omniture

Strategi Platform dan Ekosistem Percepat Transformasi Digital: 197 Syarikat Fortune Global 500 Jalin Kerjasama dengan Huawai Capai Kejayaan dalam Era ICT Baharu

Huawei
2017-09-06 17:21 533

SHANGHAI, 6 September 2017 /PRNewswire/ -- Huawei, dan rakan-rakan kongsi Fortune Global 500 serta para pelanggan mempamerkan penyelesaian ICT yang dibangunkan bersama-sama bagi memacu transformasi digital di HUAWEI CONNECT 2017, yang berlangsung hari ini di Shanghai. Huawei turut memperkenalkan strategi "Platform + Sambungan + Ekosistem" yang dibangunkan untuk menggalakkan pembangunan Internet Komunikasi Benda (IoT) peringkat perusahaan.

Syarikat-syarikat perusahaan semakin memberi tumpuan terhadap transformasi digital sebagai satu kelebihan daya saing dan banyak syarikat Fortune Global 500 merentasi pelbagai industri berada di titik perubahan bagi peralihan ini. Cabaran mereka adalah untuk membangunkan model perniagaan baharu yang dapat meningkatkan Sambungan dan keterlibatan. Perkara yang diperlukan ialah platform transformasi digital yang menghubungkan kepintaran, data dan peranti, membolehkan mereka meningkatkan keterlibatan dengan rakan kongsi dan membangunkan aplikasi yang dapat menggalakkan inovasi.

"Huawei bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsinya untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif, berbeza dan utama, serta mewujudkan platform yang bersifat terbuka, anjal, selamat dan tangkas untuk syarikat-syarikat perusahaan demi mencapai transformasi digital," kata Diana Yuan, Presiden Jualan Pemasaran dan Penyelesaian untuk Huawei Enterprise Business Group. "Sebagai sebuah syarikat yang berorientasikan inovasi, Huawei turut mempercepatkan pelaksanaan strategi pendigitannya, dan akan berkongsi amalan terbaik transformasi bersama industri. Kebolehan Huawei Enterprise Business Group dilihat semakin berkembang dan membantu pelanggan memperoleh kelebihan daya saing serta mencapai kejayaan perniagaan melalui transformasi digital. Setakat ini, 197 syarikat dalam senarai Fortune Global 500 dan 45 daripada 100 perusahaan terbaik memilih Huawei sebagai rakan kongsi mereka bagi tujuan transformasi digital, bukti kepada kekuatan strategi dan penyelesaian kami."

Pada masa depan, syarikat-syarikat digital akan dibangunkan menerusi penghasilan, penghantaran dan pemprosesan data. Huawei memiliki portfolio komprehensif yang terdiri daripada produk dan penyelesaian bagi membolehkan pembangunan ini dalam syarikat-syarikat perusahaan merentasi pelbagai industri, termasuk perangkaian, pengkomputeran, penyimpanan, infrastruktur pusat data, Data Besar, awan hibrid dan platform IoT. Huawei turut menyediakan ICT baharu yang terkemuka dan ekosistem dengan rakan-rakan kongsi utama bagi menyediakan aplikasi khusus industri seperti awan video untuk sektor keselamatan awam, Data Besar untuk industri perkhidmatan kewangan dan platform IoT untuk syarikat-syarikat kuasa.

Tahun ini, Huawei melancarkan siri produk yang utama dalam industri, seperti OceanStor Dorado V3, sistem storan fungsi semua-kilat generasi baharu dan FusionServer V5, generasi terkini dalam siri FusionServer.

IDC melaporkan pusat data Huawei bertukar tempat bagi menduduki kedudukan pertama dalam bahagian pasaran di China pada tahun 2016. Dalam laporan terkini, Gartner menyatakan dalam Suku Pertama 2017, hasil jualan Huawei, jumlah penghantaran dan kapasiti penghantaran kesemuanya meraih tempat pertama dalam pasaran pelayan China. Gartner turut menekankan bahawa penyelesaian mendatar Huawei termasuk pusat data, rangkaian kampus dan platform IoT memiliki berbilang sambungan rangkaian dan liputan semua senario selain menawarkan kestabilan dan juga keselamatan.

Menerusi HUAWEI CONNECT 2017, Huawei akan meningkatkan portfolionya yang luas dengan pelancaran FusionBridge, satu penyelesaian awan hibrid; FusionCloud Stack, penyelesaian awan awam; Atlas, platform perkakasan awan pintar generasi seterusnya; Intelligent Connections, seni bina rangkaian baharu; dan juga penyelesaian SD-WAN generasi baharu.

