omniture

Peak Sport tandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Jawatankuasa Olimpik Brazil

Firma pakaian sukan dan peralatan sukan Cina raih pengiktirafan sebagai pengusaha hebat dalam sektor sukan
Peak Sport
2017-09-11 08:20 840

XIAMEN, China, 11 September 2017 /PRNewswire/ -- Pada sebelah tengah hari tanggal 5 September, Xu Zhihua, Pengurus Besar Peak Sport Products Co., Limited ("Peak Sport" atau "Syarikat"), iaitu jenama pakaian sukan profesional yang terkenal di dunia, menandatangani satu perjanjian di Xiamen, China, bersama Agberto Guimaraes, Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Brazil, memeterai secara rasmi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Menurut perjanjian ini, Peak Sport dan Jawatankuasa Olimpik Brazil akan menjalin kerjasama menyeluruh untuk dua pusingan Olimpik akan datang.

Peak Sport CEO Xu Zhihua (left) signs cooperation agreement with Brazil Olympic Committee Executive Chairman Agberto Guimaraes (right)
Peak Sport CEO Xu Zhihua (left) signs cooperation agreement with Brazil Olympic Committee Executive Chairman Agberto Guimaraes (right)

Xu Jingnan, Pengerusi Peak Sport, berucap dalam majlis penandatanganan tersebut: "Industri sukan Brazil telahpun memberi sumbangan besar untuk seluruh dunia dan terus menunjukkan potensi yang besar dengan kebanyakan bintang terkenal yang berpengaruh berasal dari Brazil. Sebagai rakan rasmi Jawatankuasa Olimpik Brazil, kami merancang untuk mengumpulkan para pereka terhebat daripada empat pusat penyelidikan dan pembangunan kami untuk mereka dan mencipta rangkaian peralatan profesional berkualiti terbaik untuk delegasi sukan dari Brazil, menyokong mereka untuk suatu yang kami harapkan menjadi prestasi cemerlang mereka dalam Sukan Musim Sejuk PyeongChang 2018 dan Beijing 2022, selain Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024, antara acara-acara antarabangsa lain yang bakal mereka sertai."

Pada majlis penandatanganan ini, Peak Sport memperkenalkan beberapa peralatan profesional yang direka khusus untuk Sukan Olimpik PyeongChang dan Tokyo. Dengan menjadikan warna bendera negara Brazil iaitu hijau, kuning dan biru sebagai palet warna dan teknologi inovatif terkini serta bahan-bahan berteknologi tinggi yang diguna pakai untuk reka bentuk dan pengeluaran, peralatan tersebut menunjukkan ekspresi budaya negara menerusi muzik kegemaran mereka, Samba, dan kekaguman mereka terhadap semangat persaingan dalam sukan, mendayakan para atlet Brazil untuk membawakan gaya persaingan unik mereka ke persada antarabangsa.

Guimaraes berkata, "Saya tertarik dengan peralatan profesional dan bergaya yang direka oleh Peak Sport untuk 12 delegasi yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Rio, yang mana kesemuanya menjadi bukti keupayaan penyelidikan & pembangunan saintifik (R&D) serta reka bentuk mantap jenama. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kami memilih Peak Sport. Dalam masa yang sama, kami turut memerhatikan cita-cita tinggi mereka berhubung hala tuju mereka terhadap peluasan global."

Bi Baoxia 
+86-159-1089-5682
bbx@chinapeak.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170906/1934985-1

 

Source: Peak Sport
Keywords: Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories Corporate Expansion Licensing/marketing agreements