omniture

Ikon Antarabangsa Bercakap Tentang Haji dan Islam

The Ministry of Culture and Information (MOCI)
2017-09-07 17:35 679

JEDDAH, Arab Saudi, 7 September 2017 /PRNewswire/ -- Selama berabad-abad, berjuta-juta umat Islam mengembara ke Mekah dari setiap penjuru dunia pada setiap tahun untuk menunaikan Haji - perhimpunan tahunan global terbesar.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8173054-international-icons-hajj-islam/

Aktivis hak sivil Amerika Malcolm X menunaikan haji pada tahun 1964. Beliau menulis tentang cara Haji memperlihatkan sebuah perpaduan yang beliau fikirkan tidak mungkin terjadi dalam autobiografinya, yang diterbitkan pada tahun 1965:

"Terdapat berpuluh-ribu jemaah haji, dari seluruh dunia. Mereka terdiri daripada semua warna, daripada orang bermata biru yang berambut perang kepada orang Afrika berkulit hitam. Tetapi kami semua mengambil bahagian dalam upacara yang sama, memaparkan semangat perpaduan dan persaudaraan yang menangkis pengalaman saya di Amerika yang telah membuat saya tidak mempercayai bahawa ia boleh berlaku ada antara orang berkulit putih dan orang bukan berkulit putih.  Amerika perlu memahami Islam, kerana ia merupakan agama yang menghapuskan masalah perkauman daripada masyarakatnya.  Anda mungkin terkejut dengan apa yang saya ucapkan ini.  Namun dalam ibadah haji ini, perkara yang saya lihat dan alami memaksa saya untuk menyusun semula corak pemikiran yang saya pegang sebelum ini."

Pada tahun 2012, bintang Bollywood, Aamir Khan pergi menunaikan Haji dari Mumbai bersama ibunya, menggambarkan pengalaman itu kepada wartawan sebagai: "Mungkin merupakan salah satu pengalaman paling menakjubkan dalam hidup saya. Sangat sukar untuk menggambarkannya dengan kata-kata.  Pertama kali anda melihat Kaabah dan seluruh pengalaman anda mengenali begitu ramai orang dari tempat-tempat yang berbeza di seluruh dunia, bertutur dalam bahasa yang berbeza. Orang yang berbeza warna, berbeza fahaman, berbeza latar belakang, berbeza masyarakat, semuanya bertumpu untuk satu perkara ini. Ia merupakan pemandangan yang sangat menarik. Dan pastinya ia satu pengalaman sekali seumur hidup."

Perspektif-perspektif ini mencerminkan nilai penting perpaduan Islam, yang dipamerkan melalui haji yang menghimpun para jemaah menjadi satu. Ini merupakan salah satu daripada pelbagai nilai-nilai universal yang dikongsi Islam dengan dunia.

Penulis Bahasa Inggeris prolifik H.G Wells mengungkapkan nilai-nilai universal belas kasihan dan toleransi yang merupakan dasar Islam: "Ajaran Islam telah meninggalkan tradisi besar bagi urusan dan tingkah laku yang saksama dan  penuh kelembutan, dan memberi inspirasi kepada orang ramai dengan kemuliaan dan toleransi. Ini merupakan ajaran manusia yang tertinggi dan pada masa yang sama boleh dipraktikkan... Islam penuh dilengkapi dengan kelembutan, budi bahasa, dan persaudaraan."

Dalam satu kenyataan yang dibuat pada 7 Februari 1980, yang membicarakan tentang hubungan Amerika dengan negara-negara Islam, Presiden AS ketika itu Jimmy Carter mengetengahkan nilai-nilai yang dikongsi bersama ini:

"Saya rasa tertarik, secara peribadi dan dalam pengalaman saya sebagai Presiden, oleh nilai-nilai kemanusiaan dan moral yang dikongsi rakyat Amerika dengan Islam. Pertama sekali kita berkongsi, kepercayaan yang mendalam dalam satu Tuhan Yang Maha Agung. Kita semua diperintah oleh-Nya untuk percaya, berbelas kasihan, dan berlaku adil. Kita mempunyai rasa hormat dan menghormati undang-undang. Walaupun wujudnya ketegangan zaman moden, kita terus memberikan perhatian khusus kepada keluarga dan rumah tangga. Kita berkongsi kepercayaan bahawa layanan yang baik merupakan kemuliaan, dan tuan rumah, sama ada sebuah negara atau individu, harus bersifat pemurah dan penuh hormat kepada para tetamunya."

Maklumat tambahan: http://www.saudiwelcomestheworld.org

Laman sesawang: http://www.cic.org.sa, Twitter: @CICSaudi

generated by system

Sumber: Kementerian Kebudayaan dan Maklumat (MOCI)

Source: The Ministry of Culture and Information (MOCI)
Keywords: Travel Religion