omniture

BankerBay Lancar Operasi di China

BankerBay
2017-09-08 14:46 652

NEW YORK dan SHANGHAI, 8 September 2017 /PRNewswire/ -- Platform pelaburan sumber tawaran terbesar dunia mengambil langkah penting ke hadapan menerusi peluasan besar-besaran ke dalam pasaran Cina 

BankerBay, platform perbankan pelaburan terkemuka yang menghubungkan tawaran korporat berkelayakan dan disemak dengan penyedia institusi bagi modal di seluruh dunia, mengumumkan pembukaan pejabat baharu syarikat di Shanghai, China dan pelantikan Pin Li, seorang eksekutif berpengalaman dalam pasaran modal Cina, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif operasi BankerBay di China.

"Kami berasa amat teruja untuk membuka platform kami bagi penyertaan aktif oleh pelabur dan perniagaan Cina," kata Romesh Jayawickrama, Ketua Pegawai Ekekutif dan Pengasas BankerBay. "Penyediaan outlet untuk memenuhi kehendak Cina yang tinggi terhadap pelaburan luar adalah langkah penting dalam usaha membolehkan BankerBay mencapai misinya sebagai platform global terunggul untuk pelaburan persendirian."

Diasaskan di Singapura pada tahun 2014, platform tawaran BankerBay mengalami pertumbuhan luar biasa sejak 18 bulan lalu, muncul sebagai platform pelaburan persendirian utama di seluruh dunia. Memberi tumpuan terhadap peluang pelaburan pasaran pertengahan, dengan saiz urus niaga antara $10 dan $200 juta, BankerBay menyaksikan peningkatan aktiviti aliran urus niaga sejak beberapa bulan kebelakangan ini, mencapai tahap melebihi $25 bilion dalam aliran urus niaga baharu sebulan, yang terdiri daripada antara 600 dan 700 urus niaga baharu, dari 145 negara.

"Saya berasa teruja dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini untuk membawa BankerBay ke dalam pasaran Cina," kata Pin Li. "Dengan algoritma yang hebat dan platform pelaburan yang mantap, BankerBay menyediakan instrumen tidak ternilai untuk perusahaan Cina dan individu dengan nilai bersih tinggi yang mencari cara untuk mengakses himpunan peluang baharu yang luas untuk pelaburan persendirian global."

Bagi menyokong penggunaan luas platform ini di China, laman sesawang BankerBay dilancarkan dalam Bahasa Mandarin dan jejak media sosial syarikat diperluas untuk menyokong platform WeChat, yang merupakan instrumen komunikasi dominan dalam pasaran Cina. "Kami berusaha menyesuaikan BankerBay di China agar ia mempunyai kedudukan yang baik bagi memainkan peranan penting untuk bertindak sebagai penghubung antara modal Cina dan pasaran global," jelas Pin Li. "Malah, sebelum pelancaran rasmi laman sesawang Bahasa Cina kami, BankerBay telah mendapat tumpuan yang luas daripada beberapa institusi kewangan terbesar di China."

Pin Li menyandang jawatan baharu beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif BankerBay China dengan pengalaman kewangan, komersial dan pengurusan yang luas sepanjang kerjaya beliau yang mahir dalam kedua-dua pasaran Asia dan juga barat. Terkini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pasaran Modal di China untuk GE Capital, yang mana beliau memikul tanggungjawab bagi pengurusan am untuk menubuhkan dan mengekalkan platform pasaran modal firma tersebut.

Operasi BankerBay di Shangai merupakan pejabat kelimanya di dunia, menambah kepada ibu pejabatnya di New York dan pusat-pusat jualan serta operasi di Bangalore, Singapura dan London. Melihat kepada pendekatan global syarikat, BankerBay kini menyenaraikan sejumlah $160 bilion peluang pelaburan persendirian, yang diagihkan secara sama rata dalam seluruh pasaran utama serata dunia, mencakupi pasaran maju dan sedang membangun.

BankerBay menggunakan kombinasi algoritma canggih dan pemilihan bantuan-manusia (dikendalikan oleh pasukan penganalisis perbankan pelaburan yang berpengalaman) untuk membuat padanan pihak pembeli dan penjual yang paling sesuai untuk pelanggannya, dengan yang demikian membantu menghapuskan halangan dari segi masa, geografi dan kos yang menyukarkan pelabur untuk menemui peluang global baharu. Ahli-ahli kekal tanpa nama sehinggalah pengenalan peringkat akhir dibuat, setelah pihak-pihak meneruskan proses membuat urus niaga tradisional mereka, manakala pengurus-pengurus transaksi BankerBay menyelia urus niaga tersebut melalui fungsi utamanya.

Untuk maklumat lanjut, layari BankerBay atau BankerBay China 

Untuk sebanyak pertanyaan akhbar atau permintaan menemu bual, sila hubungi:

Di China:
Pin Li 
pin.li@bankerbay.com

Di Asia (selain China):
Pranav Shah 
pranav.shah@bankerbay.com

Di A.S. dan Eropah:
Joe Lamport 
joseph.lamport@bankerbay.com

Atau emelkan kepada pr@bankerbay.com   

Source: BankerBay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Web Site Corporate Expansion