omniture

ET Energy dan Vivant Corporation Mula Jalin Kerjasama Bangunkan Pasaran PPA Bumbung

ET Solar Group
2017-09-06 23:26 706

MANILA, Filipina, 6 September 2017 /PRNewswire/ -- ET Energy, pembangun dan pengendali tenaga bersih yang terkemuka di dunia, dan Vivant Corporation, penyedia penyelesaian tenaga utama yang berpangkalan di Filipina, menandatangani satu perjanjian untuk memeterai satu Usaha Sama (JV) – ET Vivant Solar (EVC). JV ini adalah susulan pengenalan awal kedua-dua pihak yang dibuat oleh Primeiro Partners, yang turut menasihatkan kedua-duanya tentang pembentukan JV, pada Disember 2016.

ET Energy dan Vivant Corporation Mula Jalin Kerjasama Bangunkan Pasaran PPA Bumbung
ET Energy dan Vivant Corporation Mula Jalin Kerjasama Bangunkan Pasaran PPA Bumbung

Di bawah JV ini, ET Energy dan Vivant Corporation, melalui subsidiari milik penuh Vivant Renewable Energy Corporation (VREC), akan melengkapi dan memperluas kepakaran masing-masing dalam teknologi, pembangunan projek, operasi, penjanaan kuasa dan bekalan elektrik runcit. Tambahan pula, EVC akan dikhususkan untuk menyediakan penyelesaian siap guna melalui Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA), meliputi setiap langkah dalam kitar hayat loji solar, membantu syarikat-syarikat membuat penjimatan pembayaran kuasa elektrik dan melindunginya daripada kenaikan harga selama lebih 20 tahun.

"ET Energy benar-benar percaya tenaga bersih penting untuk masa depan. Atas sebab inilah kami berdedikasi untuk menyediakan bekalan elektrik mesra alam untuk pelanggan seluruh dunia," kata Dennis She, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ET Energy. "Pengalaman global kami dalam pembangunan projek dan operasi adalah padanan sempurna dengan pengalaman penghantaran tenaga Vivant. Kami merupakan rakan kongsi ideal untuk membantu syarikat-syarikat Filipina memperoleh loji kuasa bumbung suria mereka sendiri melalui PPA yang disesuaikan."

EVC menyasarkan untuk membangunkan loji kuasa solar yang menyediakan kadar bekalan elektrik lebih rendah terus kepada pengguna akhir. Untuk tapak-tapak komersial dan perindustrian di seluruh Filipina, pelaburan dalam kuasa solar memberikan alternatif yang boleh disesuaikan, lebih murah dan lebih baik berbanding sumber kuasa utiliti biasa.

Arlo G. Sarmiento, Ketua Pegawai Operasi Vivant Corporation berkata, "Kumpulan syarikat Vivant telah melakar kejayaan menerusi keluasan penawaran kami, menjadi salah sebuah daripada segelintir syarikat Filipina yang membuat pelaburan dalam pengagihan, penjanaan dan peruncitan dalam sektor tenaga, termasuk projek-projek kuasa boleh diperbaharui, tradisional dan luar grid. Jalinan kerjasama kami dengan ET Energy membolehkan kami menambah pilihan baharu kepada penyelesaian yang kami tawarkan kepada pelanggan, rakan kongsi dan masyarakat kami, dan membolehkan kami menjadi lebih mudah disesuaikan dengan keperluan yang berubah-ubah dalam pasaran."

Latar Belakang VREC dan Vivant Corporation

VREC memiliki portfolio tenaga boleh diperbaharui Vivant Corporation, sebuah syarikat senaraian awam yang tersenarai dalam Bursa Saham Filipina. Vivant merupakan penyokong andal bekalan elektrik dengan pelaburan yang telah menyediakan penyelesaian kuasa yang andal dan mantap untuk masyarakat Filipina selama hampir seabad lamanya. Ia melabur dalam penjanaan kuasa, pengedaran dan peruncitan bagi sumber tenaga boleh diperbaharui dan tenaga tradisional. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan syarikat Vivant, sila layari http://www.vivant.com.ph.

Latar Belakang ET Energy

ET Energy ialah pembangun dan pengendali tenaga bersih yang terkemuka di dunia. Menerusi teknologi solar inovatif dan penyelesaian kewangan tersuai, ET Energy menyediakan penyelesaian sehenti bertaraf profesional dalam seluruh kitar hayat loji kuasa solar termasuk pembangunan, pembiayaan, kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengendalian & penyelenggaraan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ET Energy, sila layari http://www.etsolar.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Eric Zhang
Tel: +86-25-8689-8098 samb. 9011/ +86-136-4518-8386
Faks: +86-25-8689-8097
E-mel: eric.zhang@etsolar.com / pr@etsolar.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170905/1933688-1

  

Source: ET Solar Group
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Joint ventures