klik di sini untuk menonton filem

Jaguar Land Rover telah menggaji genius dalam kejuruteraan elektronik dan perisian yang pertama dalam generasi seterusnya berikutan cabaran perekrutan memecahkan kod yang diadakan baru-baru ini menerusi aplikasi Gorillaz.

generated by system

Daniel Dunkley, berusia 23 tahun dari Gloucester, UK ialah pemecah kod yang pertama berjaya menyertai Jaguar Land Rover. Daniel menamatkan persekolahan pada usia 16 tahun dan bekerja sebagai jurutera kawalan di kuari tempatan. Kemahiran pengekodan dan perisian beliau adalah hasil pembelajaran sendiri sepenuhnya bermula daripada minat awal dalam permainan komputer di rumah bersama abang beliau. Beliau mula bertugas pada 2 Oktober sebagai jurutera perisian Jaguar Land Rover di Gaydon, Warwickshire.

Gorillaz dan Jaguar Land Rover akan terus mencari bakat bertaraf dunia dalam acara Tech Fest sulung Jaguar Land Rover, mulai 8-10 September di kolej seni, rekaan dan teknologi Central Saint Martins London.

Para peminat yang berminat untuk bekerja di Jaguar Land Rover boleh mengunjungi garaj 'pop-up' Gorillaz untuk mencuba kebolehan teknikal pengujian teka-teki, pemikiran logik dan memori. Ingin mengetahui sekiranya anda mempunyai kemahiran yang diperlukan? Selesaikan teka-teki tersebut dan anda boleh melangkau pemeriksaan awal proses perekrutan Jaguar Land Rover.

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Tech Fest, selesaikan cabaran pengekodan dalam aplikasi Gorillaz dan terus menghadiri sesi temuduga. Teka-teki pemecahan kod menguji kemahiran dunia sebenar yang mesti dimiliki oleh bakat perisian dan kejuruteraan generasi baharu. Cabaran tersebut kekal dibuka di seluruh dunia.

Noodle, pemain gitar kumpulan maya dan duta Jaguar Land Rover berkata: "Fikirkan sesuatu yang hebat dan lakukan dengan lebih baik, merupakan moto saya. Cukuplah menggunakan penapis untuk makanan anda dan muat turun aplikasi ini segera. Pengambilan pekerja pertama telah terlaksana, jadi sertailah dan menang!"

Daniel Dunkley berkata: "Saya terkejut betapa banyaknya perkara yang telah berlaku sejak dua bulan lalu. Saya membaca tentang cabaran pengekodan yang ditetapkan oleh Jaguar Land Rover dan Gorillaz melalui BBC News dan memutuskan untuk mencubanya. Kami mengadakan temuduga melalui Google Chat dan saya diundang ke Gaydon untuk berbincang tentang pekerjaan baharu saya. Ia benar-benar mengejutkan saya kerana saya tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan.

"Saya teruja apabila mereka menawarkan pekerjaan kepada saya! Bapa saya memiliki Land Rover Defender, dengan itu saya sentiasa menjadi peminatnya. Saya tidak percaya saya bakal bekerja untuk Defender generasi seterusnya!"

Setakat ini, hampir 400,000 individu telah memuat turun aplikasi Gorillaz. Daripada 41,000 individu yang telah menyahut cabaran tersebut, lebih 500 berjaya memecahkan kod.

Alex Heslop, Ketua Kejuruteraan Elektrik, Jaguar Land Rover, berkata: "Daniel benar-benar merupakan individu yang kami perlukan. Syarikat-syarikat teknologi seperti Jaguar Land Rover menyediakan peluang menarik untuk mereka yang paling pintar dan terbaik. Kami ingin menarik bakat terbaik dalam bidang perisian, sistem siber, pembangunan aplikasi dan grafik.

"Kami telah menemuduga lebih 50 individu setakat ini daripada 500 individu yang memecahkan kod dan kami merekrut 13 individu setakat ini. Kami terus menemuduga mereka yang memecahkan kod yang berminat untuk bekerja di Jaguar Land Rover. Carian bakat global masih diteruskan.

 "Kami tidak memilih yang biasa-biasa dan ini bermakna kami menggaji individu luar biasa. Jaguar Land Rover menghasilkan antara kereta paling menarik di dunia dan ia memerlukan mereka yang amat bijak untuk menciptanya."

Menerusi semangat kolaboratif, Jaguar Land Rover telah mengundang pelbagai penceramah untuk mengambil bahagian dalam siri debat dan ceramah sepanjang Tech Fest, dihadiri oleh khalayak yang terdiri daripada individu berpengaruh dunia dan wartawan daripada empat benua. Topik-topik merangkumi masa depan diesel, pengelektrikan, wanita dalam industri dan robotik, dibahaskan oleh pelbagai pakar industri dan pengguna global dari seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut dan melihat barisan penuh penceramah, layari http://www.jaguarlandrover.com

Pencarian bakat muda masih diteruskan. Para pemohon yang berminat boleh memuat turun aplikasi Gorillaz sekarang di iTunes App Store (https://itunes.apple.com/us/app/gorillaz/id1217997478?mt=8) atau Google Play https://play.google.com/store/apps/details?id=com.Parlophone.Gorillaz&hl=en.  

