omniture

Huawei Cloud Lancar Enam Penyelesaian Inovatif di HUAWEI CONNECT 2017

Huawei
2017-09-07 23:46 623

SHANGHAI, 7 September 2017 /PRNewswire/ -- Sempena HUAWEI CONNECT 2017, Joy Huang, Naib Presiden IT Product Line Huawei, dalam ucapan dasar yang bertajuk "Semua Terhubung, Semua Awan, Semua Pintar", mengumumkan enam penyelesaian inovatif yang diwujudkan untuk membantu syarikat-syarikat perusahaan yang mengalami transformasi digital. Penyelesaian baharu tersebut termasuk inovasi dalam perkakasan, perisian, data, sambungan, seni bina dan awan hibrid.

Huawei turut berkongsi kisah-kisah kejayaan dan amalan terbaik yang dipelajari sewaktu bekerjasama dengan Industrial and Commercial Bank of China dan Dongfeng Peugeot Citroen Automobile Company Ltd. berhubung transformasi digital.

"Transformasi digital dalam banyak industri akan membawa manusia ke dalam dunia pintar pada masa depan, manakala inovasi akan menjadi daya penggerak revolusi," kata Joy Huang. "Inovasi semakin mengambil tempat dalam infrastruktur awan, dan awan akan memerlukan kekuatan dalam segenap aspek. Huawei Cloud komited untuk menjadi penggerak dunia pintar, menyediakan inovasi teknologi yang berterusan dan keupayaan dalam Huawei Cloud untuk membantu pelanggan meraih kejayaan dalam transformasi digital."

Sempena HUAWEI CONNECT 2017, Huawei Cloud melancarkan enam penyelesaian, membawakan inovasinya dalam perkakasan, perisian, data, sambungan, seni bina dan awan hibrid:

  • Inovasi perkakasan: Atlas ialah platform perkakasan awan pintar generasi seterusnya daripada Huawei. Dalam senario-senario awan awam, kepintaran buatan (AI) dan pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), Atlas mengumpul sumber melibatkan unit pemprosesan grafik (GPU), HDD dan SSD menggunakan himpunan sumber heterogen dan pengaturan pintar. Platform ini menyediakan sumber perkakasan atas-permintaan bagi memenuhi keperluan model-model perkhidmatan berbeza, serta menggandakan penggunaan sumber. Selain itu, pelayan logik boleh digunakan dalam masa beberapa saat, menyokong pelancaran perkhidmatan yang pantas.
  • Inovasi perisian: Huawei DevCloud (bakal dilancarkan esok) mendayakan instrumen, keupayaan dan perkhidmatan proses melalui Huawei Cloud, berkongsi pengalaman pembangunan terkumpul Huawei bersama syarikat-syarikat perusahaan.
  • Inovasi data: Perkhidmatan kepintaran perusahaan (EI) Huawei Cloud membantu syarikat-syarikat perusahaan dalam inovasi data untuk mewujudkan dunia pintar. Huawei Cloud bukan sekadar menawarkan perkhidmatan platform, seperti pembelajaran mendalam, analisis graf dan pencarian, tetapi juga perkhidmatan AI, seperti penandaan imej, audit pintar, pembinaan semula grafik, pengendalian automatik bagi pengisytiharan kastam menggunakan Pengecaman Aksara Optik (OCR) dan pembungkusan pintar, seraya mendayakan syarikat-syarikat perusahaan yang lebih pintar. Bagi memenuhi keperluan perusahaan untuk seni bina IT teragih, Huawei memperkenalkan tiga perkhidmatan pangkalan data teragih yang selamat dan andal melalui Huawei Cloud, termasuk gudang data perusahaan OLAP teragih, LibrA, pangkalan data perusahaan OLTP teragih Derecho dan juga pangkalan data MySQL teragih Taurus.
  • Inovasi sambungan: Platform IoT Huawei Cloud ialah platform penuh yang merangkumi pengurusan kad SIM, pengurusan peranti dan lapisan pembolehan aplikasi, mempunyai ciri-ciri sambungan selamat, ekosistem rentas industri dan penyepaduan mudah. Platform ini menyediakan spektrum industri luas yang mendayakan suit dan templat, agar Huawei Cloud lebih sepadan dengan senario IoT dan Internet Kenderaan.
  • Inovasi seni bina: Huawei Cloud melancarkan penyelesaian FusionCloud Stack dan memperkenalkan perkhidmatan penyimpanan perusahaan dengan 99.9999% tahap keandalan. Sebagai modul lanjutan daripada awan awam, FusionCloud Stack boleh digunakan dalam pusat data perusahaan. Sekiranya sambungan rangkaian kepada awan awam gagal, sistem setempat boleh terus menyediakan perkhidmatan kepada perusahaan. Penyelesaian ini mengekalkan pengalaman pengguna yang tekal bagi awan awam, kedaulatan data yang lebih selamat, kependaman rendah dan penyelenggaraan setempat sifar, membantu memindahkan perkhidmatan misi kritikal perusahaan kepada awan dengan selamat.
  • Inovasi awan hibrid: Penyelesaian awan hibrid FusionBridge adalah berasaskan platform awan OpenStack, dengan seni bina melata suntikan inovatif yang digunakan untuk melaksanakan awan hibrid yang homogen atau heterogen. Penyelesaian ini menyediakan katalog perkhidmatan disatukan rentas awan untuk melindungi pembezaan ketika menggunakan berbilang platform awan. Dengan imej perkhidmatan rentas awan tidak dibezakan menggunakan HyperContainer, pengautomatan rangkaian Tindihan Atas (Overlay) rentas awan dan perkhidmatan penggunaan vAPP disatukan, penyelesaian ini melaksanakan penggunaan teragih rentas awan dan perluasan atas-permintaan bagi khidmat pelanggan dengan mudah. FusionBridge turut menyediakan pelanggan dengan GUI atau portal Pengendalian dan Penyelenggaraan bagi membantu pelanggan mengurangkan beban kerja serta memudahkan pengurusan rentas awan.

Sejak pembentukan Cloud BU pada bulan Mac 2017, ia menyaksikan peningkatan sebanyak 238% dalam kumpulan pengguna awan Huawei, dan memperkenalkan 40 perkhidmatan awan baharu, termasuk perkhidmatan gudang data, perkhidmatan DDoS termaju dan perkhidmatan CDN. Setakat ini, Huawei telah melancarkan sejumlah 85 perkhidmatan awan. Sementara itu, lebih 4,500 ciri baharu telah ditambah dalam Huawei Cloud.

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news