omniture

Foton Motor Anjur "HARI FOTON" di Expo 2017 Astana Pavilion China

Foton Motor Group
2017-09-11 09:29 503

ASTANA, Kazakhstan, 11 September 2017 /PRNewswire/ -- Pada 2 September 2017, "HARI FOTON", satu aktiviti yang bertemakan "Dihubung dengan anda oleh Jalur, bersama anda di sepanjang Jalan" diadakan di Ekspo 2017 Astana Pavilion China.

Naib Presiden Foton Motor Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Foton International, Chang Rui menyampaikan ucapan dalam aktiviti "HARI FOTON"
Naib Presiden Foton Motor Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Foton International, Chang Rui menyampaikan ucapan dalam aktiviti "HARI FOTON"

 

Pengalaman VR Foton Motor di Ekspo 2017 Astana Pavilion China
Pengalaman VR Foton Motor di Ekspo 2017 Astana Pavilion China

Lebih daripada 160 tetamu hadir, termasuk Wakil Diplomat China ke Kazakhstan, Timbalan Pengarah Pavilion China, Kementerian Ekonomi Kazakhstan, peniaga dan pelanggan strategi. Sebagai "Penaja Emas", Foton mengambil peluang untuk mempamerkan pencapaian terkini dalam pembangunan saling hubungan dan tenaga baharu untuk mencari kerjasama strategi di sepanjang "jalur dan jalan" dan untuk pembangunan lestari.

Ramai menyaksikan ikrar hijau yang berkisar di sekitar "Manusia-Auto-Alam Sekitar". Dengan menggunakan pengilangan pintar, Foton Motor mengambil lebih tanggungjawab untuk mewujudkan produk dan perkhidmatan hijau di masa hadapan, berdasarkan semangat keterbukaan, pembelajaran bersama, kemajuan dan penyelesaian saling menguntungkan Jalan Sutera lama.

Foton Motor, berpegang kepada semangat keterbukaan dan pembelajaran bersama, mewujudkan usaha sama dengan Daimler dan Cummins, memperkenalkan sistem pengilangan cekap dan teknologi dan pengalaman bersepadu.

Foton Motor telah bekerjasama dengan para pembekal termasuk Cummins, ZF, WABCO dan Continental AG dan lain-lain untuk mewujudkan Perikatan Trak Super Hubungan Pintar China (CICSA). Sebagai pengasas kepada perikatan ini, Foton Motor telah membangunkan generasi pertama siri Trak Super di China, yang mengintegrasikan teknologi termasuk bantuan memandu, kawalan luncur adaptif dan pengurangan rintangan untuk menyediakan penyelesaian logistik yang pintar dan cekap. 

Tema Pavilion China adalah "Tenaga Masa Depan dan Jalan Sutera Hijau", sepadan dengan tarikan Ekspo Astana untuk "Tenaga Masa Depan". Di sepanjang Jalan Sutera lama, "Satu Jalur dan Satu Jalan" merupakan contoh peluang dan cabaran. Foton Motor telah membangunkan hampir 30 pelanggan strategi di negara-negara sepanjang "Satu Jalur dan Satu Jalan", merangkumi 15 buah negara dan wilayah-wilayah di Afrika dan Asia Tenggara, menghantar 50,000 buah kenderaan.

Jelas sekali, dengan semangat keterhubungan jalan sutera lama, Foton Motor mengintegrasi teknologi terkemuka untuk membuat penemuan, menyediakan pelanggan dengan penyelesaian kenderaan komersil bersepadu bagi infrastruktur logistik yang berkecekapan tinggi dan pengendalian bandar hijau.

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Edward Wang
+86-10-5991-2095
wangchao10@foton.com.cn

Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20170908/1937270-1-a
Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20170908/1937270-1-b  

Source: Foton Motor Group
Keywords: Auto Transportation Trade show news