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perekrutan Jaguar Land Rover, sila klik di sini: http://www.jaguarlandrovercareers.com. Bagi peranan khusus dalam pengelektrikan lihat:  http://www.jaguarlandrovercareers.com/jlr-roles/product-creation/electrification/

Kaedah pendekatan tradisional terus dibuka dan vitae kurikulum (CV) akan diterima, namun begitu, Jaguar Land Rover menggalakkan bakal pemohon memuat turun aplikasi, memecahkan kod dan menyelesaikan masalah bagi mempercepatkan perjalanan mereka untuk diambil bekerja.

Nota untuk editor 

Tonton filem perekrutan aplikasi di sini

Latar Belakang Tech Fest 2017: Teknologi dengan Hati

 'Teknologi dengan Hati' ialah tema bagi Tech Fest sulung Jaguar Land Rover, satu acara yang meneroka peranan positif yang dimainkan oleh teknologi dalam membentuk semula industri automotif dan selanjutnya.

Festival masuk percuma itu diadakan di kolej seni, rekaan dan teknologi Central Saint Martins di London yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia dibuka untuk orang awam mulai hari Jumaat 8 September hingga Ahad 10 September.

Acara ini akan dipenuhi dengan pameran inovatif dan paparan interaktif yang menunjukkan sejauh mana teknologi digunakan untuk membawa perubahan positif. Para hadirin dapat melihat ke masa depan dan memandang sekilas dunia yang mana kereta dipandu sendiri dan kenderaan pula dikongsi, bukannya dimiliki.

Sertai perbualan menggunakan #JLRTechFest 

Latar Belakang Jaguar Land Rover
Jaguar Land Rover ialah pengeluar automotif terbesar UK, dibangunkan menerusi dua jenama kereta British ikonik: Land Rover, pengeluar utama dunia bagi kenderaan pacuan semua roda premium; dan Jaguar, salah satu salun sports mewah dan jenama kereta lumba terunggul dunia.

Kami menggaji hampir 42,000 individu dari seluruh dunia dan menyokong sekitar 240,000 tambahan individu melalui pengedar, pembekal dan perniagaan tempatan kami. Pengeluaran berpusat di UK, dengan kilang-kilang tambahan berada di China, Brazil, India dan Slovakia.

Di Jaguar Land Rover, kami didorong oleh keinginan untuk mencipta produk yang utama dalam kategori yang memberikan pengalaman pelanggan yang hebat. Selaku pelabur terbesar dalam R&D menerusi sektor pengeluaran UK, kami telah melabur sebanyak £16 bilion sejak tujuh tahun lalu dan pada tahun semasa sahaja akan membelanjakan lebih £4 bilion terhadap penciptaan produk baharu dan perbelanjaan modal. Pada tahun 2016, Jaguar Land Rover menjual lebih 583,000 kenderaan dalam 136 negara, dengan lebih 80 peratus kenderaan kami yang dikeluarkan di UK dijual di luar negara.

Latar Belakang Gorillaz
Gorillaz ialah penyanyi 2D, pemain bass Murdoc Niccals, pemain gitar Noodle dan pemain drum Russel Hobbs. Diwujudkan oleh Damon Albarn dan Jamie Hewlett, album penampilan sulung eponim terkenal mereka dilancarkan pada tahun 2001. Album-album kumpulan ini yang memenangi Anugerah BRIT dan Grammy ialah Demon Days (2005), Plastic Beach (2010) dan The Fall (2011). Fenomena yang benar-benar bersifat global, Gorillaz menduduki carta teratas di seluruh dunia dan menjelajah seluruh dunia dari San Diego ke Syria, mengumpul ratusan juta strim dan rekod jualan sepanjang perjalanannya. Gorillaz mencapai kejayaan dalam cara yang benar-benar serba baharu, meraih pelbagai anugerah termasuk Jim Henson Creativity Honor yang menjadi dambaan dan diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guinness sebagai Aksi Maya Paling Berjaya seantero dunia. Album baharu Humanz telahpun dilancarkan yang mendapat pujian kritikal secara meluas bulan lalu, menduduki tangga #1 dan #2 dalam carta album masing-masing di AS dan UK, serta berada di kedudukan teratas dalam carta iTunes di lebih 60 negara.

Selaku duta jenama rasmi untuk pasukan Panasonic Jaguar Racing Formula E, Noodle mendepani kempennya bagi menangani isu jurang kemahiran yang dihadapi oleh bidang kejuruteraan seluruh dunia.   

Latar Belakang aplikasi Gorillaz
Aplikasi realiti bercampur dilancarkan pada bulan April, aplikasi Gorillaz mengajak penonton ke dalam dunia yang pelik dan menarik bagi kumpulan maya yang paling berjaya di dunia, buat julung kalinya. Menerobos sempadan teknologi, aplikasi ini membolehkan peminat menyelami dunia Gorillaz dan menyertai Murdoc, 2D, Russel dan Noodle di rumah menerusi Gorillaz House. Dibangunkan oleh Gorillaz dan B-Reel dengan sokongan daripada Deutsche Telekom, aplikasi realiti bercampur yang imersif sepenuhnya ini adalah gabungan unik antara dunia sebenar, AR, VR dan persekitaran 360, menggunakan teknologi dalam konteks naratif buat julung kalinya.

Bagi meraikan pelancaran album baharu Humanz, para peminat diundang - melalui aplikasi - untuk menyertai Humanz House Party, acara mendengar eksklusif seluruh dunia yang membolehkan peminat mendengar album baharu ini sebagai sebahagian daripada pengalaman mendengar khusus geo yang terbesar seumpamanya, menyatukan orang ramai merentasi 500 lokasi, dari Tokyo ke Santiago.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.newsroom.jaguarlandrover.com

Source: Jaguar Land Rover
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Transportation