Dalam acara Shanghai ini, Huawei menyediakan gambaran lengkap mengenai penyelesaian IoT peringkat perusahaan yang diwujudkan untuk mempercepatkan Sambungan. Penyelesaian ini termasuk: platform IoT OceanConnect Huawei, platform perkhidmatan IoT sehenti untuk syarikat perusahaan; penyelesaian akses menyeluruh yang menggabungkan rangkaian jalur lebar dan jalur sempit perusahaan dan memanfaatkan spektrum berlesen dan tanpa lesen; penyelesaian IoT-Pengkomputeran-Pinggir (EC-IoT) dengan penyepaduan peranti-awan; serta keupayaan keselamatan menyeluruh yang terpakai untuk cipset dan juga platform.

Huawei membantu pelanggan membangunkan dan menggunakan aplikasi perniagaan dengan pesat melalui strategi "Platform + Sambungan + Ekosistem", yang menyediakan ekosistem terbuka dan saling menguntungkan, satu platform yang mendayakan penggunaan yang anjal serta sambungan bersiri penuh, senario lengkap dan modular. Penyelesaian IoT peringkat perusahaan Huawei telah diguna pakai dalam banyak aspek, termasuk bandar pintar, IoT untuk lif, bangunan pintar dan perkongsian ekonomi.

Huawei telah menjadi pemudah cara transformasi digital yang bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi globalnya demi menyediakan amalan terbaik dan penyelesaian ICT inovatif yang dapat membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menerima transformasi digital dan memacu kejayaan perniagaan. Kejayaan-kejayaan terkini termasuk:

Huawei bekerjasama dengan Dubai Airports untuk membangunkan pusat data modular pasang siap dengan pensijilan Tahap III daripada Uptime Institute untuk reka bentuk dan pembinaan. Pusat data ini akan menjalankan perkhidmatan yang meliputi hampir setiap aspek lapangan terbang tersebut, termasuk maklumat penerbangan dan operasi lapangan terbang, pengangkutan penumpang serta perkhidmatan bagasi, pengawasan video dan banyak lagi. Dengan menyediakan penyelesaian ICT yang tangkas, boleh digunakan dengan pesat, andal, cekap tenaga serta mudah diselenggara, Huawei menyediakan sokongan hebat bagi menjalankan operasi perniagaan yang amat cekap di Dubai Airports.

Rob Newman, Ketua Pengurusan Program, Teknologi & Infrastruktur, Dubai Airports, berkata: "Penggunaan ICT utama adalah kunci dalam menggalakkan pertumbuhan perniagaan, mempercepatkan inovasi dan meningkatkan pengalaman pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Kami akan berusaha untuk meningkatkan lagi keandalan sistem lapangan terbang serta mengurangkan kos operasi."

Bangunan semakin menjadi lebih pintar hasil saling boleh fungsi antara sistem bangunan pintar dan sistem maklumat yang dicapai melalui penggunaan IoT, pengkomputeran awan dan Data Besar. Huawei dan Honeywell berkolaborasi dalam pembangunan penyelesaian kampus pintar untuk institusi pendidikan, syarikat perusahaan, bangunan komersial, cawangan kedai dalam talian, premis industri dan banyak lagi.

Mengulas tentang kolaborasi tersebut, Stephen Hu, Pengarah Pemasaran Honeywell Building Solutions, Honeywell Home & Building Technologies Rantau Besar China berkata, "Huawei dan Honeywell mengumumkan kami akan bersama-sama melancarkan penyelesaian bangunan pintar di seluruh dunia pada bulan Mac 2017. Sejak itu, kami telah berganding bahu dalam projek-projek bandar pintar bagi membantu pengendali bandar membangunkan infrastruktur bandar yang mesra alam, selamat dan cekap, mengurangkan kos pengurusan bandar serta menyediakan persekitaran tempat tinggal yang lebih baik untuk orang ramai."

Semakin banyak syarikat-syarikat perusahaan yang terkemuka dalam industri di serata dunia memilih Huawei sebagai rakan kongsi mereka dalam transformasi digital. Sebagai contoh, produk-produk inovatif Huawei telah meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran untuk lebih 1,000 syarikat pengeluaran. Penyelesaiannya untuk industri kewangan, yang berasaskan seni bina terbuka, telah mempercepatkan hasil inovasi perniagaan untuk lebih 300 institusi kewangan. Penyelesaian grid pintar Huawei pula mengoptimumkan perniagaan penghantaran dan pengedaran kuasa untuk 170 syarikat kuasa. Selain itu, penyelesaian IoT daripada Huawei telah menjimatkan kos operasi untuk lebih 100 syarikat logistik.

Dalam dunia digital yang pantas berubah ini, Huawei komited untuk memahami keperluan pelanggannya dan mewujudkan ekosistem yang saling menguntungkan bersama rakan-rakan kongsinya demi membantu pelanggan memacu transformasi digital dengan jayanya.

HUAWEI CONNECT, acara kebanggaan Huawei untuk industri ICT global, bakal diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC) mulai 5-7 September 2017 bertemakan "Berkembang dengan Awan". Melalui platform global bagi tujuan kolaborasi terbuka ini, Huawei bersama-sama pelanggan dan rakan kongsinya akan meninjau peluang pertumbuhan baharu melalui transformasi digital. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect2017/.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news