omniture

SANY bakal tunjuk Kuasa "Buatan China" di Construction Indonesia 2017

SANY
2017-09-08 18:13 665

JAKARTA, Indonesia, 8 September 2017 /PRNewswire/ -- Construction Indonesia 2017, pameran industri terbesar di Indonesia, akan berlangsung pada 13-16 September di Ekspo Antarabangsa Jakarta, Kemayoran. SANY Group, pempamer terbesar tahun ini (meliputi lebih daripada 2,000 meter persegi), akan mempamerkan 19 unit jentera termasuk Pengorek, Rig Gerudi, Jentera Angkut Beroda, Kren Rangkak, Kren Bergerak, Jentera Konkrit dan Jentera Jalan di Reruai OS-52.

SANY will show “Made in China” Power at Construction Indonesia 2017
SANY will show “Made in China” Power at Construction Indonesia 2017

Pengorek di pameran ini merangkumi antara 5.5 hingga 45.5 tan untuk pembinaan bandar, perhutanan, kerja pelombongan berat dan banyak lagi aplikasi lain. SY215LR dilengkapi dengan joran yang lebih panjang untuk memenuhi permintaan pelanggan. Di samping itu, kedua-dua jentera cerucuk SR285R dan SR155 merupakan produk bintang SANY, sesuai untuk tanah keras dan penggerudian batu dan digunakan secara meluas dalam asas cerucuk kejuruteraan awam, lebuh raya, jambatan dan bangunan bertingkat tinggi.

Semasa pameran itu, SANY juga akan mengadakan tiga pertemuan promosi pengorek besar, rig gerudi putar dan jentera perhutanan. Pada 13 September, lebih 300 pelanggan dari kawasan pelombongan Kalimantan, Sulawesi dan ibu kota Djakarta akan dijemput untuk mendapatkan pengalaman menggunakan pengorek SY245, SY365 dan SY500. Keesokan harinya pula merupakan pengenalan kepada rig gerudi putar SR285R & SR155 SANY dan juga jentera perhutanan.

Indonesia sudah lama menjadi pasaran utama bagi SANY. Pada 2016, Pengerusi SANY Liang Wengen melawat Indonesia dan menggelarnya sebuah negara yang mengagumkan yang akan menjadi pasaran paling berpotensi di rantau Asia Selatan. Sebenarnya, perniagaan SANY di pasaran Indonesia sudah bermula sejak tahun 2004 apabila SANY mula mengambil bahagian dalam projek-projek besar, seperti Taman Industri Morowali Tsingshan, perluasan pelabuhan Jakarta dan stesen janakuasa Jawa.

Latar Belakang SANY

SANY Group (SANY) ialah pengeluar jentera berat utama dunia yang memiliki kilang-kilang di AS, Jerman, Brazil dan India, serta segmen perniagaan yang meliputi lebih 100 negara dan rantau di serata dunia. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat paling inovatif dan berjaya di dunia, manakala jentera konkritnya meraih kedudukan No. 1 pada peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sanyglobal.com, atau ikuti SANY Group melalui Facebook dan YouTube.

Hubungan Media:

Lisa Li, +86-10-6073-7444, lixm20@sanygroup.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170906/1935001-1

Source: SANY
Keywords: Machinery Maritime/Shipbuilding Transportation Trade show news