omniture

Huawei Lancar Platform Perkakasan Awan Pintar Generasi Seterusnya, Atlas

Huawei
2017-09-08 00:16 638

Menetap Trend Gerakkan Revolusi Himpunan Sumber Infrastruktur

SHANGHAI, 8 September 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini dalam HUAWEI CONNECT 2017, Huawei melancarkan platform perkakasan awan pintar generasi seterusnya - Atlas. Berfungsi untuk senario-senario seperti awan awam, kepintaran buatan (AI) dan pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), Atlas memanfaatkan kelebihan teknologi-teknologi baharu termasuk pengumpulan sumber heterogen dan pengaturan pintar bagi memberikan penggunaan sumber perkakasan tahap baharu dan beradaptasi dengan lebih anjal terhadap permintaan perkhidmatan. Hasil strategi Pengkomputeran Tanpa Sempadan Huawei, platform Atlas memberikan Huawei kedudukan yang baik untuk menggerakkan revolusi himpunan sumber infrastruktur.

Dengan peningkatan penyelidikan dan aplikasi AI, teknologi AI dan pengkomputeran awan akan menjadi penting dalam kehidupan harian orang ramai. Bermula daripada aplikasi seperti bandar selamat dan pengeluaran pintar kepada pemanduan berautonomi, teknologi AI dan awan kini semakin berkembang. Sementara itu, elemen penting terhadap kepintaran adalah mempunyai keupayaan yang membolehkan pelbagai sistem memproses pada masa sebenar dalam jumlah data yang besar yang dijana daripada dunia yang dipenuhi fungsi ketersambungan. Sebagai contoh, sebuah bandar yang dipasang dengan 100,000 kamera boleh menghasilkan 100 bilion rekod plat kereta dan 1 trilion rekod pengecaman wajah setahun. Ia telah membawa cabaran besar untuk sistem pengkomputeran tradisional bagi memberikan keupayaan yang diperlukan untuk memproses, mempersoal dan menganalisis data dalam jumlah yang banyak.

Dibangunkan untuk senario awan awam, AI dan HPC, platform Atlas yang dilancarkan oleh Huawei menangani cabaran pemprosesan data dalam era AI. Platform Atlas adalah berasaskan pelayan heterogen siri FusionServer G Huawei. Siri FusionServer G memanfaatkan teknologi seperti himpunan sumber heterogen dan pengaturan pintar untuk mengumpulkan sumber-sumber seperti GPU, HDD, dan SSD, serta menyediakan sumber perkakasan mengikut permintaan agar sesuai dengan keperluan model perkhidmatan tertentu.

Atlas memacu lebih 50% kecekapan penggunaan sumber yang lebih tinggi, dan mendorong prestasi sebanyak lebih 10x berbanding seni bina x86 tradisional, dalam masa yang sama mengurangkan jenis peranti perkakasan untuk pelanggan. Di samping itu, Atlas boleh menyediakan pelayan logik dalam nisbah konfigurasi sumber berbeza, dan menggunakan pelayan dalam tempoh beberapa saat, seraya memendekkan tempoh kitaran pelancaran perkhidmatan dengan ketara sambil memperkasa pelanggan menerusi keanjalan untuk beradaptasi terhadap perubahan perkhidmatan.

"Tatkala era AI semakin menghampiri, perkakasan tradisional tidak dapat memenuhi keperluan pembangunan AI dan teknologi awan," kata Qiu Long, Presiden, IT Server Product Line, Huawei. "Berperanan sebagai platform perkakasan awan pintar generasi seterusnya, Atlas Huawei merintis himpunan sumber heterogen dan teknologi pengaturan pintar untuk membawakan penggunaan dan prestasi sumber ke tahap baharu yang tinggi. Atlas juga merupakan hasil strategi Pengkomputeran Tanpa Sempadan Huawei. Huawei mendapat inspirasi daripada idea untuk menjadikan pengkomputeran yang ringkas menerusi inovasi yang berterusan dan menitikberatkan keperluan pelanggan bagi membangunkan pelayan yang stabil, andal serta berprestasi tinggi, demi membantu pelanggan menghadapi cabaran dengan lebih baik untuk mendepani transformasi dalam AI dan era awan dengan jayanya."

Huawei merangka strategi Pengkomputeran Tanpa Sempadan sebagai langkah utama untuk mewujudkan dunia terhubung yang lebih baik. Strategi Pengkomputeran Tanpa Sempadan menggalakkan inovasi terhadap pengkomputeran dan memanfaatkan cip inovatif, pengkomputeran heterogen dan pengkomputeran pinggir bagi menerobos sempadan pengkomputeran tradisional yang dahulunya hanya terhad kepada CPU, pelayan dan pusat data. Menerusi HUAWEI CONNECT 2017, Huawei melancarkan pelbagai perkhidmatan awan awam serba baharu berdasarkan platform perkakasan Atlas, termasuk perkhidmatan awan GPU dan FPGA, memperkasa aplikasi AI dengan keupayaan awan serta membolehkan pelanggan mengakses perkhidmatan pengkomputeran heterogen dengan lebih mudah dan pantas.

Pelayan Huawei dan seluruh rangkaian produk IT muncul dalam arus perdana IT global. Huawei memberikan prestasi terkemuka dan infrastruktur IT yang ringkas serta cekap bagi membantu syarikat-syarikat perusahaan mencapai matlamat transformasi digital mereka. Setakat ini, 197 syarikat dalam senarai Fortune Global 500 dan 45 syarikat dalam senarai Fortune Global 100 memilih Huawei sebagai rakan transformasi digital mereka.

HUAWEI CONNECT, acara kebanggaan Huawei untuk industri ICT global, bakal diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC) mulai 5-7 September 2017 bertemakan "Berkembang dengan Awan". Melalui platform global bagi tujuan kolaborasi terbuka ini, Huawei bersama-sama pelanggan dan rakan kongsinya akan meninjau peluang pertumbuhan baharu melalui transformasi digital. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect2017/

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment